Friday, March 30, 2007

Jentu mandi..

Hari ni cuti, pagi dok selesai urusan Seri Paduka Baginda, sebelum g semayang jemahat tadi sempat la pi mandi kan Jentu yang dah malap berbalam balam neh,ada sebulan kot dia tak mandi, ialah tuan punya keta sibuk kerja pagi petang siang malam..Mamat bangla 3 orang ni buat kerja,siap derang vacum luar dan dalam kete kasik bersih.

Bekpest pagi tadi..

Pagi tadi lepas anta Nisa g sekolah aku dah beli dah kueh cucuk badak 2 bijik,aku dah makan,pastu anta pulak annie ke opis,dia ajak lak minum dulu kat restoren kat Bangsar depan main road tuh,Ahkak cemutmanis tau la kot tempat ni,tapi tak penah lak serempak ngan dia,lantak la dia..Ke sini memang pebret aku pekena mee sop atau soto je,duduk duduk sekali nampak orang order beehon sop,aku pon terai la..last last tak habisss..macam biasa annie kena perabih semua..wakakak..macam biasa jugak minuman stended ayaq halia o.Yang ini annie yang order,soto sup..ade la sikit sikit ghope macam nasik air yang aku pernah makan kat Rantau Panjang sedikit masa dulu..hehe. Tapi kepada sesiapa yang pernah ke Indonesia tentu pernah pekena soto depa kan? oh yang itu takleh celen oo..memang sedap bagai nak giler..Teringat masa pi Medan back in 1998,pepagi pekena soto hok nasik impit..terangkat beb.

Sappedek sate..

Balik keja malam tadi aku singgah beli sate kat area perumahan,bukan sedap pon satenya,saje je nak lepas gian.Aku cadang nak makan sengsorang tu yang beli 10 cucuk je,seisi rumah dah tentu lena di ulit intan,biler aku order je terus brader tu tanya nak nasik impit tak,lantas aku jawap ndak..siap siap dia bungkus pastu dia cakap ader nasik impit kena charge extra limaplosen,takde hal la kan..

Sesampai kat rumah,bila aku bukak bungkusan,sempat pulak aku ambik gambo ni,saje nak kasik Ketua Kampung Datuk Harun cemuruk,tak pulak aku syak pape, terus makan aje sampai laaaa habiss sambil layan citer Di Sebalik Tabir lakonan P.Ramlee dan Jins Samsuddin @Astro Ria.Selepas makan tu aku belek belek la balik gambo yang aku dah hambek tadi..baru aku perasan sesuatu yang hilang..

Yaaa laa...nasik impit takde? yang ado si timun dan si bawang je kan tu? nak kata aku dah telan,sebelum aku jamah aku dah snap gambo ni..betul lah..memang brader tu ngok ngek idung kemek botullah dio..sempat je dia kelentong aku kan..ntah kalo dia lupa taktau la..malam kang aku nak repeat balik kat gerai dia..nak claim balik nasik impit aje..sate dia tak sedap la..kuah kacang lagi la hampeh..

Sunday, March 25, 2007

Lunch @Seoul Bulgogi

Aku sebagai first-timer ke sini pada mulanya agak kekok tetapi selepas sejam baru la aku dapat feel dan taste dia yang masyukk itu..sebab apa? aku leka memasak dari memakan..wakakak sedangkan kawan aku dok layan diri sendiri, lepas satu satu dia belasah dan bedal,mencik betul aku dalam hati tapi ape nak buat, tak boleh nak komplen pasal dah la dia datang seorang diri, then dia sponsor pulak tuh,aku dah ler datang satu batalion kena la 'serve' orang orang bawahan aku tuh..huh kalu aku tau aku mai laki bini ajer..tinggalkan depa kat nurseri,dah la tak reti makan,ada yang tanak makan,sakit perot la,nak muntah la,nak tido lah kat depan dapo dan maknan mentah yang banyak tu..So pix yang kat atas tu lah dapo aku..
yang ini dapo kawan aku..ko tengok ? beghape banyak dia makan? aku rasa ntah ader patblas kali dia dok masak benda yang sama,belum sempat aku nak telan yang aku punya, dia dah pon masak yang lain pulak..yang aku dok masak ajer tak sempat nak makan..last last kawan aku dah kenyang aku tak kenyang lagik,tepaksa la aku wat wat kenyang..Kawan aku pon semacam serius je tengahari tu,mungkin pasal aku mai lambat kot,janji jam 12 ,lagi seploh menet nak kol 1 baru aku muncul,mungkin juga dia tengah lapa kot,takpon gepren dia dah tunggu nak pi memetik munger kat Tasik Perdana petang tuh..ntahlah..
Tu ler pasal..kan aku kata aku first time ke sini,aku dah la tak makan nasik dari malam tu semata mata nak kosongkan perot,last last aku sewat jugak nasik yang ada..baru aku perasan yang aku sorang je yang mentekedarah nasik kat situ..malu seh..tu yang aku kata tadi tak sempat aku nak kenyang dengan makanan seperti udang,sotong,ayam,daging,ikan,eskrem,dessert,ABC dan air sirap.

