Friday, October 12, 2007

baju melayu dah siap....ESOK RAYA....!!


waaa..bestnya raya...yea yea esok raya..esok raya..esok raya..!!
baru amek semalam..orang tukang jahit tu kata kain ni lawa dan lembut..hehe
maap la aku taruk aku punya jek..kami sefamily sedondon taon neh..
tapi yang lenlain tu baru basuh dan tersidai kat ampaian..ekeke

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA BLOGGER & KENGKAWAN, AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKA ADA TERSALAH SILAP DI MANA MANA.

Wednesday, October 10, 2007

Sopping raya..

Tengok laa tu..ni yang di namakan beraya sakan..takpelah untuk budak budak kan..kira kopak koyak rabak gak wallet haku sepanjang minggu neh..dah beli baju nak kena beli suar pulakk..mencik...Kalau terrer kira la bape helai semuanya tuu..banyak ooo..anak pon ramai..ekeke..itu belum termasuk si ibu punya baju baju raya..

Hehe..dalam kopak2 pon sempat lagi aku sambar 2 helai baju JEEP neh..jangan cemuruk ye..Tapi tu laa..aku terpaksa ambek yang kaler oren belang 2 tuh..huwaaaa..macam baju dalam penjara..Anne yang soh aku pilih yang itu..aku tak suka kaler bright bright ni..apa nak buat? Tapi aku berjanji untuk pergi semula hari jomaat ni mendapatkan design kaler yang aku nak hari tu..Anne kate kaler dia kepam tapi aku suka..mencikk

Dah lama aku tak beli suar jeans.Tiba2 taon ni nak pakai suar jeans..tapi survey punya survey jeans Levi's rege semuanya rm2oo ke atas..mencikk.Terpaksa la aku beli jeans Lois ni jek..tu pon dah cecah seratus..

Tuesday, October 09, 2007

Impian terlaksana..

Dah dekat nak raya baru la aku dapat apa yg aku idamkan selama ini..Selama ini jugak aku tegar menggunakan enpon kamera dan amat kedengki melihat orang ramai yang eksen dengan digital camera memasing..even makcik cleaner kat opis aku pon pakai digital kamera tauu..mencikk.
NAH! ambik ko..ekeke..walaupon tak CANGGIH tapi at least samting gak la kan?? tu pon aku rasa dah cukup hebat dah sbb dapat jenama CANON bukannya jenama KODAK,CASIO,PEPSODENT atau jenama lauya yang lain..hehe..harga dia takyah cakap la ye..kalau boleh nampak kat kotak tu,nampak la..kalau takleh,pi la tanya kak kedai..muehehe.
So watch out..image image selepas ini dah tentu marvelous punya la yang akan aku tepek kat blog aku neh..sebab aku sendiri pon seorang photographer yang handal..wakakaka

Saturday, October 06, 2007

Sesuci Nostalgia Aidilfitri

SESUCI LEBARAN

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Hiasi diri indah
Riangkan hati gundah
Bersihkan jiwa… sesuci lebaran
Agar sempurna amalan
Berdoalah insan
Di pagi raya
Moga-moga terampun dosa

Pohonlah ampun maaf
Kepada ibu bapa
Sahabat dan sanak saudara
Sama sama kita gembira

Bermesra tua muda
Bantulah miskin hina
Menyambut hari mulia
Sama sama kita gembira

NOSTALGIA AIDILFITRI

Tibanya syawal tanda ingatan

Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di aidil fitri
Di aidil fitri ku pohon restu

Buat mu kasih di aidil fitri
Mengimbas daku kata-kata mu
Andai ku tiada di sisi mu lagi
Merendam doa
Merendam doa ikhlas dari mu

Sesaat takbir bergema
Selama itu dikau di hati ku
Doa ku kirim buat mu kasih
Di aidil fitri ikhlas dari ku

Di hening subuh di pagi raya
Doa ku pohon buat yang tiada
Airmata ku tabur bersama
Terkenang daku
Terkenang daku takbir bergema

Ku tunduk sujud buat Mu kasih
Teringat daku kebesaran Mu
Bulan ramadan terasa bersih
Di aidil fitri
Di aidil fitri kita bertemu

Selama hayat ku ada
Di hari yang mulia hari raya
Pada mu kasih di aidil fitri
Terkenang daku cinta yang satu


Friday, October 05, 2007

Belajar puasa..

Sian aku tengok Nadhirah..teacher kat school dia soh puasa penuh wpon dia baru umur 5 tahun.Yang si Kakak tu pulak selambaaa je poser stengah hari..padahal umur dah 7 taon.Budak budak apa tau kan..owang soh puasa dia puasa,soh puasa penuh dia pon puasa penuh..tapi mcm teacher tu paksa pulak utk puasa penuh.Patut ajar separuh hari la duluu..Sekarang ni aku dah tak kasi dia poser sbb kesian sangat kat dia..cukuplah dia faham pengertian puasa tuh..Tapi Nisa bijak,orang bangun sahur,dia pon ikut bangun sahur,tak penah miss,lepas tu pagi terus pegi ke sekolah,balik dari sekolah pegi Nurseri mintak nasik kat bibik dan makan.Masa aku pi jemput dia kat Nursery sebelah petang,dia nampak sangat ceria dan cargas,aku muskil la..,Nadhirah pulak looks tak bermaya sangat.Aku tanya kat Nisa kenapa makan kat umah bibik,dia kata ibu soh makan kat umah bibik bila balik dari sekolah..mencikk.Lepas tu aku cakap kat Nisa,nak puasa mana buleh makan kat umah bibik,kena puasa tak boleh makan minum dan berbuka di rumah apabila balik.So keesokkan harinya..lepas balik sekolah,dia balik ke rumah bibik,sebelah petang aku bertanya dengan bibik dan bibik kata dia tak makan.Aku lega..then bergerak ke rumah,lepas bukak pintu Nisa terus masuk ke dapur dan meminum air secawan.Aiyooo..aku terkejut dan bertanya kenapa minum? dengan selamba dia menjawap..''Abah kata tak boleh makan aje di sekolah dan rumah bibik..tapi kat rumah ni boleh..''...Arghhh..!!

Thursday, October 04, 2007

Dari blog Honeydew..

Buat Abg Alym






Nah.....
Nasi Goreng Tanpa Kacang Campur (ijo n oren) utk Ayah Danish..
(tapi sowi ar... ada daun bawang yg ijo tu plak..) hehehe..



Maceh Dew..terharu sungguh..sori baru hari ni terjumpa entry neh..sbb blog ko pon cam dah nak masuk muzium dah kan?..hehe.Sedap btol aku tengok nasik goweng ni pagi pagi buta nak nak kalu cicah ngan sambal belacan tuh..aku makan lepas buka kang la nasik goweng tu walaupon aku tau bukan ko yang masak..mencikk..kalau tak dapat pon aku jilat jilat je la skrin LCD aku neh..muehehe.Apapon aku masih terkilan tak makan kasik habis nasik goweng air tangan ko yang ada kacang ijo dan jagung tu dulu masa gathering kat Genting Highlands pada tanggal 28 May 2005..mencikk

Wednesday, October 03, 2007

Angkasawan Malaysia

Congrats to Dr. Sheikh Muszaphar..Akhirnya berjaya menjadi ANGKASAWAN MALAYSIA yang pertama apabila terpilih menjadi satu dari krew pertama Soyuz15S. Misi Soyuz 15S terdiri daripada Yuri Malechenko dari Russia dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat,who is the first female to lead a long-duration spaceflight according to NASA. Walaupun begitu Kapten Dr. Faiz masih lagi berpeluang! Setelah sekian lama bertungkus lumus di STARCITY. DATUK SHEIKH MUSZAPHAR akan bertolak dari kapal angkasa Soyuz di Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan pada pukul 9.21 malam (waktu Malaysia), 10 Okt.2007
*Encik Lee Kuan Yew jangan jeles yek..kalau teringin sangat nak ke space,sila la pergi dengan jet sendiri atau naik beskal aje..hehehe

Tuesday, October 02, 2007

Hepi besday Misty


Selamat harijadi Sis..yang ke berapa? Tak rapat sangat tapi kenal la masa kat amnet dulu..dan penah gak la jumpa tapi tak bersua..malu seh..hehe,Sis ketika itu ibarat bintang pelem,di kelilingi peminat dan jejaka encem,sedangkan saya hanya pelakon tambahan yang berada di suatu sudut yang sukar..hehe

Tau besday ni pon terbaca kat dlm shoutbox Sis tadi..ntah betul ke tidak? Kalau tak betul..belasah je laa..hehe
Tapi saya sangat rapat dengan kakak Sis sapa lagi kalau bukan kak Dora Puaka tuh..hehe.Rasanya lama gak dah la tak jumpa dengan dia,maybe dia sibuk kira duit tak pon sibuk mesyuarat kat tepi kubur..hehe
Apapon semoga Sis berjaya dalam apa jua bidang yang di ceburi..Sekian.

Monday, October 01, 2007

19 Ramadhan 1428H..

Letih tak makan sahur..


Letih berbuka berlebihan..


Sunday, September 30, 2007

Selamat berjaya Cap dan Scroll

Aku nak ucap selamat ni buat member,kawan,sahabat,buleh juga di katakan kakak atau pon mak buat Capati yang ke UK untuk menyabmitt tesis dia tentang Alam Sekitar kan? hehe..Cap antara orang pertama yang aku kenali sewaktu tertubuhnya format baru forum amnet selain Scrollock dan Jade awal 2003.
Cap,terima kasih kerana menjadi kakak yang baik,jujur dan ikhlas selama ini.Aku sangat menghargainya.Maap sebab tak buat entry besday baru baru ni sebab terlupa..wakaka
Cap,kilang biskut tepi jalan yang kita nak dirikan itu dah menjadik tempat pelupusan sampah.Cuba Cap survey nanti kot kot tempat tu tercemar ke tidak atau kontek la Karam Singh Walia untuk liputan berita..nak gak tengok Cap masok TV berdiri sebelah Karam..hehe

Tahniah juga buat Scrollock yang telah berjaya menimang cahayamata pertama beberapa hari yang lepas.Apsal lame sangat? wakaka
Selamat berjaya aku ucapkan kat ko semoga ko tak segan silu bangun pagi buat susu (bukan menyusu) dan tanpa prejudis men-cebok berak anak ko..wakakaka

Thursday, September 27, 2007

Dopod-PDA phones

Dopod D810


Boleh naik GILER aku jadiknya macam ni...Yahoo!!...lumbaaa..lumbaaa..sapa yang berjaya memenangi hati sanubari ku..Wah! bape juta ratus ribu plak Dopod neh..tapi SPEC dia lebih kurang canggih sikit dari O2 dan harga pon canggih jugak rasanya..sila klik kat Model untuk tengok apa kelebihannya..kalo korang mampu la nak beli..wakaka

Wednesday, September 26, 2007

Kalimah 'Allah' pada telor


Telor ni di beri tengok oleh kawan aku hari Ahad yang lepas..
Lihatlah kebesaran
Allah di mana tertera di situ kalimah Alif Lam Lam Ha terbentuk timbul dan mirip pula seperti uri.Sebelum ini aku pernah baca beberapa kali tentang kalimah tertera di beberapa objek,tetapi sukar untuk aku mempercayainya.
Tetapi kali ini ianya betul betul berada di hadapan mata aku!!
So aku dah tak dapat nak sangkal lagik.Satu perkara pelik berlaku semasa aku cuba untuk snap gambar ini ialah..imej telor ini cuba lari,(keluar dari screen) walaupon aku dah letakkan kamera betul betul mengadap telor tu,tetapi telor tu seakan tidak mahu imej nya di rakam.
Aku cuba membetulkannya beberapa kali,barulah berjaya..sangat pelik!
Aku teruja betol.!!
Subhanallah ajaibnya Ramadhan.

Tuesday, September 25, 2007

Tempoyak Daun Petai

Ahad lepas sempat suruh Anne masakkan hidangan fevret aku ni..

Pucuk Ubi 2 ikat.

Daun kunyit,serai dan petai (tiada dlm gambar)

Pucuk ubi,daun kunyit dan serai tadi di satukan dan di hiris halus.Ni aku janji nak tolong Anne hiriskan,tapi dia jugak yang kena buat..hehe

Cilipadi dan kunyit (di tumbuk lumat)

Udang bebrapa ekor (jangan terlalu ramai)

Setelah di hiris halus dan di tumis,masukkan bersama udang,santan,petai dan Tempoyak sesedap rasa.

Siap!!...nasib baik aku sempat ambek gambar piring yang terakhir ni..hehe.Dek kerana menikmati,terlupa pulak aku snap gambar nye..Aku makan mende ni dengan nasik panas dan sambal ikan bilis + ikan masin..wah!! KICK giler la juadah berbuka hari itu..siap sambung ke sahur lagik..

