Wednesday, June 06, 2007

Beli Katil..

Pix yang ini seminggu sebelum aku mai beli katil ni Ahad lepas, masa usha usha nak beli..
Inilah katil yang aku nak beli..cuba perati betul betul jenis apakah katil tersebut? katil kelamin ke,katil kayu ke katil besi ke katil hapa?? hah? jawap..jawap!! Mencikk ada orang dah salah sangka bile aku kata nak beli katil,macam macam spekulasi yang depa buat..kata aku ganas la,aku jatuh katil la,katil patah la,katil roboh lah..
Tujuan aku beli katil ni ialah untuk 2 orang anak dara 2 aku tu.Aku juga beruntung kerana 6 bulan yang lalu harga katil double decker kayu Gutvik ni berharga rm795, tapi biler minggu lepas aku tengok harga dah turun kepada rm495,aku tak tungu lagi lah..
Aku tak pernah beli perabot kat sini,Inilah kali pertama,kena la cuba,mencikk lagi..kena ikut banyak sangat procedure..satu satu kena buat sendiri,apa depa takdak staff ke nak entertain kita? Tapi baguih gak at least ada la experience shopping kat sini.
Lepas isik borang dalam shopping list tu (aku tak cilok pensel dia taw) kena pulak pergi kat bahagian bawah store menyimpan perabot2 dan barang2 besar sebelum check outs tu..
Dalam shopping list tu kita kena write-downkan item nombor dan melalui nombor tu kita akan dapat cari kat mana lokasi barang yang kita pilih tu duk terletak..
Lepas di kenal pasti,angkat la sendiri dan letakkan dia atas trolly,tadak sapa nak tolong..
Lepas bayar kat kaunter pergi pulak kat bahagian Home Delivery pasal kete aku tak muat nak letak perabot sepanjang ini.Charge rm65 di kenakan walaupun rumah aku dekat je kerana charge delivery tetap sama seluruh kawasan Lembah Kelang.Oleh kerana aku malas nak pening kepala pasang sendiri katil tu,aku turut bayar charge untuk IKEA pasangkan dengan harga 24.75 sen iaitu 5% dari harga barang.
Kebiasaannya selepas 3 hari IKEA akan hantar,tetapi kerana mungkin rumah aku dekat ajer,depa hantar pada hari yang sama,lepas aku order,selepas tu aku tak boleh nak buat aktiviti lain,terpaksa tunggu depa datang dari tengahari sehingga jam 8 malam.mencikk tergendala program aku yang lain.
2 orang di perlukan untuk memasang, dan dengan tools yang mencukupi,tak susah..Bermula dengan tapak..
Depa berdua ni memang dah mahir kot..sekejap je dah siap satu bahagian..
Bahagian kedua pula dalam proses..
Dah siap..
Dah siap dah kedua dua katil..Kedua dua nya di cantumkan..
Penyediaan untuk membuat tangga mini..
Dah siap pasang tangga..
hehehe..sempat pulak posing lepas dah lengkap siap..gelap pulak gambar ni kan..eh eh patut ler..macha rupanya..hensem gak macha neh..hensem sikit dari Martenuk.
Tadaa...tau la siapa dulu yang aku berkubang kat bahaian atas..tau naik,tapi tak tau nak turun..mencikk asik je dok kat atas tu 24 jam..

3 comments:

marts said...

Halym tak cilok pensel tapi cilok pita pengukur sebab nak ukur pewot yang dah moncit.

Ko tak puas dengan katil 1 tingkat ke Lym?

Hiks hiks hiks

cemutkeyengge said...

yer betolll...ada cashier IKEA bitaww akak, katanya ada satu mamat bangla datang beli katil sudah cilokk dua tiga lai tali inci kertas...dia taww sebab tali inci tu terjulur kuar dari koceknya...ekekeke...halym kantoi...

Dalila yusof said...

Terasa nak beli katil je..rasa serabut tak de katil uhuk2....