Thursday, July 26, 2007

Rendang Lobster..

Seumur idop tak pernah lagi aku dapat menjamah udang gergasi ni,aku nak gak la cuba try makan,tak kira la masak steam,masak lomak ciliapi,masak kari mahupun masak asam pedas.Aku dengar hidangan cemi kebiasaannya boleh di dapati kat hotel bertarap 7 atau 10 bintang sahaja.Entah berapa hengget la sekor udang ni termasuk dengan charge masak sekali agaknya? Kawan aku cerita yang dia pernah makan lobster ni,itupon sebab sekali tu ada sorang anak dara tua kaya raya (pangkat makcik kat dia) yang sudah syok kat kawan aku ni siap sewa kan limosin pergi makan kat Hotel Istana.Kawan aku tu bukan ensem sangat pon,entah apa yang istimewa kat kawan aku tu taktau la..mungkin pasal saiz derang sama agaknya,tu yang saling terpesona kot? hehe..kawan aku ni pulak jenis orang yang boleh di bawa ke majlis makan (lebih kurang macam GabanZ kot?) ampon BanZ..sambung lagik..apa yang kawan aku ni mintak semua dapat..so dia mintak la makan lobster..huh mencikk!!

Apa kaitan lobster ni terhadap aku pulak? Ok cemni ceritanya..aku rasa hajat aku untuk merasai nikmat meratah lobster ni mungkin tercapai kot menjelang Aidilfitri yang akan tiba 2 bulan stengah lagi..Di sebabkan majlis makan makan yang terdahulu telah di perhidangkan segala yang lazat2 tanpa aku dapat menghadiri apalagi menjamahi..(betul ke perkataan tu?) So sebagai balasan ataupun hukuman aku mendapat bonus pilihan hidangan yang aku impikan..YES! aku mahu lobster sebagai ganti rugi..Tapi aku pelik laaa...aku di janjikan dengan rendang lobster..rendang lobster??? ada ke?? Tak kesah la ade ke tidak..tapi janji musti harus di di kotakan..kalau tidak...kalau tidakkkkkk...takde ape ape..hehe..
Tetapi harus di ingat!gambar yang tertera tu 2 ekor lobster tauuu..bukan seekor,bukan setengah! Sebab aku datang bukan seorang,bukan setengah,aku datang nanti setengah dozen!

Monday, July 23, 2007

Kampung Angkat...

19.07.07
Thursday
1630hrs
Batu Arang,Selangor
Entry tertunda juga.Selepas abah pencen,dia membuat keputusan untuk membeli sebidang tanah dekat Batu Arang,Selangor.Kepada sesiapa yang pernah pergi ke Batang Berjuntai atau ke ingin ke Pulau Pangkor melalui jalan dalam pasti akan bertemu dengan simpang masuk ke pekan kecil yang dahulunya tempat menyimpan peluru Angkatan Tentera Malaysia.Sudah 13 tahun di sana,pokok durian ini menjadi saksi,aku dengan abah yang menyiram dan menyemainya dengan penuh harapan ianya akan berbuah mesra.Nampak tak tu 3 bijik? selama 13 tahun aku menanti..Akhirnya..bilakan gugur? Entah ler..kalau ada rezeki dapat la aku merasa...jika tidak,sesiapa pon jua, tak menjadi masalah bagiku..Tapi aku puas..
Ermm...ada 4 kesemuanya pokok rambutan sekeliling rumah kecil yang didirikan abah dan rakan..Yang ini memang lebat buahnya..merah menyala nyala..sampai Marts yang makan terasa panas badan dan terkucil kucil beberapa kali ke jamban..hehehe,padan muka..orang makan rambutan sebijik dua je dalam masa seploh menet..yang ko gi tibai sekali satu beg plastic dalam masa doploh menet sapa suruh?Aku dengar Totoro pon berak berak juga kan? Tak senonoh ko Marts..menyeksa benatang..

Nampak tak tangan aku tu..putih gebu dan mulus kan? Takdelah saja je aku nak kasik nampak tangan..aku jengketkan kaki jer..sebab buah meluruh sampai ke tanah..hehe.Yang ini stok kaler kunen punya..manis dan mengkal..tu Yang Marts suka dia kata..hehe

Siap aku bawak bulldozer..punya la ramai rambutan ni sekali berbuah..produktif sungguh laa pokok neh..aku rasa abah aku tabur serbuk UNDERGROUND ke hape kat benih dia..hehe

Haa..tu dia lagik..saja nak eksen kat Ustaz,pasal kat rumah dia takdek pokok rambutan,pokok cengal ada la kat depan rumah dia,tapi tak berbuah..monyet dan langsuir je bertenggek..kira buah jugak tu kan Stad? hehehe

Huh! aku penat penat dok panjat dan petik,sekali Manda lepaskan Ong Ong dia kat sini..perghh dia punya makan,tak hengat dunia,habis kulit rambutan tu dia selak selak dengan rakus..hehe

Cempedakkk..suka bau cempedak? tengok tu....lebat tu tu cempedak berbuah,tergantung kat sisi batang dia..Nak kasik pantun sket..Buah cempedak atas batang..kalau nak ,mai la datang..eheheNi dah jadik sejarah dah...semuanya dah masuk dalam perot aku anak beranak..goreng pon sodap!

Saturday, July 21, 2007

Dinner@Syed.PJ

Tuesday 17.07.07
2030hrs
Ni kira entry tertunda la ye.

Sempat keluar makan bersama Marts dan Uncle juga dengan kehadiran si kecik Danish.Saja je aku bawak Danish ni sebagai taktik untuk dapat balik secepat mungkin.Tau je la kalau dah berjumpa dan berborak dengan 2 orang sewel ni, memang masa tu berlalu mcm tu saja.Ada saja cerita lawak yang muncul dengan sepontan.Kira sakit jugak la pipi dan rahang dok gelakkan orang bujang kita ni..sampai Danish tu dia nak cekik..Oit!tanak kena dera mentally..sila kawen cecepat! Malam tu Marts makan nasik bukhara ayam.Marts ni aku tengok kuat betul makan,Sana sini mesti dia mintak makan,patut la perut dah semakin boncit sekarang.Lepas tu kuat tido,camne nak ngorat anak dara orang ni? Tu yang asik takdak masa je? Tapi nasib baik aku dapat pujuk dia makan lauk ayam,ade ke nak mintak nasik bukhara dengan rendang cacing? Huh apa saja la ko ni Marts? Kawasan telinga terpaksa di tutup,sebab ankel pakai subang beso..hehehe
Mencikk arr Uncle ni? Sambil sembang, sakan dengan PDA dia tuh..ramai betul awek esemes tak renti renti masa tu, jeles plak aku yang takdek awek ni..hehehe.Ke auntie yang esemes dok mengekori Uncle 24 jam?Ala Uncle apa barang dok esemes? nak tengok tak jantung maknusia jatuh atas lantai,pastu dia kutip balik?Apa lagi, serbu ah dia..Ada berani?

Uncle ni sengaja je mintak nasik bukhara lauk kamben.Lepas habis makan kan,dia pergi dekat cashier then tetiba dia mengembek banyak banyak kali,cashier tu memula tak paham,terpaksa aku dan Martenuk jelaskan kepada cashier yang Uncle nak mintak tisu..
By the way, aku dapat balik cepat malam tu meninggalkan mereka berdua dengan memberi alasan Danish perlu meminum susu tepat jam 11 malam..hehe

Tuesday, July 17, 2007

Kampungku..tanah tumpahnya darahku..

Alhamdulillah.Ahmed Danish adalah WARIS untuk aku menyambung salasilah generasi yang akan datang sampai bila bila..tetapi sebagai warga Negeri Sembilan hak kepentingan sebagai seorang lelaki di dalam bab HARTA amat sedikit atau lebih tepat jika aku katakan tiada langsung.So harta aku hanyalah Danish ni sebagai waris dan dua orang kakak dia sebagai WARISAN.Gambar ni aku ambik seketika dlm perjalanan pulang ke kampung asal kelahiranku iaitu di No 26 B,Kg.Kuala Jempul,Bahau.72100 Negeri Sembilan.Aku pula adalah dari generasi ke 4 nenek moyang aku yang tiba dari Minangkabau,Sumatera.Indonesia seabad yang lalu.