Monday, September 24, 2007

Ke bazaar Ramadhan..

Aku hanya sukakan suasana ini aje..suasana petang di bulan Ramadhan..suasana ni bertempat di Seksyen 6,Kota Damansara..tetapi ianya tidak sama..tidak sama dengan.......walaupon sebenarnya aku teramat rindukan suasana petang dan juadah jualan di Bazaar Ramadhan di Taman Datuk Senu,Sentul.Aku membesar di situ..terlalu banyak kenangan..owhh...menggamit memori..

Macam biasa..penuh sesak dengan orang membeli juadah berbuka..aku setiap hari ke sini..semakin tidak ada pilihan pula menu menunya..terpaksa la dengan berat hati membeli,nak memasak tidak ada masa..dari satu gerai ke satu gerai..hanya mencarik untung aje..langsung tak kena dengan selera aku..aku cerewet bab makanan dan masakkan ni..aku biasa makan yang pedas pedas dan sedap sedap ajer..aku tak suka pedas yang manis..mencikk

Nasik kukus dan ayam goreng berlada...Hmmm...suka pula aku dengan menu yang baru ujud ni..Tapi Ya Allah...oraaanngggg!!! ramainyaaaaaaa....tak menang tangan pulak..lepas tu mula la malas aku nak berkerumun kat situh..aku tak suka suasana yang sesak..mencik lagi.

Friday, September 21, 2007

Al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin

Takziah buat keluarga arwah adik Nurin.Sesungguhnya ujian Allah amat berat dan dengan demikian Dia ingin menguji tahap kesabaran kamu semua umat maknusia.Daripada Allah Nurin datang dan kepada Allah jua Nurin kembali.Amin.

Thursday, September 20, 2007

PDA-phones for me?

O2 XDA ATOM LIFE

-HSDPA 3.5G
-3.6MBPS
-1GB MEMORY
-INTEL Xscale.
-PXA 270 Processor/624MHz
-MICROSOFT OFFICE WORD/EXCEL MOBILE
-3-D SURROUND SOUND+SRS WOW HD
-2 MEGAPIXELS CAMERA
-2.7 TFT QVGA QUEEN SCREEN
-BUILT IN WIRELESS LAN (802.11b/g), WIFI

Reviews;
1."The Atom Life is one of the most feature-packed PDA-phones we've clapped eye's on." -Cnet Asia
2."The Atom Life is without a doubt one of O2's most promosing devices in its 2007 product lineup."-Cnet Asia

3."The XDA Atom Life is one impressive PDA phones that will have your life whipped into shape.''-Stuff
4."The XDA Atom Life's high-tech functions bring you the best of both worlds."-S'pore Tatler
5."If there is a beauty pageant for PDA phones,it is quite likely that the Atom Life will be crowned queen with its good looks and great functions."-Digital Life

Tuesday, September 18, 2007

Lebih baik sampan..

Sampan kenderaan yang agak simple berbanding kereta.
Sampan tidak mempunyai pemacu atau kotak gear.Sampan juga tak perlu di panaskan enjin sebelum bergerak,kerana sampan tidak mempunyai enjin,kereta pula ada pengepam minyak untuk minyak naik ke karburator secara perlahan lahan dan memasuki ruang enjin.
Jika kereta,at least enjin perlu di panaskan sekurang kurangnya 3 minit sebelom bergerak.Adalah amat kejam jika di paksa dengan menekal pedal sekuat hati selepas menghidupkan enjin,tetapi nasib baik sampan hanya perlu di kayuh sahaja.


Sampan tidak memerlukan bateri kerana sampan tidak memakai radiator,kipas penyejuk enjin, aircond,lampu,radio dan lain lain.Jika ada,bateri harus di periksa akan takat airnya sebulan sekali.Bateri juga harus di tukar baru selepas setahun.Jangan dah terhantuk,tersadai,terdampar baru nak lepak lepak tunggu bapak.

Oh! ya...sampan tidak mempunyai bapak.

Sampan juga tidak mempunyai roda yang perlu di lanyak dan di hentak ke dalam lubang sesuka hati,lalu pancit.
Sampan tidak perlu di hias dengan sportrims.
Jika sampan mempunyai roda,tayar harus di periksa akan bunganya dan keseimbangannya.Nasib baik sampan hanya terapung.

