Friday, June 29, 2007

Edisi Khas Juma'at..

PATUHI RAMBU RAMBU JALAN MENUJU KE SYURGA AL JANNAH.

*klik gambar untuk kesan lebih jelas,Sila gunakan KANTA bagi mereka yang berumur 26 tahun ke atas.

Thank U uncle Marts..

"..Uncle, Danish nak ucapkan Terima Kasih banyak banyak kerana uncle belikan hadiah untuk Danish sempena harijadi Danish yang ke 3.Abah Danish pon tak belikan Danish hadiah besar macam ni,dia belanja Danish cendol je hari tu..mencikk kan? Lepas tu kan..Abah Danish tolong bukakkan hadiah ni,lepas tu..dia bukak sampai sini je..dia tak kasik bukak lagi dah..Abah Danish suruh tengok dari luar jer..Lepas tu kan..dia suruh Danish pergi tido tapi Danish nampak Abah Danish main kete remote control ni sensorang dalam bilik,Abah Danish kata Danish main anak patung jer..mana buleh main kete ni..kete ni untuk orang besar jek..huwaaaaaaa!!.."

Thursday, June 28, 2007

Maafkan aku Mandot Kepek..

Inilah dia kedai makan yang Mandot kata nak pergi tu tak jadik,last last Mandot melencong makan kat gerai..wakakaka (aku nampak adengan tu) mcmmana aku boleh tau dan nampak? Alkisah..suatu petang tu Mandot esemes kat aku dengan bangganya dia sedang berada kat Pizza berdekatan dengan kediaman aku (tempat terpaksa dirahsiakan) macam biasa dia mestilah dengan sayang dia dak Santos tu kan..aku pon berbalas esemes ngan dia..hehe dia tak taw aku juga sedang melantak bersama family aku dekat gerai berhampiran..Tup Tup selesai aku makan..aku terpandang kelibat pasangan sinonim atau lebih tepat pasangan secocok (Marts kau jgn nak ingat lain) baru aje sampai dan duduk sambil Mandot macam biasa mengontrol ayu..eh eh macam kenal je tu?? Eh tu Santos tu la..eh eh tu Mandot tu..eh pulak? tadi kata ada kat Pizza? hehe KANTOI..pehtu aku esemes dia balik..oit boleh order Pizza dari gerai tu ke? wakakakaka..ampun Mandot..aku berani ceritakan ini semula sebab ko takde kat Malaysia kan..hehe oit aku nak kirim suar jeans pendek buleh tak? ekeke
Malam semalam aku pergi ke Pizza Hut yang Mandot Kepek 'overlook' tuh..hehe.First time aku tak makan pizza kat situ,ngengada pi order spaghetti pulak..ok je la rasanya..tapikan nampak tak 2 ketul kepak ayam kat atas ni,pon ngengada jugak pi order kekonon nak kasik spaghetti berlaukkan ayam laa..ceittt! ayam tu kan rasa macam ayam tu baru je keluar dari telor ayam,ada la sikit sikit ayam tu rasa macam minyak gas..huh! bluwekkk

Tuesday, June 26, 2007

Sports Day 2007

Ahad :- 24 Jun 2007

Pada asalnya sukan untuk tadika Nadhirah ni di jadualkan minggu depan 1st July,tetapi hari khamis yang lepas Teacher bagitau yang ianya di tunda pada hari Ahad ni pulak.Terpaksa aku batalkan segala aktiviti lain yang sepatutnya termasuklah program makan makan yang di janjikan seseorang.Melepas la,nasib baik tak jadi jugak pasal senyap je orang tu tetiba..
Ni juga first time participate acara sukan untuk bebudak tadika sebab masa Nisa' tadika dulu kami tak serta sebab masa tu kan tangan dia patah.
Punya la aku terkejut rupanya Nadhirah ni berpotensi jugak bersukan (sama macam bapak dia) banyak tu acara dia masuk! Ape ape je lah Nadhirah oii..janji kamu bahagia.Ini adalah salah satu acara yang dia sertai,lari sambil ikat kaki,mencikk partner lelaki pulak,polok polok plak tuh..huh! ekeke
Lepas satu satu acara peserta berehat sambil tarik napas dan bertenang..di antara peserta pesertanya sedang menanti giliran..
Eleh setakat kalau lari berganti ganti duduk atas belon aku pon boleh..hehe
On your Marts, get set.......tengok tu..Nadhirah fokus habiss..yang lain berangan..ekeke
Goooooooo....iyah..iyah..iyah..eh? ape pesen Nadhirah ni berlari? macam bejoget jek..ekeke Wah tengok tu..jauh dia tinggalkan peserta lain tuu..hehe leh jadik mcm Watson Nyambek nanti yek?
Ermmm..tak sah kalau acara budak budak kalau takdek CLOWN jemputan..kalau nak tau clown tu aku yang rekomen,di import khas dari Kota Baru,Kelantan.
Menanti acara penyampaian hadiah..
Satu pix je la aku tepek Nadhirah sedang amek hadiah ni..banyak sangat dapat..hehe
Hehehe..kami dari keluarga sporting taw.Tengok tu..aku dan Anne masuk parent's game.Tak payah produce pix kita main game ape la kat sini kan..sendiri mau ingat la..kan dapat hadiah menang 2nd place tuuu..seronok nyeee..