Cuba teka mende hape ni? agak agak? ape? kue kentot? no no no no..hehehe Cipan tau kawan aku ni? sempat lagik dia pedajal dan psycho kan aku,saje je dia ambik minatang ni pastu taruk depan aku..last last aku berjaya gak pujuk bini aku telan..hahaha biarkan beranak lam pewot dia..wakakaka

Mee Hailam

Huh,kalau aku tau baik aku mintak makan Korean style BBQ ke, makan Seafood kat Tanjung Harapan.Port Kelang ke atau lebih canggih lagi dinner kat Hotel Armada PJ ke..aku dengar makan malam kat hotel tu paling sedap antara hotel hotel kat KL neh..Apapon alhamdulillah la,aku ngusik ajer tadak niat nak POW dia pon..elerhhh setakat aku mintak mee hailam laju je dia nak banjer..cuba aku mintak yang grand grand mcm kat atas tuh,dah tentu dia kata lagi doploh taon lagi kot,masa tu kan dah buleh kuar 'one-third' kat EPF..wakakak Terima Kasih la dengan lejeki yang tak terduga malam jumahat lalu..Tapi kan tukang masak tu buat punya la pedas nak mampos..esok tu aku sakit pewot..aduhai,tak ikhlas ke dia nak banjer haku.? muahahaha
Jangan tanya apa apa pasal pix ni ok, saja je aku close-up, untuk memastikan tiada unsur2 jenayah atau pon sebarang percubaan untuk menakut nakutkan aku dengan mee campuran binatang peliharaan atau serangga yang menjadi fobia aku dan aku memang sengaja nak kasik korang cemuruk..hehehe

Friday, March 23, 2007

Kue Kentot

Dulu masa kekecit aku suka makan kue ni,tapi bukan beli kat kedai ke atau kat supermarket,tapi mak aku yang kengkadang buat setiap petang,ialah masa tu pon mak aku muda lagi kot,so dia rajin la buat kue setiap petang bagi anak anak makan,sekarang ni tak lagi..ok,biler dah besar ni,katakan aku jumpa kue ni kat kedai pepagi atau pepetang kat gerai ke hape..sure aku tak beli punya..pesal aku tak suka lagi tengok kue ni..memang tak suka la ni dah le kaler itam..ader lagi satu sebab nape aku tak suka makan kue ni pasal...kue ni busuk? busuk? betul ke? hahaha

Alkisahnye..sewaktu aku bersembang malam kat amnet dulu dengan cemut,kak nor,lomang,capati dan ajipp, maka timbullah semula citer pasal kue ni,tapi versi baru cerita ajipp terkentot kentot busuk pabila makan kue ni.Baru la aku tau yang kue ni ade nama samaran,kueh kentut,Ajipp juga bagitau yang dia suka sangat makan kue ni sebab dia memang ada masalah dengan urat kentut dia yang tersumbat,padahal bape kali bypass dah dia buat kat spital masih dia ade masalah kesumbatan urat itew..

So,untuk mengatasi masalah itu dia pun makan la kue ni banyak banyak,ada sekali tu dia kata dia borong semua kue kat gerai kat Jusco satu talam,dalam satu malam tu sambil bersembang dengan kitaworang dia sempat habiskan semua kue tu seorang diri..pepaham je lah lepas tu apa jadi kan? Aku berdoa yang dia cepat sembuh dengan memakan kue ni banyak banyak..Kalau dia stress atau mengalami tekanan mental di tinggal kekasih pon kue ni dapat melegakan..

Nak jadikan cerita pulak..hari ni kawan aku pelawa minum petang kat kentin,tak sangka setelah bertahun tahun aku merajuk dengan kueh ni,ntah la tetiba terbuka pula hati nak makan..waktu itu juga aku tingat kat ajipp pulak tentang faedah perubatan bila makan kue ni,kebetulan hari ni mmg perot aku masuk angin lintang pukang,tanpa berlengah aku rembat la 4 ketol kue ni..tu yang sambil aku buat entry ni angin kus kus tak henti henti keluar..Terima kasih la Ajipp di atas petua yang sangat berguna dan berkesan.