Sampan tidak perlu di kunci atau menambah kunci pendua,kerana jarang sekali sampan di curi orang.Sampan tak payah remote control,kerana sampan di buat dengan kayu dan di tambat pada kayu juga.
Sampan tidak mempunyai tebing mahupon buffer.Buffer di sini dalam ertikata penampan,penimbal atau penyelamat keadaan.

Tetapi aku takut naik sampan,sebab sampan amat mudah terbalik lalu karam.Lebih lebih lagi jika terlebih muatan ataupon sampan tidak seimbang.Aku tak bisa berenang kerana sah sah dah aku akan tenggelam.

Opsss...petang ni aku nak carik kue sampan kat Bazaar Ramdhan.

Monday, September 17, 2007

Pak Guard Batu Cincin..

Ni lah dia tangan Pak Gad Batu Cincin yang Tenuk try ngorat arituh masa datang opis aku..Tenuk juga menunjukkan isyarat jari **** kat pakgad ni sbb tak kasik masuk..wakaka.

Posmen pon sama..ingin sangat berkenalan ngan dia..aku pon tak tau nape? Mungkin dia tergoda kat lelaki yang pakai batu cincin kot.Kebetulan pakgad neh SINGLE beranak lapan.Aku dah kasik dah nombor tepon posmen kat dia..Terpulang lah camner..korang bincang lah..hehe.

Tapi memang giler la batu cincin pakgad neh kan..Tengok la tu bagak tak bagak batu cincin dia,ianya terdiri dari batu Nilam dan Delima jenis mahal..Original kaler lain,lepas aku snap gambar bertukar pulaks kaler dia..Cantik ooo...mencikk.

Aku takde larr nak pakai cincin gegedang cemni..rimas laa..aku tengok M Racoli sempoi je pakai cemni kan?Pakgad ni kata sebijik cincin tu berharga rm15k.Pecaya tak? aku langsung tak caya..hehe.

Ni kalo kena penumbuk memang belubang lak ah paler..bahaya gak kan? nanti orang jahat tahan tengah jalan pastu kerat jari tuuu naye..eiiii..takottt.

Sunday, September 16, 2007

16 tahun sudah..

Hari ini genap 16 tahun aku menjadi ahli bomba.Aku mula bekerja sebagai bomba pada tanggal 16 September 1991.Pelbagai pengalaman pahit manis aku tempohi sepanjang perjalanan itu.Aku menjadi ahli bomba seawal umur 20 tahun.Aku bermula sebagai kadet pengangkat dan pengisi air ke dalam kereta bomba.Selepas hanya 6 bulan aku di naikkan pangkat sebagai laskar penyembur/pemadam kebakaran.Aku kekal sebagai pemadam kebakaran selama 12 tahun tanpa apa apa pangkat.Telah beratus ratus rumah batu,setinggan dan pelbagai sektor bangunan lain aku jelajahi termasuk juga hutan piutan.Akhirnya 2 tahun yang lepas aku di naikkan pangkat sebagai Chief Mandor penyelamat.Kini,aku tak perlu lagi bermain api dan air,tugas aku sekarang hanya menjaga sekumpulan lembu lembu dan beberapa ekor Tenuk.Aku gembira dengan tugas tugas aku sekarang.

Saturday, September 15, 2007

Naik LRT ke Jakel Tekstil

Petang Jumaat..aku Anne dan Danish kuar & park kete kat stesen LRT Bangsar.Malas nak tempoh jam kat KL waktu orang balik keja.Seronok betul Danish naik LRT yang dia panggil cun-cun.Aku pon tak tau nape dia panggil cun-cun..hehe.Masa pegi ni awal lagik..tak berapa ramai orang.Masa balik..Ya Allah! pening aku dok dalam..sendat macam sadin,sebbaik Danish OK.

Turun kat stesen Masjid Jamek dan jalan kaki ke Masjid India dan terus ke Jakel Tekstil yang pemes sekarang neh..aku ikut ajer..ntah sejak biler ntah Jakel ni pemes aku pon tak tau..hehe.Pastu aku tengok salesgirl kat Jakel ni lebih ramai dari pelanggan.Setau aku dolu dolu Globe Silk Store aje yang pemes,hehe.Aku jugak tak tau apa apa tentang jenis dan harga kain.Sib baik Anne ada..so yang aku reti pilih kaler yang diingini saje.

