Wednesday, June 06, 2007

Aku Demam ??

Entah apa yang merasuk,tanggal 30 May hari Rabu yang lepas, aku di timpa demam kuat yang dah lama tak menyinggah semenjak 6 tahun yang lepas.Aku tak sangka yang pagi2 tu aku rasa sihat je pi kerja, tup tup lepas breakfast dalam pukul 10 pagi tu aku rasa lain macam,kaki ku lemah untuk melangkah dan aku dapat rasakan suhu badan aku naik dan tiba tiba rasa seram sejuk yang amat sangat..
Aku bagitau kat boss dan cecepat pi nyorok kat satu tempat untuk melabuhkan tubuh badan sambil menahan sejuk samapi seluruh badan dan sendi2 kaki dan tangan menjadi lenguh nak mampos!! Aku tak dapat tahan sejuk sehingga azan Zohor aku keluar dari tempat nyorok dan cuba mengambil udara segar tapi panas terik.Tak sangka dalam masa sejam aku terbaring di bangku panjang luar opis dengan cuaca panas berbahang sambil memakai jeket tebal,aku langsung tak berpeluh!
2.30pm aku tepon kat boss cakap tolong hantar ke klinik,kerana aku langsung tak boleh bangun!alih alih dia datang bawak panadol 650 dan sebungkus air suam!sambil baring aku telan obat tuh dan aku teguk air suam tu sampai habis!aku heran juga aku langsung tak rasa lapar pulak!Kalau tidak waktu tengahari kebiasaannya cacing2 kat dalam perut aku neh dah sibuk mintak makan!
Pukul 3.00pm aku pergi klinik sendirian dan terus balik ke rumah.Malam tu aku menderita seram sejuk dan sakit2 badan,tapi aku terlepap juga sampai pagi.Esoknya tu (Khamis) teruk juga aku menanggung kesejukan dan kesakitan lagi,aku ke klinik semula pagi tu dalam keadaan macam kena demam kura.Aku merayu kepada doktor supaya kasik satu jab untuk menghilangkan sakit2 badan dan lenguh2 sendi.Hantu punya doktor,sepatah haram dia tak cakap apa2 melainkan memeriksa tubuh badan aku dan memberikan jab yang aku minta.
Sejam selepas itu aku rasa lega sedikit dan rasa kesakitan mula hilang dan seram sejuk juga lenyap dari hidup aku buat sementara waktu.Aku langsung tak lalu menjamah apa2,air pun aku tak mampu nak teguk.Aku telan ubat yang di beri,tak pula aku periksa dos yang di cadangkan,rupanya2 aku alah kepada ubat ubat tersebut,ada ke dia kasik Paracetamol 500mg makan 2 bijik 3 kali sehari,bayangkan betapa kuatnya!malam tu aku langsung tak boleh tido kerana mungkin aku terlebih dos ubat,aku menderita pula dengan gastrik dan insomnia.Aku tak tahu kandungan apa ubat itu,aku jadi terkulat2 memandang anak bini aku tido sedangkan aku memang tak cukup tido,pulak aku rasa badan aku segar semacam dan mula rasa nak menari nari di malam malam buta itu.
Sudahnya aku tak tido sampai pagi,Pagi tu seram sejuk hilang,sengal badan pon hilang,tetapi penyakit lain pula yang datang,tak boleh tido! Aku terus pergi mandi pula pagi Jumaat tu dan selamba pergi hantar anne pergi kerja,baru 2 tiang je aku pegang stereng terus aku suruh anne pulak yang bawak kete,erkkk nak pitam pulak! last2 anne yang antar aku pergi ke tempat kerja dia..ekeke.Lepas tu aku balik ke rumah dan terus tumbang!aku hingat aku terus tetido sampai petang..laaa...10 minit je aku lelap dah jaga balik,aku pergi pulak semayang jumaat,tak dapat masuk dalam pulak,penuh!semayang kat luar..bawah panas terik mentari,aku tahan sampai lutut aku goyang! habis semayang..argghh lega..
Petang tu aku mula rasa hidung aku dah sumbat sebelah,selesema pulak dahh!! aku telan lagi ubat,Malam tu pulakk..sekali lagi aku terkena sindrom makan ubat tadi..asal aku baring je,ulu hati aku rasa mcm di tarik tarik,aku kena duduk atau pon buat tarian semazau ataupon tido menonggeng!tak boleh tido lagi sampai pukul 3 pagi,last last aku kejutkan anne,dia temankan aku jadi gila sambil tengok cd movie pepagi buta tu sampai subuh!!tak tau kenapa aku tiba2 kena gastrik,mungkin iya pasal dah 3 hari aku tak sentuh nasik.
Pagi sabtu pergi saloon rambut dlm sakit2,boring dok rumah punya pasal, habis rambut Nisa dan Nadhirah aku soh amoi tu tebas,kat saloon tu... Ya Allah ! macam nak pecah kepala aku melayan selesema dan sakit pale.Last2 aku suruh amoi tu cuci rambut sambil buat rawatan semi-spa kat tubuh aku..wakaka tapi lega sekejap jer..Aku masih tak makan.takdak selere langsung! Lepas saloon aku boleh pergi Tesco pulak,tapi anne yang bawak,4 hari aku jadi co-driver sambil terlentang kat passenger seat tuh,sesekali aku buat satu jeritan bingit kerana budak2 3 orang tu memekak macam nak karam kete tuh..aku dah la sakit pale!
Petang tu kat rumah aku tak sentuh dah obat satu pon..nak mati mati lah..akhirnya lepas pekena Sinchan dan Doraemon barulah aku terasa laparr..terus order Pizza!Malam minggu tu baru la aku boleh tido...laaa..alergic obat rupanya..Sunday pulak aku dah sihat sikit,selesema dah kering batuk pulak,tapi tak lah teruk,pergi pulak IKEA beli katil..citer katil menyusul kemdian la oii..penat dah taip ni..
Akhirnya di sini aku nak ucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada Ustaz dari Kota Baru,Kelantan,Ankel dari Geneve,Switzerland dan yang paling jauh Martenuk dari Petaling Jaya yang sempat datang melawat aku pada malam tu walaupun sejam lebih aku menunggu dalam hujan,lepas tu merah merah muka mengadap depa bertiga ni yang entah kena sampuk hape ntah wat lawak tak henti henti.Hmmm...entahlah mcmmana aku leh berkawan dengan orang macam ni aku pon tak tahu...

4 comments:

marts said...

Pewot ko ada cacing rupanya, patut la moncit2 manja gitu.

ko kena sampuk tapi ko tak percaya. Tu la.

Mencik aku kena taip benda mengarut yxgpwiwz nak tinggal komen ni.

cemutkeyengge said...

laaa...manyak nyer penyakit ko neh...dan satu yang aku cayer cakap martenuk ialah ko kena sampuk...eh ko ta dek terima kedatangan nenet ker? dia kata nak pi melawat ko kat balai bomba...ekekekeke...hambek ko...

awegedebe said...

Aku rasa ko ni dah kena santau...

cemutkeyengge said...

Stad, halym kena samtaupok (santau+sampok)..ekekek