Sunday, March 18, 2007

Hepi besday Yeob


Happy besday ke 16 kepada kawan aku Yeob semoga di panjangkan umur di murahkan rezeki dan cepat cepat la naik pelamin.Jangan lupa weh ni aku masuk entry dalam blog aku ni,kata nak kasik tajaan mee hailam sepinggan?

Maafkan aku Ajipp..

Siapa yang pernah ke Kota Damansara tentu tahu landmark McDonald drive-thru ,tempat makan kaki fast food dan juga tempat deting orang orang yang sedang senget atau sengal bercinta,ekeke.tapi maaplah,aku tak ke restoren orang rambut kaler oren tu lagi,tak berapa nak karan dah,la ni bersebelahan tu sudah ada restoran KFC dan Pizza Hut nak kasik compete sama itu restoren..hahaha.
Cun jugak set-up kat dalam neh,depa buat untuk tarik perhatian orang kot..ala kosi meja kaler hijau tu depa beli kat IKEA tuh..kat umah aku ada..kat umah kawan aku kat Pasir Mas pon ada taw..
Aku sebenarnya tak berapa makan ayam neh..tapi kan depa yang paksa aku makan,jadi aku makan la..jangan salahkan aku pulak..aku nak rasa aje sedap ke tidak..dah lama aku tak makan..

Friday, March 16, 2007

Kimi Raikkonen

Aku memang peminat Grand Prix Formula 1, dan Team yang menjadi kegemaran aku sudah tentu Ferrari la,tahun ini kelibat Michael Schumacher sudah tiada lagi memanaskan litar, tetapi aku tidak akan rasa kehilangan itu,kerana pengganti dia yang betul betul hebat dan setanding dari kacamata aku sudah sedia ada,aku sememangnya amat mengagumi Kimi sejak dia di dalam Team McLaren lagi, cuma aku rasa jentera McLaren ketika itu agak kurang mantap dan kelibat Kimi agak tenggelam.Bakat,skill,kelajuannya memikat pemilik Ferrari untuk memancing Kimi bagi Grand Prix musim 2007 kali ini. Sekarang aku sudah tidak sabar sabar lagi nak tengok Raikkonen memecut laju dengan jentera merah Ferrari ini..gandingan Raikkonen kali ini adalah pelumba dari Brazil Felippe Massa,harap Ferrari boleh memberi saingan kepada juara dunia 2 kali berturut turut iaitu Fernando Alonso yang bersama McLaren tahun ini.F1 Grand Prix akan bermula 18 March ini di Albert Park,Australia,di ikuti Petronas F1 Grand Prix pada 6,7 & 8 April depan.Sapa yang ada dapat tiket pree tu sedekah la kat aku..wakakaka

Tuesday, March 13, 2007

Hepi besday ke 14..


Aku ucapkan kepada insan yang bisa ku panggil abang,saudara,sahabat,rakan atau kawan yang teristimewa di alam cyber iaitu Ustaz Funky..semoga ulangtahun kelahiran ini amat bermakna dan membawa keceriaan kepada Stad senantiasa.Stad yang ku kenali sejak 2003 adalah seorang yang baik hati,pemurah,happy go lucky,ceria,terrer bab IT dan yang paling penting sangat hensem macam gajah..wakaka

Sunday, March 11, 2007

Al Fatihah

Takziah buat Stad dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta pada pagi Sabtu tanggal 10hb March 2007. Kami mendoakan agar Rohnya di tempatkan di kalangan orang orang beriman dan soleh.Amin.

Thursday, March 08, 2007

Khas buat Ajipp..

Setakat KFC tu haku pandang sebelah mata je skrang dah..ORI ke tak ori,Spicy ke tidak..aku dah tak layan sangat..tak sedap mana pon...apa barang makan ayam seketol dua? keja kontrek wat bangunan kena NGAP sekor..wakakaka...jipp,cuba try yang ini..ala yang tertongok tuuu..haaa..baru la karan..khas aku panggang untuk ko..tapi tak taruk cili kehape benda..semata mata taruk kunyit jek ngan serbuk bawang..sori la..terentung pulak..sebok layan danish makan PIZZA..wakaka..haaa..jipp..makan lah..makannn..ekekeke

Cicak Man II

A pillion rider of a stolen motorcyles is injured when he jumped from a 15-feet-high flyover in an attempt to escape the police..

