3 hari lepas (selasa) hari tu aku dan anie tak kerja, pasal Nisa tak sehat,
lepas makan tengahari aku pon tidurkan Danish..dan aku akhirnya terlelap sama pasal hujan
tiba2 melenturkan mata aku ke tahap rapat yang amat..bila tersedar aku bangun utk solat zohor,
waktu tu sekitar kol 3.30 petang, biler aku selak langsir utk perati kete kat bawah aku perasan ada
sebuah lori yang parking sedang memunggah barang2 kabinet, tapi tak pasan lak kaler apa lori tu..
lepas solat aku sambung balik tido sampai petang..malam tu aku ajak anie keluar ke pasar malam,
dalam pukul 8.30 waktu tu..aku dukung si Danish terus kete..dari jauh dlm jarak 50 meter aku dah sedar
dan ternampak yang ada sesuatu yang tak kena kat kete aku...ARGHHHHH>>>KEMEEEEKKKKK !!!!!
aku pon cepat2 la pi tengok..aduh la.. siapa pulak si hantu kubur yang langgar ni ?????? !!!
dlm pot pet tu aku ngan anie g gak pasar malam dan puas kami berbual mencari sebab apakah yang
terjadik tuh..lepas beberapa persoalan dan jawapan..sambil dok beli belah kat pasar malam tu, aku terpikir
sesuatu...LORI !! yeah LORIIII....LORI tuuu..anie pon menyampuk ...ha'ah dia pon ada nampak lori tuuu..
balik dari pasar malam c anie bertanya kat ssorang kakak yang umah dia tingkat bawah...memang dia SAH kan
ada sebijik lori biru yang parking kat situ menghantar perabot berjenama WELCO..
ke esokkan nya aku pergi ke guard house dan semak kesemua lori yang keluar masuk dan mengambil
nombor rumah d mana lori tu dok antar perabot tuh..yes dapat !! A216, apalagi anie seterusnya pergi
ke rumah tu dan bertanya kepada tuan rumah tu dan mmg dia mengesahkan ada meng order perabot dari
syarikat WELCO dan memberi butir2 dan lokasi outlet tersebut..sambil tu aku juga ada mencatatkan
nombor pendaftaran lori tersebut, dengan segala info tu aku n anie terus pergi ke outlet syarikat WELCO
itu dan berjumpa dengan seorang staff perempuan cina dan aku terus menceritakan segala yang terjadi..
pada mula nya staff itu cuba mengelak dan menafikan, sebaik aku memberikan nombor pendaftaran lori
tersebut dan aku juga menyuruh staff itu melihat sendiri kesan cat kaler biru yang terlekat d body kete aku
yang kemek itu..segala2 terbukti dan akhirnya staff outlet itu memutuskan untuk membayar segala ganti rugi
untuk kesan pelanggaran tersebut..
hari itu jugak aku hantar ke kedai ketuk dan cat, kena charge dalam rm150, itupun WELCO mintak
diskaun dan minta bayar rm100 ajer, alasan pemandu lori mereka tidak perasan semasa mengundurkan
lori tersebut..aku mintak derang bayar rm120..last2 aku kena gak tambah rm30 hengget..
ciss kena gak tambah...seb baik pintu kete aku bertukar jelita semula...legaaaa....
Friday, March 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
erkk..ciannya
Ko diskaun apa plak? Next time bila nego dengan orang macam ni jangan diskaun lagi...kira sekali duit tol & duit minyak tu. Kalau dia tak nak ugut buat report...
bagusnye ko buat CSI sendiri. . .
sib baik dapat bayaran. . . nak discount pulak, tak malu, WELCO tu buat business sure laku ribu riban 150 pun tak leh keluar. . .
aku tak mau panjangkan cerita..
Post a Comment