Monday, February 13, 2006

Selamat Datang Ke Blog Aku

Hari ni aku dah mulakan project blog: Aku & Duniaku


pertama2 aku ingin mengalungkan selendang
bunga rampai yg aku beli kat Batu Caves tempohari buat awegedebe yang memperkenalkan blogger ni kat aku..

dah lama tau pasal blogger ni cuma aku tak ada masa sangat nak meneroka dan minat belum menyinggah d kepala,apabila aku melihat dr kacamata yg aku baru aje beli ni setelah kacamata yg lama patah dek genggaman si hero Ahmed Danish, (melayang la jugak rm300)

..baru lah soronok menjelma.

alhamdulillah aku bertuah kerana awegedebe telah siap sedia meregister dan membuat template2 nya..taraaaa..ini lah dia..buat permulaan dan aku harap akan menjadi canggih sedikit masa lagi..ini pon dah kira canggih dah ni...penglibatan aku dalam membikin personal website ni dah lama terjalin, cuma sejak 2002 aku sibuk menjelajah alam cyber dan bergelumang dengan berbagai2 forum..

setakat ini aku ada mebuka forum sendiri dengan pertolongan kawan2 cyber yg sangat aku percayai dan sanjungi..kepada kawan2 sila beri tunjuk ajar tentang blogger ini lagi dan aku janji akan menjadikan ia se WORLD yang boleh..

No comments: