Monday, July 16, 2007

Enpon aku pakai..


Ini model yang paling latest aku pakai sekarang..iaitu Motorazr V3.Setelah hampir seploh taon aku bergelumang dengan NOKIA,aku bertukar hangen pulak kepada Motorola,kebetulan enset pertama yang aku beli pakai duit aku senirik dulu juga adalah Motorola,tetapi kali ini aku ingin sesuatu yang lain dan V3 ni nampak trendy walaupon dah lama.Aku dah tak larat nak ikut model2 canggih Nokia sekarang terutama yang terbaru N73 dan N95 yang pada aku mmg kelas.Boleh jadi gila beb!


November 2005, Dua tiga hari lagi nak raya,aku beli lagi enpon,kali ni pulak Nokia 6681,harga tak la mahal tapi seribu lebih juga,ciss.. tak sampai sebulan lepas tu pulak keluar Nokia 6680 yang di lengkapi dengan teknologi 3G.Mencik betul.Aku pakai enpon ni lama la juga..jasa enpon ni pon banyak dalam menyapot imej imej yang blambak terdapat dalam blog aku.Kameranya hanya 1.3 Megapixels aje,tapi jika kita pandai ejas dan tau skill untuk shooting nescaya gambar2 yang di hasilkan menarik juga.hehe tak caya tengok la kebanyakkan gambar dalam blog aku ni semuanya hasil dari enpon kamera 6681 ni.Cun cun semuanya kan?Terima kasih! Dan sekarang Anne yang pakai enpon ni,moga moga selamat la ye! ekeke.

Nokia sangat maju,produktif dan sofistikated mencipta enpon demi enpon canggih.Aku tak buleh nak tahan bila Nokia 7610 ni muncul di persada market seawal tahun 2004.Ia datang dengan 1 Megapixels kamera dan teknologi Bluetooth dan Mp3.Ia di kenali juga sebagai enpon Daun.Harga ketika itu adalah rm2,300 ketika mula mula menerjah pasaran.Bayangkan!Aku tak menunggu lama..Aku sanggup!Kat opis aku yang pertama memakai enpon secanggih ini,bangga merata rata..ekeke.Tapi musibah melanda bersama dengan bergegarnya bumi Acheh Indonesia,TSUNAMI! 26 Disember 2004 mungkin tarikh yang tak boleh di lupakan dunia,tapi aku juga meratap 7610 aku meninggal dunia oleh kerana lemas dekat pantai Teluk Nipah,Pulau Pangkor pada petang hari Ahad yang malang itu.Percutian aku jadi malap dan kaku.February 2005 aku kembali gembira setelah 2 bulan aku rujuk semula kat Butterfly yang masih aku simpan baik.Aku rasa macam kurang jer...akhirnya aku beli semula Nokia 7610 demi memuaskan jiwa dan raga kerana terlalu FRUST dengan kehilangan yang pertama.Tetapi harga ketika itu telah berkurangan dari harga yang asal.Nasib malang sekali lagi menjelma.Nampaknya 7610 ni masih tidak mahu melekat dengan aku,mungkin kerana Butterfly yang masih aku simpan turut kecewa dan merajuk hati.Kali ni aku tercicirkan pula dekat restoran tempat aku selalu singgah makan pada 17 Sept 2005.Tak sampai stengah jam aku kembali semula ke restoran itu mencari jejak,It's gone!

NOKIA 8250 ni kira yang paling CUN la bagi aku dalam sejarah Nokia.We all call 'em Butterfly.Aku beli enpon ni pon seken hand gak dari atas tangan kawan,pada tahun 2001 dengan harga rm700.Aku betul betul sayang yang ini kerana rupa parasnya dan trend ketika itu.Butterfly ni jugak la enpon yang paling lama aku pakai iaitu 3 tahun stengah.lama kan?Tapi malangnya...'dia' telah hilang apabila sampai ke tangan orang lain yang meminjam.Aku sedih!

Ni enpon kedua yang aku beli,setelah aku tolak StarTac tu,aku ambik yang ni pulak,Tapi Nokia 3210 ni aku beli baru,harga aku dah tak ingat dah,masa awal tahun 2000 kot.Banyak jugak jasa enpon ni.Enpon ni masih ada dalam simpanan kot,sebab aku kasik adik aku pakai,lepas tu dia kasik kat bibik dia pulak pakai aku dengar sekarang.ekeke.Enpon ni betul betul tahan lasak kerana banyak kali jugak jatuh dan bertukar baju,termasuk membaling tenuk,tetapi ia masih elok lagi dari segi fizikal.Mentally ada la sikit mereng kot..

Ini kalau nak kira adalah enpon pertama yang aku beli pada tahun 1999.Motorola StarTac.Aku beli dekat Bukit Bintang dgn rege rm700.Mahal taw masa tu,tapi itupon aku beli seken hand.masa tu memang aku minat giler dengan enpon flip.Setahun sebelum tu,1998, sebenarnya aku dah pernah guna enpon,aku pernah pakai enpon BATU BATA Nokia semasa Nokia mula mula keluarkan enpon dulu.Tapi enpon tu bapak aku yang beli dan kasik aku pakai.Puas aku cari image takde,tapi model tu model sebelom 3210 kot.Masa pakai batu bata tu dulu aku guna line TM TOUCH.

No comments: