Thursday, February 22, 2007

Danish dulu dan kini..

Kemunculan awal Danish d alam cyber pada 2004 yang mencetus histeria di kalangan makcik dan pakcik kat dalam porum amnet..ekekeAwal 2005, teringat aku pix ni aku bagi kat Capati dan Ustaz untuk di jadikan avatar..masih di amnet..heheDisember 2006, semasa pergi menyaksikan friendly game antara Manchester United dan AC Milan di Stadium San Siro, Italy. Terima Kasih kepada penaja jersey dari PJ. Cita cita nak jadik Otromen nanti dah besar..
20 Februari 2007, Setelah berhempas pulas aku menjinakkan dia, baru la dapat kita melihat hasilnya.. rambut dia yang sedikit 'MAWI' iteww.. Ape pandang pandang? Nak gadoh?

Sudirman dalam Kenangan..

(12 Mei 1954-22 Februari 1992)

Telah 15 tahun Sudirman pergi meninggalkan kita di usia muda 33 tahun,jika dia masih hidup sekarang dia akan berusia 53 tahun.

Peghibur No 1 Malaysia sebelum Siti Nurhaliza,anak jati Pahang dan anak Malaysia pertama memenangi anugerah penyanyi Asia terbaik di Royal Albert Hall,London.Di beri jolokan Penghibur Rakyat,Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.Beliau adalah penyanyi,penggubah,peguam,penulis,pelukis,pengarang,pelukis kartun,usahawan dan pelakon.


Al -Fatihah

Laju siott..

Teruja aku nengok VW kaler PINK ni memula..kejar punya kejar dapat aku snap gambo ni dari dekat....
Lepas tu aku makan asap je..betul betul katak punya kete..huh!

Balik kampung-special 'treatment'

Sori gambo gelap sikit..Lepas mandi Danish mendapat sentuhan dari 'nenek'.bukan senang kan nak dapat belaian mcm ni..aku bayangkan aku yang duduk lam pangkuan tu,pastu kena taruk bedak..hehehe. 'Nenek' Danish tu adalah nenek kepada Anne yang di panggil Uwan.
Lepas bubuh bedak kat badan, nenek pakaikan baju pulak..sekali sekala nenek buat macam ni,aku pon tak pernah tengok lagi..ini la pestime,entah ape mimpi orang tua tu ntah..
Aku pon ape lagi,snap la gambo ni bebanyak,nanti kan dan beso budak Danish ni jangan dia lupa pulak yang nenek dia penah 'turun tangan' kat dia..ehehe

Balik kampung..kat kebun Mini

Dari hadapan..parking lot merangkap kebun Pak Usop,baru lepas trim rumput tuh,nampak chomel dan anggun.Pokok rambutan dah kena cantas seadanya..merimbun sangat nanti ramai pulak kuntilanak yang main sengayot kat situ,susah aku nak parking kete memalam..Batas tanaman kali ni pulak..ntah hape yang dia tanam tak pulak aku check dedekat..aku main snap je gambo ni..yang aku pasan pokok cili tu je..buah belom lebat lagik..tadak la hasil balik kali ni..ceh berseni la pulak batas ni siap keliling pokok limau kasturi tuh..Hehe..balik kampung lepas ni mesti tanaman ni membesar dan siapa lagi kalu bukan aku sekeluarga yang akan menikmati hasilnya..tapi..pokok aper yang dia tanam ni aku tatau..

Tuesday, February 13, 2007

Ulangtahun Pertama Aku & Duniaku..

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia,rezeki yg melimpah ruah,genap setahun blog yang tak seberapa ni melayarkan kisah kisahnya..Terima kasih tak terhingga kepada kawan kawan satu BLOK yang hinggap memeriahkan sambil merapu sesedap rasa kat sini setiap masa..Terima kasih juga kepada 'Mastermind' kepada canggihnya blog ini dan Terima kasih daun keladi kepada 'Penaja' kek kaler pink yang comel itu.Anggaplah segala cerita hiburan semata tanpa sekelumit prejudis..Sekian

Saturday, February 10, 2007

Makan tengah malam tadi..

Amacam terliur tak? tukang masak kat kentin tempat keja aku ni dah biasa dah..hehehe, kalo aku cakap maggi soup macam biasa tu dia tau lah..Inilah mcm biasanya..maggi kosong taruk telor dan udang..kalo ada sotong taruk jer..kalu tidak memadai udang dan telor saja..sayur ke benda menatang lain tak main..

Aku hangen btol..