Aku sempat singgah kat pekan Kuala Pilah untuk membeli gula enau ni atau orang Negeri Sembilan memanggilnya sebagai gulo onau.Gula ni memang famous giler kat sini atau dekat pekan Juasseh tempat tanah kelahiran kartunis Ujang.Gula ni memang la satu kemestian barang yang aku patut beli apabila balik ke kampung.Mak aku mesti nak kirim kalau tau aku ke arah sana kerana mak aku masih lagi sakan membuat pelbagai kuih tradisional dengan berintikan gula enau ni ataupon membuat kueh talam dan sebagainya.Originaliti pembuatan dan rasanya tak ada tandingan di tempat lain.

Tak sah kalau singgah Juasseh tak pekena rojak kat Ali Kutty.Sedari kecil aku sehingga dewasa dah beranak pinak (bukan mcm pacat) aku tak pernah jemu.Sedap beb rojak ni,di tambah dengan mee..Yummy!Dulu dulu abah aku yang bawa ke sini singgah setiap kali balik kampung.Sekarang aku pula bawa isteri dan anak anak menikmati rojak yang sama.Sehingga kini pon abah dan mak aku yang balik kampung berdua masih lagi singgah.Kekadang sengaja je esemes kat aku yang dia dok sedang makan rojak kat Ali Kutty berdua.Mencikk!Inilah dia gambaran dari main road,simpang nak masuk ke dalam kampung.Mencikk!Nostalgia nak mampos la permandangan ni..Nampak tak lorong tu..sebelah kiri ni dulu ader deretan kedai terdiri dari kedai kopi,kedai beskal dan kedai menjual ikan dan sayur.Main road ni kalau dari pandangan sini ke kiri nak pi ke pekan Bahau dan ke kanan arah ke Juasseh,Batu Kikir,Kuala Pilah dan seterusnya Seremban dan KL.Ewah details la pulakss..mesti Ajipp jeles.

Ni lah dia tanah dan rumah waris peninggalan dari zaman dulu dan juga rumah di mana aku lahir ke dunia ini,kat sini lah tempat aku beranak.Masa dulu dulu payah sikit,beranak pakai bidan ajer.Bidan yang menyambut aku tu pon dah lama meninggal.Rumah ni adalah harta mak aku sebagai harta pewaris peninggalan.Tapi emak aku tak duduk sini sejak mengikut abah aku bekerja kat KL sejak 40 tahun yang lalu.Rumah ni hanya tempat persinggahan apabila tiba hari raya atau majlis kenduri kendara dan Uwan aku sorang sorang je duduk kat sini sehingga sekarang.Uwan aku dulu anak beranak mengerjakan sawah padi sebagai hasil pendapatan sebagai orang kampung.Sawah terletak di belakang rumah ni dan juga terdapat sungai di mana aku mandi,mencari udang dan memancing..perghh best ooo.!!

Hah,pandangan dari sisi.kalau nak tau sebelah kanan ni dulu ada perkakas lama mengemping padi,ala ala kuda tu..Pijak pakai kaki,sekarang benda tu dah takde,ntah mana ntah pergi nya,lupa aku nak bertanya pada emak aku.(Mengemping tu ialah proses memisahkan padi menjadi beras).Dan juga terdapat pundung menyimpan padi.Pundung maksudnya lebih kurang mcm rumah kecik.Senibina rumah ni takde sangat nampak Minagkabaunye lagi kan? Rumah ini masih berkeadaan asal dan ada sedikit touch up supaya ianya tidak lapuk dek panas tak lekang dek hujan.hehe.Rumah ni juga sudah di renovate sikit demi sedikit,dari tingkap daun dah tukar ke cermin kaca,tangga kayu juga dah di tukar ke tangga batu.Abah aku yang menten rumah ni dari masa ke semasa.

Tengok tuuu..masih dengan dapor masak dengan kayu sebagai bahan api.Ni lah dia yang di panggil dapor kayu tu.Klasik kan?