Banyak kamu dapat piala ye Nadhirah? 2 kejuaraan, satu tempat kedua dan satu tempat ketiga.Dapat hadiah dalam kotak tu lagi..Tahniah! Bangga kat anak abah sorang yang pendiam dan panas baran neh..ekeke.

Monday, June 25, 2007

Exclusive:- when Danish met Yayah

Saturday 23 Jun 2007 (petang sekitar jam 5/lokasi dirahsiakan)

Cute sangat budak 2 orang dlm pix tu kan? sorang korek idung sorang garu kepala..serba tak kena atau malu malu Tenuk ni? aii lain macam je Yayah tenung Danish tu? ekeke cemtu la budak budak bile di gandingkan untuk bergambar,tetapi 2 orang budak ni memang boleh tahan famous kat dalam blogger kengkawan kita kan? Sapa tak kenal Yayah? sian dia kena buli auntie dia soh pegang pistol la,pegang gunting la,tunjuk ketiak la..ishh itu dah di kira bibit bibit dera dah tu..cheewahh pandai pulak aku guna bahasa2 makrifat M Nasir..ekeke Apapun aku sayang kat Yayah sebab dia comel sangat sangat macam auntie dia..hehe

"..Yayah malu ye? Ala apa nak malu,Danish bukan nak tekel Yayah, saja je Danish singgah kejap nak carik Yayah,bukan kejutan ape pon,lagipon bapak Danish biasa dengan tempat Yayah tinggal tu,ala bapak Danish lama dok KL dekat pulak area situ,tu tak jauh dengan tempat permainan bapak Danish dulu dulu masa kekecit men beskal,panjat pokok,mandi sungai dan melastik pacat.hehehe
Apapon Danish nak ucap terima kasih kat Yayah dan auntie kerana sudi meluangkan masa untuk melayan kerenah kakak2 Danish,ibu Danish dan bapak Danish ye.."

Errr..Tiba tiba dalam hati aku penuh dengan rasa mencikk tatkala ekor mata aku tepat merenung kelibat ejaan yang tertulis kat sebijik kek coklat yang cukup enak kalu di baham.Bila ku tanya kepada empunya kek ni,huh sepatah haram tak menjawap.Aku pasrah kerana aku taw dia sedang berperang dengan perasaan sendiri..(aku tergelak dlm hati masa tu)
Kek ni aku beli sebab Nisa' yang sibuk nak..Pantang tengok Barbie kat mana mana mesti dia nak,aku ingat kalau Lintah ade cop Barbie pon dia nak..tapi ni Cokelat Butter kek laa..
Sedang dalam proses membaham kek anak beranak.sedap yang tang cokelat tuh.

Hehehe sedap taw kue cucur badak tu, kepap inti sadin tu pon sedap,Samosa tu pon sedap gak,tapi nanti cuba la taruk inti Lintah lumat goreng tepung pulak ye.Nanti bebila senang aku singgah amek lagi ye..

Seoul again..

