4 setengah tahun berlalu peristiwa misteri yang membawa Nadhirah ke dewan bedah otak HKL, selepas di 'CT Scan' kepalanya di Sentosa Medical Centre,berita terdapat blood stains di luar kawasan otak Nadhirah ketika itu sungguh menyentap perasaan aku dan isteri..puncanya? masih lagi berlegar di fikiran ku hingga kini...Nadhirah ketika itu hanya berusia 4 bulan !!
Kini...ku lihat dia seperti kanak2 normal biasa,leka bermain,bergurau senda dengan kakak dan adiknya,berbaris di perhimpunan Tadika,Aku bagaikan tidak percaya peristiwa itu berlalu begitu saja,tetapi itulah Takdir Yang Maha Esa,azab sengsara yang di laluinya tidak langsung meninggalkan kesan melainkan parut di kepalanya yang berbekas tebukan pakar bedah Dr.Cheam,cuma sekarang ini aku perhatikan Nadhirah ni amat pendiam dan keras kepala tetapi bijak pula berkata kata..berlawanan dengan sikap kakaknya Nisa' yang periang dan sangat manja.
Kenapa takda Nadhirah di sisi keknya ini? begini ceritanya..semalam Teacher Aqilah called dan bagitau yang esok akan di adakan sambutan birthday Nadhirah di Tadikanya,jadi aku belilah kek ini petang semalam dan cepat2 sorokkan dalam peti ais tanpa pengetahuan Nadhirah dan terutamanya Nisa' dan boy Danish,kalau tidak alamat lenyaplah kek tuh masa tu jugak..percaya tak?
Hmm..kek ni pon kek simple ajer,kebetulan semalam takdak pulak pilihan yang cun melecun, rembat ajer yang ini..apa pon janji Nadhirah gembira esok di raikan rakan sekelas dan teachers dia,walaupun tanpa kehadiran kami.balik sekolah nanti kami belanja dia kepak ayam madu,dia suka tuu..Happy birthday Nadhirah..
Wednesday, March 07, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Happy Besday. He he he... jgn ayahnya makan kek tu sorang2!
happy besdei, aduik nadhirah
alhamdulillah...dia dh sihat skrg
Izzah Nadhirah nama anak ayah yang sorang ni ekk..
pekaba ayah??
Ekekkekeke..
testing testing sempena besday Nadhirah. Wa ka ka ka...
ellerhhh marts..
nyampah..
Post a Comment