THE MALAY MAIL

Wednesday, March 07, 2007

It's Nadhirah's 5th birthday..

4 setengah tahun berlalu peristiwa misteri yang membawa Nadhirah ke dewan bedah otak HKL, selepas di 'CT Scan' kepalanya di Sentosa Medical Centre,berita terdapat blood stains di luar kawasan otak Nadhirah ketika itu sungguh menyentap perasaan aku dan isteri..puncanya? masih lagi berlegar di fikiran ku hingga kini...Nadhirah ketika itu hanya berusia 4 bulan !!

Kini...ku lihat dia seperti kanak2 normal biasa,leka bermain,bergurau senda dengan kakak dan adiknya,berbaris di perhimpunan Tadika,Aku bagaikan tidak percaya peristiwa itu berlalu begitu saja,tetapi itulah Takdir Yang Maha Esa,azab sengsara yang di laluinya tidak langsung meninggalkan kesan melainkan parut di kepalanya yang berbekas tebukan pakar bedah Dr.Cheam,cuma sekarang ini aku perhatikan Nadhirah ni amat pendiam dan keras kepala tetapi bijak pula berkata kata..berlawanan dengan sikap kakaknya Nisa' yang periang dan sangat manja.
Kenapa takda Nadhirah di sisi keknya ini? begini ceritanya..semalam Teacher Aqilah called dan bagitau yang esok akan di adakan sambutan birthday Nadhirah di Tadikanya,jadi aku belilah kek ini petang semalam dan cepat2 sorokkan dalam peti ais tanpa pengetahuan Nadhirah dan terutamanya Nisa' dan boy Danish,kalau tidak alamat lenyaplah kek tuh masa tu jugak..percaya tak?

Hmm..kek ni pon kek simple ajer,kebetulan semalam takdak pulak pilihan yang cun melecun, rembat ajer yang ini..apa pon janji Nadhirah gembira esok di raikan rakan sekelas dan teachers dia,walaupun tanpa kehadiran kami.balik sekolah nanti kami belanja dia kepak ayam madu,dia suka tuu..Happy birthday Nadhirah..

Saturday, March 03, 2007

Online..

Biler la aku nak masukkan streamyx ni? baru la laju sikit biler online kat umah..Tapi biler aku pikir pikir balik..ah membazir ah..kat rumah pon biler ader mood je aku online..lagipon pengacau banyak kat dalam rumah tu..pantang je aku ON pc,mula la berbondong bondong 3 orang tu mai nak tau..ye..ye..kometer..kometer..jerit yang paling kecik..so aku akan online biler aku dok sengsorang jer la..tapi kalau ada Emergency tepaksa la aku bukak juga pc walaupun susah sikit nak bersenang senang dengan keybod..sorang dok kat atas pangku,sorang panjat meja dan sorang lagi wpun dah masuk tahun 1 mcm budak kecik merengek nak main komputer..last last aku yang kempunan..hehehe kejap je aku dah melalut..

Berbalik kepada pix,pasan tak bape kbps je speed tuh?laju kan? huh?kalu setakat nak donlod pape lagu ke movie ke,lupakan aje la..setakat nak masuk porum atau nak jengah Maybank2u tu buleh la..ala biasa la..nak check gaji dah masuk ke belum..hehehe..itu pon aku kengkadang kempunan nak masuk blog..nak tengok komen dan merapu kengkawan..huh kirim salam aje..lembab macam telor..Eh lupa lak,aku sebenarnya pakai dial-up jer..itupon dah lama gak ianya berbakti dengan aku pasal kat umah aku guna line tepon TM-Home prepaid,sebabnya aku tak pakai sangat tepon rumah,cuma ambik in-coming call ajer..buat apa bayar sewa rm26 sebulan kalu aku tak guna? hahaha terrer tak bajet haku?Aku laki bini dah pakai enpon,so save la bajet..ekeke..korang kalo nak buat cam aku pon boleh gak..so buat masa ni aku menten dulu la guna dial-up ni..ok gak pe?

Sebenarnya aku kat opis dah cukup mewah dengan internet server kelajuan tinggi selaju Supersonic (Katar jenles ni) aku buleh online biler biler masa dan kat situ lah aku habiskan masa donlod lagu,hapdet blog,masuk sana sini(jangan pikir lain ye) dan aku masih ingat ketika aku menyerahkan jiwa dan raga kepada forum amnet..sekarang ni saat itu hanya tinggal kenangan..aku sudah miliki KooL dan aku gembira si sini..