Tengok la hasilnya tu..Enaknya bukan kepalang apabila masak lemak cili api dengan dapor kayu.Kelapa,belimbing dan cili petik sendiri dan segalanya segar.Tu gulai ikan sembilang dengan belimbing kecik tuu.Kena dengan nasik putih panas panas..Errmm..kecur liur la pulakk..

Ni belakang rumah...hujung sekali tu leh sampai ke sawah dan seterusnya akan jumpa sungai ,iaitu Sungai Muar.Ni lebih kurang kebun buah buahan.Pokok tu terdiri dari durian,rambutan,manggis dan banyak lagi.Aku ambik gambar ni kerana permandangannya sungguh nostalgia bagi aku.Bermacam macam peristiwa berlaku kat sini semasa aku kecil kecil dulu.Maksud aku kenangan sewaktu balik ke kampung.Yang paling aku tak boleh lupa,kat hujung tu ade sebuah perigi.Perigi tu dah jadi perigi buta dah sekarang.Aku belajar AZAN dekat dekat situ.Uwan aku yang suruh.Aku kutip durian kat sini,panjat pokok manggis dan mcm2 lagi apabila tiba musimya..Sekarang semuanya tinggal kenangan kerana aku dah lama juga tak balik kampung semenjak bekerja dan sekarang ni pula sudah berkahwin dengan Anne yang berasal dari pekan Kota daerah Rembau berdekatan Tampin.Selalu ke arah sana je la nampaknya.Mak Abah aku pula sudah membeli tanah dekat Batu Arang ,Selangor dan tinggal di situ sejak 13 tahun yang lalu.tetapi walaupun aku ke Tampin,apabila raya aku akan balik juga melawat Uwan dan sedara mara aku di kampung.

Generasi ke 2 dan generasi ke 5 bertemu,bebual dan bertukar pendapat tentang dunia Sains dan Teknologi masakini.ekeke.Ini UWAN aku.Uwan dalam bahasa lain sama juga dengan nenek.Tetapi situasi dalam gambar ni sekarang adalah antara seorang Onyang dan cicitnya.Onyang tu bermaksud panggilan untuk Moyang.Uwan aku ni umurnya sekarang 86 tahun masih segak,kuat dan laju berjalan.Dia akan bergerak ke masjid lebih kurang setengah kilometer dari rumah ni setiap kali masuk waktu solat.Sebab tu dia sihat ajer.Pendengaran dan penglihatan masih lagi tajam.Dulu dulu aku belajar mengaji dengan Uwan.Aku belajar sembahyang dan mengaji dari uwan,dan Alhamdulillah aku boleh membaca Al Quran sekarang semuanya hasil dari didikan intensive dari Uwan aku dulu.

Monday, July 16, 2007

Enpon aku pakai..


Ini model yang paling latest aku pakai sekarang..iaitu Motorazr V3.Setelah hampir seploh taon aku bergelumang dengan NOKIA,aku bertukar hangen pulak kepada Motorola,kebetulan enset pertama yang aku beli pakai duit aku senirik dulu juga adalah Motorola,tetapi kali ini aku ingin sesuatu yang lain dan V3 ni nampak trendy walaupon dah lama.Aku dah tak larat nak ikut model2 canggih Nokia sekarang terutama yang terbaru N73 dan N95 yang pada aku mmg kelas.Boleh jadi gila beb!


November 2005, Dua tiga hari lagi nak raya,aku beli lagi enpon,kali ni pulak Nokia 6681,harga tak la mahal tapi seribu lebih juga,ciss.. tak sampai sebulan lepas tu pulak keluar Nokia 6680 yang di lengkapi dengan teknologi 3G.Mencik betul.Aku pakai enpon ni lama la juga..jasa enpon ni pon banyak dalam menyapot imej imej yang blambak terdapat dalam blog aku.Kameranya hanya 1.3 Megapixels aje,tapi jika kita pandai ejas dan tau skill untuk shooting nescaya gambar2 yang di hasilkan menarik juga.hehe tak caya tengok la kebanyakkan gambar dalam blog aku ni semuanya hasil dari enpon kamera 6681 ni.Cun cun semuanya kan?Terima kasih! Dan sekarang Anne yang pakai enpon ni,moga moga selamat la ye! ekeke.