Saturday:-23 Jun 2007 (Lunch Time)

Mamarts dlm pix ni ade je kat mana mana function makan.Tak kesah la,katanya azam tahun ni nak kasik perut dia ala ala moncit air atau Awang Boncit.Dia amek nasihat aku supaya cik Lin dan cik Cat senang untuk beranak pinak dan sebagainya.Berbalik kepada tajuk pada hari ini ialah pembalasan dendam oleh cik Anne untuk melantak kat Korean Style Steamboat yang famous itew.First time pegi dulu rasa macam tak kenyang pasal budak budak merengek sana sini.Kali ni bawak jugak budak2 ni tapi aku dah psycho derang awal2 lagik. cara macamana psycho derang tu korang belajar la sendiri,yang penting aku dan Anne kenyang tak terhingga kali ini.ekekeRobot Spiderman yang kelihatan tu adalah salah satu cara untuk membuat budak2 tidak mengganggu gugat ketenangan aku dan Anne menikmati hidangan seafood binatang binatang pilihan yang ada,tapi satu je yang aku terkejut! rupanya ada satu bilik khas untuk para peminat binatang eksotik,patut le maMarts sorang tu mundar mandir ke bilik itu biler aku dan Anne dalam keadaan ghalit menikmati hidangan,alih alih benda tu dah lesap ke dalam mulut dia,patut la tekocoh kocoh dia masak.hehe
Kali ni kami dok tepi tepi aje..ini pun cadangan maMarts tu,siang siang dia bgtau yang lam poket dia dah siap dah plastic itam,konon nanti leh songlap udang,sotong dan yang hok eksotik tuh,tapi aku nasihatkan dia baik baik,tak elok wat macam tu,Tuhan marah..ekeke
Danish!! penat aku dok Danish Danish Danish,sambil maknan masok lam molot..hehe tak jadi Spiderman tak sah kamu ye? Kali ini Nisa' tidak mengantuk lagi, dia mengambil inisiatif sendiri untuk memasak sama,tapi dia tak tenang jugak memasak sebab Danish ajak dia main panjat panjat..Nadhirah pulak tak kelihatan sebab dia dah kena beri amaran supaya jangan muntah!

Thursday, June 21, 2007

Happy Birthday Danish..

Danish suka Spiderman...Cicak,Lintah,Pacat dan Lipas pon dia kata Spiderman jugak..Ni hadiah kek Spiderman untuk Danish yang aku beli khas dekat Yahoo.Com
Selamat ulangtahun ke 3 hari ini..dah besar dah JUNIOR abah ni..nanti malam abah balik abah bawakkan hadiah ye..Kang petang ibu balik mesti ibu bawak hadiah dan kek untuk Danish..sian anak abah selebret kat Nursery jer ngan bibik dan kawan kawan Danish..biasalah..ibu dan abah bekerja carik duit nak beli susu Danish kan? Danish nakal nakal la lagi ye kat rumah,panjat meja panjat lemari pastu tegolek kat lantai malam semalam, benjol tang paler tu..tapi abah puji kalau kat luar rumah Danish behave kan? Danish tak usik barang orang,tak panjat panjat..baguih..mcm abah kecik kecik dulu..ekeke

Sunday, June 17, 2007

Happy Father's Day..

Ini adalah hasil kerastangan Nadhirah sempena HARI BAPA. S tu Superman kot? Superman ke aku? Tu dia..Spiderman tompang sekaki selebret hari bapa..

Kepada ABAH,aku nak ucapkan setinggi tinggi Terima Kasih di atas segala pengorbananmu selama ini dan jasamu tak dapat ku balas sehingga ke akhir hayat, hanya ku iringkan doa semoga ABAH sejahtera hendaknya..dan tak lupa juga Selamat Hari Bapa buat Ustaz Funky dan Ankel.Yang lain tu belum jadi bapa lagi ,sori la..cecepat la jadik bapa,tahun depan aku masukkan nama..ekeke

Amek repot kad..

Sebelum mengadap teacher,kena semak dulu hasil kertas peperiksaan..saspen je tengok muka Nadhirah tu..
Kena mengadap sekali 3 orang cikgu Nadhirah..yang tengah2 tu pengetua dan yang lagi 2 orang tu cikgu kelas dan cikgu Qira'ati..Wah bagus jugak Tadika ni,subjek yang di ajar mengalahkan budak darjah Satu,tu yang Nadhirah manjang tensen je biler balik sekolah..Apa pon Alhamdulillah..hehehe semua pon dia dapat A, markah 90% ke atas..ekeke aku bayangkan Nadhirah mesti fail semua sabjek..tepaksa belanja Kentaki.



