Monday, January 29, 2007

KFC selepas Hi-Tea

Aku rasa selepas aku makan2 di hotel tu,perut aku mcm tak kenyang pulak,padahal semasa kat The Prince tu sempat juga aku melaburkan kumbahan yang sarat di dalam badan aku keseluruhannya..akhirnya kami anak beranak membuat keputusan untuk membilas semula dengan singgah di KFC,Tesco Mutiara Damansara yang sesuka hati menayang banner ALASKA FISH bege..Lupa nak cakap, tak sedap langsung then bege ikan ni tak boleh la nak celen McD's Filet-o Fish

Hi-Tea at The Prince

Terima Kasih department Anie kerana meng-sponsor makan tengahari aku sekeluarga.
excited nampaknya Nisa..
Takde sangat banyak pilihan, ini aje yang masyuk selera aku, kalo tak jelas, biar aku detailkan,nasik putih,kuah lemak cili api +ayam, sayur kailan,udang besar sekor goreng kunyit,dan sambal sotong.
antara desert yang aku ambik..
sate ni dlm pix nampak rentung, tetapi tidak,mungkin enpon kamera aku sedikit hampeh ketika itu..

Saturday, January 27, 2007

Beg Nisa' berat..

Ni eksyen je soh Nisa' gendong untuk shooting gambo ni..padahal aku ler yg tetiap pagi gendong beg ni..huh bawak bebanyak buku pun bukan nye pakai..kosong jer..alih2 homework semua dalam kertas kosong printed ambik dari dlm internet.

Baru beli..

Volkswagen New Beetle,baru beli semalam..sapa nak merasa naik se-round?

Saturday, January 20, 2007

Salam Hijrah 1428

pix ehsan oleh debus, Masjid Kuala Ibai, Kuala Trengganu,Trengganu Darul Iman.

Scary pix..

scenario ni aku rakam pagi jumaat semalam,lokasi atas bukit sebelom plaza tol Duta menghala ke KL,cuba teka kenapakah ini terjadi?

Visit Malaysia Year

suatu petang di muara sungai Dungun,pix ehsan oleh debus(forumer KooL-anak jati Dungun), nelayan pulang dari mencari rezeki..
KLCC di waktu malam.
siapa dah ke sini tengok wayang? kompleks di dalam panggung.
sebuah jalan persekutuan di daerah Gopenghagen. siapa tau?ibuku pantang menengok durian..aku kena brek emergency beberapa kali..

Monday, January 15, 2007

Visit Malaysia Year 2007

Lamborghini Murcielago LP 640 ?

Aku terserempak di percayai model paling terbaru kat dunia ni kat area Seksyen 17,Petaling Jaya sabtu lepas,mcm jakun la pulak aku masa nak ambik gambo ni..driver dia buat derk je..

Saturday, January 13, 2007

Aku,dia dan Famous Amos

Ajipp ada dapat entry cemni, aku pon ada gek, tapi sori la,aku tak minat nak masak masak ni, bagi aku masak memasak ni keje ongpompuan,tu yang aku tak dapat MIXER mcm ajipp dapat, pasal mungkin Ajipp ni pompuan kot,pasal dia suka memasak,mana la tau kan? aku bukan penah jompa betentang mata dengan dia,jadi tak salah kalo aku nak beprapisangnangka dgn dia,dengar sore Ajipp pon aku tak penah,yang aku penah dengo sore tu mungkin abang dia ke,opis boy dia ke? pasal biler aku call tak penah yang dapat atau biler aku sms dia haram takmo balas,eh!lupakan le pasal ajipp ni ye,buang karan pulak kan,sebenarnya aku nak cerita pasal entry aku ni,oh!ya pasal cekelat cip ni kan..sebenarnya mcm ni..kejadian pelik ni berlaku pada bulan April kalo tak silap aku la tahun 2006 yang lepas, sedang aku berjalan jalan dekat Mid Valley aku terjumpa dengan seorang pelancong wanita yang sedang merayau rayau tanpa tujuan sambil mengendong beg plastik,tetapi gaya pelancong itu agak trendy dan muslimah.Lalu aku bertanya dari mana hendak ke mana?apa gerangan dia dok merayap sambil memakan Famous Amos,Lalu jawap wanita itu dia terlupa mcmana nak naik bas pulang ke Singapore,dia hingat Mid Valley tu stesen bas,aku yang kesian trus menghantar dia ke Puduraya.Sesampai di sana aku pon belikan tiket dan naikkan dia bas(dia naik sendiri) bukan aku dukung dia.Tapi aku tak sempat nak bagitau dia yang Famous Amos dia tertinggal kat dalam kete aku..apa lagi,aku bedal je la sampai habis,sedap pulak tu..itulah cerita Aku,dia dan Famous Amos.sekian.