Nokia sangat maju,produktif dan sofistikated mencipta enpon demi enpon canggih.Aku tak buleh nak tahan bila Nokia 7610 ni muncul di persada market seawal tahun 2004.Ia datang dengan 1 Megapixels kamera dan teknologi Bluetooth dan Mp3.Ia di kenali juga sebagai enpon Daun.Harga ketika itu adalah rm2,300 ketika mula mula menerjah pasaran.Bayangkan!Aku tak menunggu lama..Aku sanggup!Kat opis aku yang pertama memakai enpon secanggih ini,bangga merata rata..ekeke.Tapi musibah melanda bersama dengan bergegarnya bumi Acheh Indonesia,TSUNAMI! 26 Disember 2004 mungkin tarikh yang tak boleh di lupakan dunia,tapi aku juga meratap 7610 aku meninggal dunia oleh kerana lemas dekat pantai Teluk Nipah,Pulau Pangkor pada petang hari Ahad yang malang itu.Percutian aku jadi malap dan kaku.February 2005 aku kembali gembira setelah 2 bulan aku rujuk semula kat Butterfly yang masih aku simpan baik.Aku rasa macam kurang jer...akhirnya aku beli semula Nokia 7610 demi memuaskan jiwa dan raga kerana terlalu FRUST dengan kehilangan yang pertama.Tetapi harga ketika itu telah berkurangan dari harga yang asal.Nasib malang sekali lagi menjelma.Nampaknya 7610 ni masih tidak mahu melekat dengan aku,mungkin kerana Butterfly yang masih aku simpan turut kecewa dan merajuk hati.Kali ni aku tercicirkan pula dekat restoran tempat aku selalu singgah makan pada 17 Sept 2005.Tak sampai stengah jam aku kembali semula ke restoran itu mencari jejak,It's gone!

NOKIA 8250 ni kira yang paling CUN la bagi aku dalam sejarah Nokia.We all call 'em Butterfly.Aku beli enpon ni pon seken hand gak dari atas tangan kawan,pada tahun 2001 dengan harga rm700.Aku betul betul sayang yang ini kerana rupa parasnya dan trend ketika itu.Butterfly ni jugak la enpon yang paling lama aku pakai iaitu 3 tahun stengah.lama kan?Tapi malangnya...'dia' telah hilang apabila sampai ke tangan orang lain yang meminjam.Aku sedih!

Ni enpon kedua yang aku beli,setelah aku tolak StarTac tu,aku ambik yang ni pulak,Tapi Nokia 3210 ni aku beli baru,harga aku dah tak ingat dah,masa awal tahun 2000 kot.Banyak jugak jasa enpon ni.Enpon ni masih ada dalam simpanan kot,sebab aku kasik adik aku pakai,lepas tu dia kasik kat bibik dia pulak pakai aku dengar sekarang.ekeke.Enpon ni betul betul tahan lasak kerana banyak kali jugak jatuh dan bertukar baju,termasuk membaling tenuk,tetapi ia masih elok lagi dari segi fizikal.Mentally ada la sikit mereng kot..

Ini kalau nak kira adalah enpon pertama yang aku beli pada tahun 1999.Motorola StarTac.Aku beli dekat Bukit Bintang dgn rege rm700.Mahal taw masa tu,tapi itupon aku beli seken hand.masa tu memang aku minat giler dengan enpon flip.Setahun sebelum tu,1998, sebenarnya aku dah pernah guna enpon,aku pernah pakai enpon BATU BATA Nokia semasa Nokia mula mula keluarkan enpon dulu.Tapi enpon tu bapak aku yang beli dan kasik aku pakai.Puas aku cari image takde,tapi model tu model sebelom 3210 kot.Masa pakai batu bata tu dulu aku guna line TM TOUCH.

Sunday, July 15, 2007

Mari Belajar..

