Tuesday, April 10, 2007

Danish Tercampak..

Hari kedua (pagi Khamis) dia kena campak neh, terbaring dengan suhu badan yang sangat terik,betul betul dia flat kali ni,kalau sihat pergerakan dia tak terkawal,panjat sana dan sini.Tak payah si ibu kejap kejap terjerit jerit nama dia,tak perlu aku nak babap dia setiap kali..Kesian pulak,kecit kecit dah terkena campak.Perasan tak air dalam botol yg dia dok nyonyot tu kan kaler merah? sebenarnya tu air kelapa yang aku dah campurkan sedikit sirap.Kalau tidak haram dia takmo minum air kelapa tu..kenal dia rupanya..punyalah fobia nak kasik dia ubat.tauu ajer...Kelihatan kawan baik dia (Mickey) juga terbaring lesu kat paler dia,menjangkit la kot lepas ni tu.. Hari kedua (petang Khamis) dia tercampak neh,dah buleh bangun dah,punya lah susah nak tarukkan ubat krim kat badan dia tuh sebenarnya,dah la kat pale paling banyak timbul,dengan aku aku satu badan sekali yang terpalit dengan krim pemutih ni.Sebbaik ader CD Tom & Jerry tu sebagai umpan.Terima kasih tak terhingga kepada penyumbang CD tu,tanpa anda payah juga nak pujuk Danish neh kasik makan obat,dan tengok la tu kat tangan tak berenggang dengan CD T & J dia..Tak dapat kami nak menengok TV barang sekejap,last last aku pon layan jugak cd tu berulang ulang kali sambil gelak gelak..

Hari ketiga (Jumaat) Demam dah reda,Tengok tu..siap bergaya pulak dengan baju pon sekali T&M.Apa saja yang di suruh termasuk makan obat,sapu obat,minum air kelapa,kibas badan dengan daun pokok bambu semua boleh dengan adanya cd T&M.
Malam tu pi makan sate Hj.Samuri kat Restoran Jejantas Sg.Buloh dengan muka Danish penuh dengan krim macam Tepung Gomak..wakaka. Orang lalu lalang pandang ajer,dekat dalam restoran tu pon semua orang pandang Danish,aku buat derk je la..lantak pi la depa nak pandang..yang pasti aku sedang asyik masyuk melayan sate satu persatu..Tapikan..makin kecit pulak sate kat Hj.Samuri neh,cipan je..macam tak puas pulak walaupun aku dah bedal 15 cucuk..kena repeat balik ni gamaknya..

4 comments:

Anonymous said...

Daun semambu tu nko campur je dgn bedak sejuk , pastu blend . Kemudian sapu kat badan dia...
The effect is better than applying the calamine lotion prescribed by clinicians.

marts said...

Buat segera Lym!

Anonymous said...

sian danish.. moga cepat elok yer.. kang dah elok. bapanyer bawa mkn sate lagi

cemutkeyengge said...

eh kalau tercampak mana bley makan satey...nanti lambat baik taww...apalah ko neh lym, sian budak tu...