Ke sekolah Nisa' pula..
Nisa' gabra sedang menunggu giliran dia.Silakan tengok..kata cikgu Normah..Nisa' ni seorang murid yang....bla..bla..bla..Nisa' kena tingkatkan usaha lagi..


My first pengalaman ke sekolah berjumpa cikgu untuk ambek repot kad.Baguih gak wat cemni,at least banyak benda yang aku dapat cakapkan dengan cikgu tu dan memacam gak yang cikgu Normah ngadukan kat aku.Dolu dolu mana ade macam ni? Teringat waktu aku darjah berapa ntah,takut punya pasal dapat nombor banyak,aku padam nombor tu dengan air liur,pastu tukar ke nombor sikit..tak pandai langsung nak menipu,last last aku kena marah dengan cikgu dan abah,wakakak bengong kan?
Alhamdulillah prestasi Nisa' agak membanggakan jugak memandangkan ini adalah semester pertamanya sebagai murid Tahun Satu.Dia mendapat peratusan A bagi keseluruhan subjek.Tetapi nombor kedudukan di dalam kelas tidak begitu penting kata cikgu Normah.Cuma pesan cikgu supaya Nisa' meningkatkan lagi prestasi selepas ini supaya segala kelemahan yang ada dapat di perbaiki.

Thursday, June 14, 2007

Tirai siput..

Yang ni ambik guna kamera enpon,so kaler siput tu jadik mcm putih,ialah pakai kamera 1.3 Megapixels jek.
Haa pix yang ini dan yang bawah tu kaler siput ni yang original kuning +putih..Yang ni aku guna Canon 7.1 Megapixels punya kamera..hehe..Kat KL ni ader jual siput ni tapi tak ORI sbb buatan plastic.Yang mahal nya tirai ni dia punya bunyik biler berlaga. Aku dah lama simpan tirai yang di perbuat dari siput ni.Jenis siput ni aku tak pasti halal ke tidak di pakai atau di gantung atau simpan.Nak tau kena tanya dengan kak cemut a.k.a siput kendur@hotmail.com.Yang pasti ni bukan la siput khinzir kan? Tak kesah la..pening pale nak pikir bebanyak..Alkisahnya jiran sebelah pintu aku dulu orang Sarawak,la ni dia dah pindah dah ke Kayangan Heights kat Shah Alam, dia belikan siput ni pada tahun 2002 sekali dengan tikar mengkuang yang masih ada terdampar kat ruang tamu.So dah lama aku simpan kerana aku takda masa nak uruskan benda ni.Lagi pon anak2 masih kecik so depa ni kan suka tarik sana tarik sini,tak relevan la nak gantung,kang tak sampai seposen dah putus dah...
Seminggu dua ni aku sibuk mengemas dan mengandam rumah,tu yang jumpa siput siput ni dan otometik teringin nak gantung,aku panggil la Indon pekerja kat apartments tempat aku tinggal,aku soh dia drill kan lobang dan buat kan kayu hamparan penggantung tirai ni,dah siap dah kat beam nak ke dapor.Ek eleh ciput je lak biler aku tengok dah siap tgantung,ada ruang lagi kiri kanan,kena tambah lagi dopoh helai lagi baru ngam penuh dan cun.Huh kudukut jugak jiran aku tu..ekeke..kejap kejap tu je aku teringatkan jiran aku tu dan esemes kat dia tanya biler nak ke Sarawak,haram dia tak jawap..lepas tu tingat lak kat Kak Dora,esemes kat dier plak..tak gak jawap..tanya gak biler nak balik Sarawak.aku nak kirim lagi doploh helai..hehehe
Bingung..aku esemes lak kat Qatarsis..hehehe dia sibuk ngalah PM ke dia tak layak nak beresemes dengan aku ni? hehehe,dia buleh anta (Anis) secretary merangkap bini dia yang jawapkan esemes aku!! aku mencik kat ko Qatar..ekeke.Apapon aku menerima feedback yang mengembirakan..Anis kata Qatar akan terbang sekarang jugak ke Sarawak untuk carikkan tirai siput aku tu..hehehe tak gitu Anis? Haa..jangan ko tesilap beli siput sedut plak QaTar,aku dah siap tepek gambo tu untuk ko dan Anis perati dan selidik betul betul..hehehe.Ok segala perbelanjaan dan insuren perjalanan nanti ko buleh claim kat aku melalui buku tiga lima.Qatar, sebelum lupa aku rasa yang dok ader tergantung tu panjang nya mungkin 5 kaki setengah,kalau buleh carikkan panjang sikit ye, dalam 7 stengah atau 8 kaki.Sekian terima kasih.Afundi Qatar!!