Lintah
Perumpamaan:- Telinga Lintah
Contoh ungkapan ayat:- "...Telinga Alias tu macam telinga lintah..."
Maksud ayat:- Walaupon Alias sedang tido tebongkang,tetapi telinganya masih menangkap gossip gossip yang sedang di perkatakan oleh Shasha dan Asmunah.Kejadian ini berlaku semasa Alias,Shasha dan Asmunah pergi berpiknik dekat sebuah lubuk berdekatan sawah padi.

Cacing
Perumpamaan:- Cacing Kepanasan
Contoh ungkapan ayat:-
"...Kawan aku Mat Deris tu macam cacing kepanasan sekarang ni...."
Maksud ayat:- Mat Deris tidak senang duduk,gabra,mengelabah,pucat(bukan pacat) kerana rahsia dia ketagih sup lintah di ketahui isterinya.

Belut
Perumpamaan:- Licin macam belut
Contoh ungkapan ayat:-
"....Perompak tu licin macam belut..."
Maksud ayat:-Perompak itu sungguh terrer dapat melarikan diri dari kepungan polis dengan mudah.

Pacat
Singkatan:- People againts Cruelty in Animal Transport
Kegunaan:- Increase your sexual pleasure

Kelebihan:-
Mudah beranak pinak jika melekat kat badan itik.

Wednesday, July 11, 2007

New Seven Wonders of the World

Taj Mahal
Attributes: Loves,Passion
Location:Agra,India.

Roman Colosseum
Attributes:Joy,Suffering
Location:Rome,Italy

Great Pyramid of Giza
Attributes:Immortality,Eternity
Location:Cairo,Egypt

Petra
Attributes:Engineering,Protection
Location:Jordan

Great Wall
Attributes:Perseverance,Persistence
Location:China

Machu Picchu
Attributes:Community,Dedication
Location:Cuzco,Peru

Chichen Itza
Attributes:Worship,Knowledge
Location:Yucatan,Mexico

Tuesday, July 10, 2007

Hepi besday Mat Senu..


Nama sebenar adikku ini Muhammad,tapi oleh kerana dia terlalu famous dekat taman perumahan Taman Datuk Senu,Sentul.sekitar tahun 90an,dia dengan sendiri menggelarkan diri sendiri Mat Senu.Setau aku dia bukan Taiko ataupon pemiutang kat area situ, tapi aku rasa dia ni Mat Bunga la..hehe.Apapun sekarang ni dia bukan Mat Senu lagi,dia sudah jadi Mat Kota pula kot,sebab dah pindah dok kat area Kota Damansara pulak..sekati ngko la Mat,asalkan ko bahagia sudah.
Aku nak ucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke 14 tahun hari ini,dengan iringan doa semoga ngkau sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan dapat melalui hari hari mendatang dengan tabah.Nikmatilah kek cokelat 3 tingkat aku hadiahkan khas buat ko sekeluarga.

Monday, July 09, 2007

Happy birthday...Nazri

Wah!..baru 25 taon umur ko ye? Kalau tak silap ko selebret 3hb July yang lepas kan?Sori aku terlambat nak taruk entry khas ni utk ko..Apapon aku harap ngko dapat sediakan FIGHTER JET untuk kitaworang sekeluarga turun ke Sandakan taon depan.Aku tak rela nak naik bas loncat loncat dari KL ke Sandakan tau! Tapi kan..aku tabikk la..pandai ko pilih..memang CUN habis ooo..hehe,apa taknya,MIX utara dengan barat tuu..perghh! hehe.Tak payah tunggu lama lama lagi,nanti di kebas orang beb,baru buntang mata ko,ekeke.So ini je lah yang dapat aku hadiah kan kat ko..kek oren di import khas dari Yahoo.com dan aku doakan semoga ko peroleh apa yang ko impikan selama ini,dan sukses dlm bidang yang ko ceburi.

Sunday, July 08, 2007

Aku GIAN semula..