Tahun ni kami wat sedondon kain jalur kaler hijau pucuk pisang.Pix yang atas tu tak berapa clear,maklum ler guna enpon kamera tak canggih.Kami beli kesemuanya 15 meter dengan harga 12 hengget semeter.Tahun ni aku nak buat lagi baju melayu design Teluk Belanga.

*Masa nak balik sempat aku singgah beli nasik padang kat depan Sogo yang sedap tuh..hehe.

Friday, September 14, 2007

THANX U

1.Topi Beijing's 2008 Olympic Games. (wah advanced betol kau..aku cakap F1..kau kasik Olympic)

2.Sop Ekor Tenuk (
3 mangkuk..tak puas..)

3.Jeruk pelbagai Made in Penang (bertambah parah la kanser aku..hehe)

4.CD's (aku buat harta laa lepas ni..hehe)

5.Kepap Sadin & Kue Sipot (Sengaja nak suruh aku goreng siang hari..baru lepas goreng ler neh..muehehe)

6.Fossil (
...)

Wednesday, September 12, 2007

Salam Ramadhan 1428H

Ramadhan datang lagi...Aku amat bersyukur kerana dapat di pertemukan lagi dengan penghulu bagi segala bulan ini.Amat istimewa bulan Ramadhan ini kerana selain daripada kita mendapat limpahan Rahmat dan Barakah,Ramadhan juga akan menggamit segala kenangan sewaktu aku kecil sehingga aku dewasa,maksudnya Ramadhan sentiasa hadir dan mengiringi perjalanan hidup aku selama ini.Kepada semua,selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh Taqwa.

Tuesday, September 11, 2007

9/11 attacks & debus's birthday

Setiap kali tiba 11 September aku akan mengingati 2 perkara.Pertama, tragedi 6 tahun yang lalu,World Trade Centre New York di serang dan apa yang di sifatkan oleh Presiden Bush sebagai serangan terrorist.Tahniah Osama bin Ladin & co. kerana mengajar United States satu perkara..mereka sebenarnya tidak kebal! Tapi sebenarnya aku memang sukakan panorama New York City,biler nak sampai ke sana entah lah..

Dan keduanya ialah aku nak ucapkan hepi besday buat kawan KooL aku iaitu encik debus yang sangat hensem lagi macho.Oit biler lagi ni? aku dah tak sabar nak makan nasik minyak.Hari demi hari usia makin bertambah..Takpelah,semoga engkau juga tabah menghadapi hari TUA yang mendatang.hehe.

Monday, September 10, 2007

Merdeka Big Splash !

Saturday,8th September 2007
Sunway Lagoon
10am -3pm

Punyalah ramai orang..penuh sesak masa nak masuk..dia buat pulak laluan ULAR..berpeluh peluh aku dukung Danish..ialah tiket pree untuk 50k orang.Tapi yang datang approx. 70k.Tobat aku takmo gi dah kalo cemni lagi depa buat.

Dah lama tak pergi..last dulu tahun 2001.

Laju betul train tu sampai tak sempat aku nak tangkap gambar dia..jangan suruh aku naik pulak!

Naik lagi jambatan gantung..berayun dan bergoyang..hehe..kat sini pon kena beratur panjang..

Nampak tak tu..kapal yang berpusing berputar..ngeri ooo..ramai yang menjerit ketakutan..jangan suruh aku naik!

Perghhh...ramai betul maknusia..air kolam ni buleh di buat obat dah..pelbagai ramuan!

Seronok bebudak ni..aku kasik gak tiket kat Yayah & Co..tapi tak nampak pon? aku rasa dia naik train tu kot? takpon dia kat atas jambatan gantung? atau sedang leka makan..

Panorama kolam aku ambil dari jambatan gantung..ramai tak orang?

Sempat jugak aku tangkap gambar Jackie Chan (anak panah)..serba putih..tapi nampak imej belakang dia jer..

Malam tu pulak pergi dinner Anne dekat Mines Beach & Spa kat The Mines City.
dapatlah makan sedap sedap,puas puas dan kenyang kenyang lepas tu Anne dapat hadiah banyak termasuk cabutan Bonanza..berbaloi tunggu sampai kol doblas lebih,jangan marahh..hehe