Monday, June 11, 2007

Transformers The Movie

Aku tak kira,aku nak tepek gak pix ni,walaupun terang terang aku rompak dari blog Marts,alasannya aku dulu yang tengok citer ni dari dia,pasal aku yang lahir dulu..biler nak kuar pawagam tak tau la..yang pasti aku memang tak lepas kalau movie hasil air tangan Steven Spielberg.

Wednesday, June 06, 2007

Beli Katil..

Pix yang ini seminggu sebelum aku mai beli katil ni Ahad lepas, masa usha usha nak beli..
Inilah katil yang aku nak beli..cuba perati betul betul jenis apakah katil tersebut? katil kelamin ke,katil kayu ke katil besi ke katil hapa?? hah? jawap..jawap!! Mencikk ada orang dah salah sangka bile aku kata nak beli katil,macam macam spekulasi yang depa buat..kata aku ganas la,aku jatuh katil la,katil patah la,katil roboh lah..
Tujuan aku beli katil ni ialah untuk 2 orang anak dara 2 aku tu.Aku juga beruntung kerana 6 bulan yang lalu harga katil double decker kayu Gutvik ni berharga rm795, tapi biler minggu lepas aku tengok harga dah turun kepada rm495,aku tak tungu lagi lah..
Aku tak pernah beli perabot kat sini,Inilah kali pertama,kena la cuba,mencikk lagi..kena ikut banyak sangat procedure..satu satu kena buat sendiri,apa depa takdak staff ke nak entertain kita? Tapi baguih gak at least ada la experience shopping kat sini.
Lepas isik borang dalam shopping list tu (aku tak cilok pensel dia taw) kena pulak pergi kat bahagian bawah store menyimpan perabot2 dan barang2 besar sebelum check outs tu..
Dalam shopping list tu kita kena write-downkan item nombor dan melalui nombor tu kita akan dapat cari kat mana lokasi barang yang kita pilih tu duk terletak..
Lepas di kenal pasti,angkat la sendiri dan letakkan dia atas trolly,tadak sapa nak tolong..
Lepas bayar kat kaunter pergi pulak kat bahagian Home Delivery pasal kete aku tak muat nak letak perabot sepanjang ini.Charge rm65 di kenakan walaupun rumah aku dekat je kerana charge delivery tetap sama seluruh kawasan Lembah Kelang.Oleh kerana aku malas nak pening kepala pasang sendiri katil tu,aku turut bayar charge untuk IKEA pasangkan dengan harga 24.75 sen iaitu 5% dari harga barang.
Kebiasaannya selepas 3 hari IKEA akan hantar,tetapi kerana mungkin rumah aku dekat ajer,depa hantar pada hari yang sama,lepas aku order,selepas tu aku tak boleh nak buat aktiviti lain,terpaksa tunggu depa datang dari tengahari sehingga jam 8 malam.mencikk tergendala program aku yang lain.
2 orang di perlukan untuk memasang, dan dengan tools yang mencukupi,tak susah..Bermula dengan tapak..
Depa berdua ni memang dah mahir kot..sekejap je dah siap satu bahagian..
Bahagian kedua pula dalam proses..
Dah siap..
Dah siap dah kedua dua katil..Kedua dua nya di cantumkan..
Penyediaan untuk membuat tangga mini..
Dah siap pasang tangga..
hehehe..sempat pulak posing lepas dah lengkap siap..gelap pulak gambar ni kan..eh eh patut ler..macha rupanya..hensem gak macha neh..hensem sikit dari Martenuk.
Tadaa...tau la siapa dulu yang aku berkubang kat bahaian atas..tau naik,tapi tak tau nak turun..mencikk asik je dok kat atas tu 24 jam..