Aku dok perati je kelibat moto ni kat on the road sekarang...Moto ni moto Honda Shadow 600...zeishhh..otometik aku teringat zaman kegemilangan aku semasa penghujung era 90an tak lama dulu(cheewah gemilang tuu..hehe) Bawak moto besar beb,mesti la gemilang..hahaha,tapi tak la besar gedabak weii..kira ngam dengan aku je..Honda Shadow ni 600cc,seingat aku memula dulu Awie pakai moto ni..sekarang dia dah pakai Harley Davidson beb..cilakak betul!! mencikk aku nengok..ala masa tu kan dia rewang rewang dengan Erra kan..hehe.Aku pernah tunggang dulu Yamaha Virago 535 dari tahun 1997 sehingga 2001.Merasa jugak la kan glamour pakai moto besar keliling bandar..ekeke Ni la rupa Virago aku dulu tu..(sebelum pakai Virago ni aku pakai Yamaha RX-Z).Masa tu tadak lagi Digital Camera kan? soh maleh la aku nak pi scan gamba aku dengan moto aku tu,ialah,takot korang tak percaya lak cite aku,tapi dulu aku pakai kaler Maroon.535 tau cc dia.sekali press trotal macam nak tercampak aku ke belakang.Errr..dengan moto ni la aku carik makan dulu..hehe,masa tu kira saham naik mencanak la..ramai awek yang himpit nak naik moto,tapi derang tak nak tolong isik minyak,wakaka.
Aku teringat waktu tu aku dengan jeket jeans steng (setengah) helmet steng (Marushin-beli kat Mechinda,Pertama Kompleks) glove kulit steng,dengan kasut kulit DR.Marten,pergghhh terasa hebat tau menunggang atas jalan..sebab masa tu Virago TOP jugak la..selain daripasa Kawasaki Vulcan 500.
Selepas aku kawin aku masih simpan moto ni selama 2 tahun.Lepas setahun kelahiran Nisa', aku dengan berat hati lepaskan moto tu kat kawan aku walaupon aku dah habis bayar kat bank dah.Entah kenapa masa tu minat aku tiba tiba hilang kerana mendapat cahayamata.Fikiran aku lebih tertumpu kepada anak pertama.Ialah,masa tu pertama kali jadi bapa,bangga juga kan.Tapi aku tak menyesal,lagi pon masa tu aku dah pakai kereta jugak,tak la patah kaki.Tak lama lepas tu aku beli moto kapchai sampai la sekarang ni aku pakai.So,usia kapchai aku dan mencecah 6 tahun,korang tau je la,dari 500cc downgrade ke 100cc,apa kejadah nye? (hehehe..saja je nak kasik alasan) Tapi betul ooo..naluri aku melonjak lonjak biler moto besar selalu overtake aku tengah naik moto kecik kat highway ataupon aku sedang bawak kete..ishh ishh berat sungguh dugaanMU ya Allah!

Sekarang ni aku takde la nak beli Virago semula,tapi aku terpikat pulak kat Honda Shadow ni,pasal mula2 dulu mmg aku plan nak beli Shadow, tapi masa tu keluar pulak Virago,Hari tu sebijik Shadow potong kapchai aku kat highway,ntah mamat mana ntah bawak,siap jeling kat aku lagik,perghh macam Harley tuuu dia customise kan Shadow tu...tu la yang GIAN aku datang balik ni...aduhai..berkobar kobar..Sekali aku check market price dia sekarang rm15,000,hampir nak pengsan jugak aku..hehehe doakan aku berjaya,tapi kalau tak berjaya pon takpelah kan..Tapi aku dah tolak la helmet Marushin steng aku dulu tu..original beb,beli rm150,kira mahal oo masa tu..masa tu TOP oo helmet Marushin,Tu la kalo nak beli moto,accessories nak kena balik..tapi mesti la ada stail macam tunggang Harley,takdelah GONJENG tauuu...hehe (jeles tengok M.Rajoli tau!)

*Kepada isteri tersayang,fahamilah gelodak hati ini..please..please..please

Wednesday, July 04, 2007

Kerja malam ni..