Baru baru ni TM_Home prepaid ni dah launch utk pengguna melanggan streamyx,tetapi lately aku dengar banyak pulak masalah dengan line ni..asyik problem ajer..so aku simpan la dulu angan angan tu,sementara aku kasik up-grade pc aku ke tahap Tenuk Jantan,siap ader coolent dan ekzos kat cpu tu..nanti laaa..ekeke..cadang nak up-grade Motherbod,Processer dan Rem je dulu,lepas tu cpu lama tu aku nak kasik kat Nisa buat dia belasah..tak leh share nanti hancus..wakaka.

Wah..aku dah pandai bercerita la..target tahun ini utk kurangkan gamba..ekekeke

* survey pengguna Internet di Asia dan seluruh dunia,
Biru - 64% Rest of the world
Hijau - 36% Asia

Thursday, March 01, 2007

Dinner @Lotus last nite..

Huh..mencik..kalau aku tau aku makan dulu kat opis..takde la aku tertunggu tunggu sambil kelaparan,dah la aku taruk simen kat kaki aku pastu janggut aku lak tumbuh 5sm lagik panjang..punya la lamaaa..tunggu dia mandi la,makan la,pastu leh sempat deting lagik tuh..(salah masuk simpang konon)huh !nasib aku baik dapat menikmati makan malam aku (rujuk pix) kerana sblom tu aku menempuh pengalaman boleh di katakan NGERi juga..aku rasa kalau naik kete dengan Kimi Raikkonen takde la mcm tu punya RAKUS kot kat jalanraya..lupakan pasal itu..lagi pulak..dah aku order makan tu 2 pinggan,last last aku makan semua sekali 2 pinggan tuh,(malu konon) apa nak malu? bedal aje la..sedang aku berhempas pulas makan yang lain pulak sibuk dok menganyam ketupat..PUAS? Ok takpe berbalik kepada pix..perasan tak? ada bendasing kat dlm pinggan tuh? Sedap tau tu..tak pelah kan..jauh datangnye tu,terus masuk pinggan,aku sebenarnya order yang lain..sotong kering dan kepek ikan kering..yang tak boleh di makan dia bagi aku..Terima kasih daun keladi,kalau ada nak lagi..

Lunch @Seksyen 8,PJ

Hari off yang lepas,aku tak buat apa kat rumah(bukan takde keje) saja je aku wayang tak nak buat kerja kerja rumah sehari tu..(sori Yang,i need my own time to rewang) ekeke..Aku pegi la lepak kat tmpt kawan aku (Ketua Unit cawangan penduduk Petaling Jaya).Kat situ pelbagai kemudahan yang menjadi kesukaan aku ada..yang Utamanya adalah INTERNET,lepas tu pree pulak..memang la aku suka kan..sempat la aku belayar ke seluruh dunia sambil puas aku mengejas mulut/bibir aku yang kejap kejap terjuih,bengot dan tersimpul simpul dek melayan telatah sengal+senget dan mental kengkawan cyber..hehehe..tu ler aku malas nak pegi cc sebab orang2 sebelah selalu charge aku ni tergolong dlm kategori mental jugak..puas belayar then sempat pulak aku tengok movie,dengar lagu dan sbgnya.Niat aku nak rembat apa2 yang patut ajer pastu balik rumah,last2 aku sangkut kat situ sampai waktu LUNCH,mcm aku kata tadi kan selain dr kemudahan yang aku dapat tadi,aku juga dapat makan pree..sila rujuk pix di atas tu..kebetulan aku tak bawak duit..hehehe,kawan aku tu dia jenis mudah kesian..kalu aku mintak makan kat hotel pon aku rasa dia mesti bawak agaknya..dah banyak kali aku pow dia..wakakaka.Ok,berbalik kepada pix tadi tu..tu ler..aku tak sampai hati nak taruk lauk mahal mahal..yang sebelah bawah tu aku punya..ala yang tertonggok ikan kembong pecah perot tu..macam idop je lagi kan ikan tuh..siot jer..hehe.Tp kan..cuba perati dekat dekat pasan tak kawan aku tu ambik lauk ape?..Patut lar dia bawak aku di ke gerai makan tu..rupa rupanya kan kat situ ada dia jual ****** goreng tau..cuba perati betul betul..kan?kan?kan?