Wednesday, January 10, 2007

Player baru MU

dengan yuran perpindahan 18 juta rupee dari KD.FC

Blackout !!

Ni terjadi semasa bulan puasa yang baru lalu..lama jugak..lebih kurang 7 jam..berlaku dari pukul 7 mlm sehingga 12.30 pagi..iskkk seksa sbb kita ada anak kecik..derang takut dan tak selesa.

Mini Cooper

comel dan hebat..kena dengan kaler merah yang garang..
nampak gagah dan mantap pabila kelihatan meluncur d jalanraya..

Friday, January 05, 2007

eye on Malaysia !!


THE GIANT FERRIS WHEEL MEASURING NEARLY 60 METRES HIGH WILL BE AT THE LAKE TITIWANGSA THROUGHOUT VISIT MALAYSIA YEAR.IT OFFERS RIDES TO CATCH A PANAROMIC VIEW OF KUALA LUMPUR IN ITS 42 AIRCONDITIONED GONDOLAS.

Thursday, January 04, 2007

Nadhirah ke Tadika 5 tahun..

tempat ni jauh sebenarnya dari rumah aku..tapi memandangkan Nursery d mana aku dok letak bebudak ni sewaktu kami somi isteri bekerja telah membuka Tadika di sini, jadi pengetuanya yang juga tokei Nursery tu memberikan tawaran istimewa registration fee dan lain2 kemudahan, aku pon takde la pilihan lagi dah..
Puan Aqillah sebagai 'teacher' merangkap pengetua sedang mengajar.
dengar sini anak anak semua !!
malu malu kucen lak dak Nadhirah ni masa aku snap gambo dia..selamba je aku 'enterprem' kelas budak budak ni..hehehe
Ini 3 olang geng dari Kota Damansara.dari kiri Balqis,Dzikri dan Nadhirah.

Hari pertama persekolahan Nisa'

Awal pagi bersama Nadhirah yang juga kali pertama ke sekolah Tadika..Perhimpunan di padang sekolah.ramainye mak bapak berhimpun sekali..ekeke
masing masing masih sentap..
Terkejut aku snap dari tingkap belakang..!!
berbaris untuk ke kantin..
suasana dalam kantin..mak bapak je yang lebih ramai..
posing macam biasa..

Peralatan sekolah Nisa'

Aku bukannya nye nak menunjuk kat sini,sekadar nak meceritakan moralnya..budak Millennium sekarang ni di zaman ini sungguh beruntung kalo nak di bandingkan pada zaman aku dulu..serba kekurangan. tengok tu..semuanya branded..Faber Castel lagik...iskk bertuahnya..Takpelah ini semua motivasi untuk dia juga supaya rajin belajar..

Wednesday, January 03, 2007

Tajaan buku Teks Nisa'

Syarikat Muda Osman Kelantan dengan ikhlas hati menaja buku teks Tahun 1 untuk Nisa',13 buah buku semuanya termasuk buku kerja jilid 1 dan 2, Alhamdulillah,ini rezeki namanya.Terima Kasih Ustaz.

Monday, January 01, 2007

Aku berjaya..

menyamai pencapaian abang aku yang kat entry pizza kat bawah tu,mendapat 8A dalam PMR baru baru ini..ni buktinya...ambik kanta tengok kalu tak percaya..