Aku terpaksa meminta bantuan UNDERGROUND malam ni..supaya mata aku terbukak luas luas waktu kerja kang..Shift malam bermula dari pukul 10 hingga ke 7 pagi.Tapi aku bukan kerja Security mcm Marts tau..Waktu paling kritikal ialah biler jam dah menunjukkan pukul 3 atau 4 pagi tuh..masa tu la macam ada bapak SETAN gondol bergayut kat mata aku..Lalok habis la aku masa tu,macam kena dadah.Kekadang tu terpejam jugak dalam tempoh 5 atau 6 saat.Tapi takpe, waktu aku terlena tu bukan waktu aku sedang memandu ke atau sedang memasak.Semua ini akan berlaku biler aku tak cukup tido pada waktu siang.
Nak kata tak cukup tido siang tadi tak gak..kenyang dah kot,tapi entah kenapa ntah,mungkin otak aku kata belum kenyang lagi kot.Tapi penyakit malas tu selalu datang waktu shift malam,di tambah dengan syoknya tengok katil dah siap terbentang untuk tido,rasa berat je nak melangkah keluar dari rumah..hehe

Pek minuman seperti Underground ni kekadang membantu juga pada waktu2 begini,baru sebulan yang lepas je aku try,jiran aku yang kasik kat aku.Aku pon tak pernah jumpa brand macam ni ada,nama pon pelik..tapi lepas aku teringatkan Underground ni mungkin merujuk kepada bahan bahan asal dari dalam tanah serupa macam akar2 kayu kot?Lantak la..janji aku boleh rasakan special effects yang ada..hehe.Kebiasaannya aku pekena Power Root Tongkat Ali atau Kopi Radix 'Mai Secawan' je.Memang segar je seluruh tubuh lepas setengah jam minum.Mata pon takde lah macam nak pejam.Tapi AWAS! budak budak bawah umur atau baru lepas baligh macam Marts tidak di galakkan meminum selalu,bimbang kesan lain pula yang datang.InsyaAllah nanti aku kasik kat ko hok Jumbo Pek selepas selesai ko bernikah.


Nak cite sikit pasal ni..

Sudah 16 tahun aku bekerja shift.Kadang kadang ade gak sekali sekala dapat masuk shift pagi.Masa tu baru la dapat meluangkan masa untuk family sebelah malam.Sebenarnya shift malam banyak juga kualiti masa untuk bersama keluarga.Contohnya waktu pagi selepas pulang dari kerja dapat hantar Nisa ke sekolah dan Danish ke Nursery.Kadang2 kalau ada mood aku hantar la Anne ke opis dia juga.Lepas tu balik rumah tido sampai pukul 3 atau 4 petang,tu yang solat zuhur kadang2 di pakejkan dengan solat Asar.Maksud aku solat zuhur tu hujung2 waktu dan terus solat Asar biler masuk waktu.Sebelah petang pula aku ambik budak2 kat Nursery,tunggu Anne balik dan pergi dinner bersama.Itulah rutinnya..Walaupon begitu,aku tak suka meronda ronda keluar pada waktu siang jika bekerja shift malam,at least aku mesti kena tido 6 jam,tak boleh kurang,kalau tidak nanti aku jadik sewel biler aku pergi kerja,dan aku akan lalok juga..aku tak suka keadaan mcm tu.Nanti prestasi kerja aku terganggu.Motto nya mudah,Jangan tido waktu kerja,tapi mengular mentenet takpe..hehe

OK aku nak pi panaskan air dan kocak Underground sekarang..hehe

Sedapnya makan..

Tak pernah makan kat Restoran Thai lagik..minggu lepas member ajak pi makan tengahari kat Glenmarie Shah Alam. Ha ni kira promote gak la ni pasal dapat tisu dalam plastik siap dengan address dan no tepon,tapi aku tak dapat royalti ke ape ape pon..hehe
Ikan Senangin masak asam pedas..perghh
Sayur kailan goreng ikan tak berapa masin..ermmm
Udang sambal dengan petai..fuhhh
Tauhu bakar dengan sos ******.

Terlupa pula aku nak ambik gamba nasik putih dengan air fresh oren. Untuk pengetahuan,aku makan nasik dengan nasik tambah 2 pinggan.hehe

Amaran: jangan klik gamba gamba di atas jika belum lagi masuk waktu LUNCH,nanti air liur termeleleh kat lantai,sbb gambar2 terlalu sharp di taja oleh kamera digital Olympus 7.1 megapixels.