Nisa' ni boleh gelak pulak....ceritanya kan..majalah yang Nisa' pegang tu ntah mende buku ntah yang kata Nisa' pengawas kat sekolah yang jual..pengawas tu mcm paksa dia beli..buku kertas nipis tu harganya aku check kat situ rm1.40sen, Kebetulan pagi tu ibu Nisa' bagi dia 2 hengget duit belanja,dek kerana terpaksa..Nisa' pon bayarlah 2 hengget,pastu pengawas tu buleh pulang balik baki SEPOSEN je kat Nisa'...So biler tiba waktu rehat,kata Nisa' dia pon pegi lah ke kantin dan beli kueh dan bayar kat casher tu seposen jek..padahal kebiasaan dia akan beli nasik lemak atau mee goreng harga singgit..then Nisa' cerita kat aku dan annie casher tu pulang balik duit yang Nisa' kasik tu dan cakap duit tak cukup nak beli ..akhirnya Nisa' langsung tak makan pada hari tersebut..Yang buat aku lagi bengang pulak, ni ape kejadah nye pulak budak2 pengawas tu jual menda2 ngarut cemni? tak cukup lagi kah buku kerja yang mcm karung guni Nisa' bawak ke sekolah hari hari??..adakah pengawas2 ni di pergunakan pihak2 tertentu untuk mengaut keuntungan sambil melakukan produk jualan mereka dengan cara begini? Tak faham aku..

Damit telah pergi mendahului kita..

aku hanyalah insan kerdil di dunia ini...masih mencari-cari sesuatu yang tak pasti...masih mencari cinta sejati...juga mencari teman untuk berkongsi luahan rasa...



AL FATIHAH buat arwah Majistret Tuan Khairul Jamil b.Yunus. (1974-24 Jan 2007)

Thursday, February 08, 2007

Dah ada roda..

Ala..ni belakon je ni..dah dekat nak masuk pintu kelas..aku kasik dia tarik..sblom tu aku gak yang pikul tau..ntah, cam tak karan je kalu aku tarik pulak beg kaler pink tuh..berat!
hai cik adik..lajuuu je..tinggal abah kat belakang ni..mentang2 dah ada roda..ekeke
ni pon belakon gak..selalu aku yg turunkan kosi dan taruk beg..bertuah badan..
cewahhhh...kejap kejap je dah belikan yang baru..untungkan? tak belajar pepandai siap ko..

Visit Malaysia 2007- Putra Jaya

jangan marah..tema tetap Oren..tak suka jangan tengok..susah betul danish tu nak soh dia begambar..memacam peel dia buat..mencikk
Indah masjid ni..dah banyak kali ke Putra Jaya tapi tak kesempatan nak melilau..

Pintu gerbang masjid dari dalam..Tak boleh nak buat apa..matahari berada di depan ku..nak pergi ke belakang sana tak boleh..ada tasik..terpaksa berpuas hati dengan hasil cenggini..Layannnnmeskipun ada sign tidak boleh mengambil gambar di dalam..aku tetap berdegil, dengan selamba selepas solat aku berdiri tetengah dan 'tangkap' je di hadapan mimbar ni, selepas itu aku kena kejar dengan pak guard dekat pintu masuk tu..aku buat selamba terus belah..eleh bukan aku buat benda tak elok..aku cuma kagum dengan keindahan rekaannya..itu saja..nape nak sekat kreativiti?

Mentari berada di depan ku..tu yang gelap gulita..ambik kanta nak kasik terang..Ni ler tujuan aku sebenarnya..Hospital Putra Jaya..hehehe..melawat orang sakit..siannn
Ahkak Ipar le tu..baru lepas operate kanser (tyrod) kat leher, yang terlindung kain putih tu pasal nak support tangan dia yang dah membengkak dek kena jap..

Saturday, February 03, 2007

Gambar lama..

gambar klasik ni aku snap dari frame yg ader kat rumah orang tua, siapa boleh teka aku yang mana satu? clue nya..yang mana satu muka ada sikit macam Danish? wakakaka

Thursday, February 01, 2007

Happy Anniversary ke 7..

Malam tadi dinner aku di taja oleh Ketua Bahagian Cawangan Penduduk Kg.Datuk Harun,Petaling Jaya. Terima Kasih kerana siap anto kat opis aku lagik, walaupun aku tak sampai hati nak bedal masa tu jugak, biarpun aku lapar yang amat sangat,tetapi contohi la aku yang sanggup menanti waktu pulang jam 11 malam semata mata untuk makan bersama isteri tersayang.hehehe.Happy Anniversary Yang..
Aku memang tak pernah pekena Nasik Bukhara Beryani ni seumur hidup!kerana walau apa terjadi pon nasik putih tetap menjadi keutamaan,berbalik kepada gambo ni..heran tak? ade ke dia bagi aku nasik je semata mata mcm tuh? ngan telor sejibik? huh?
Lerr..budak ni tak tido tido lagik masa aku sampai umah kol 11.45mlm. Huh mcm tau tau je PAK SEDARA dia kirim nasik ni..tak nyempat2 aku nak bukak, dia sikit je lagik nak masuk lam kotak nasik tuh..iskk..sempat je kuis kaki dia yg seksi tuh..idop ke Pooh Bear tu?

Errrr..maap la Pak Sedara ye..aku tak perasan..aku hengat ko nak SAVE budget, kasik telor je..hehehe rupanya ayam tu main CAK CAK pulak kan..sian ayam tu lemas kat dalam timbunan nasik tuh..ekeke..ayam tu dah mati masa aku kuarkan dia ke dalam pinggan..muehehe.