Wednesday, July 04, 2007

Kerja malam ni..

Aku terpaksa meminta bantuan UNDERGROUND malam ni..supaya mata aku terbukak luas luas waktu kerja kang..Shift malam bermula dari pukul 10 hingga ke 7 pagi.Tapi aku bukan kerja Security mcm Marts tau..Waktu paling kritikal ialah biler jam dah menunjukkan pukul 3 atau 4 pagi tuh..masa tu la macam ada bapak SETAN gondol bergayut kat mata aku..Lalok habis la aku masa tu,macam kena dadah.Kekadang tu terpejam jugak dalam tempoh 5 atau 6 saat.Tapi takpe, waktu aku terlena tu bukan waktu aku sedang memandu ke atau sedang memasak.Semua ini akan berlaku biler aku tak cukup tido pada waktu siang.
Nak kata tak cukup tido siang tadi tak gak..kenyang dah kot,tapi entah kenapa ntah,mungkin otak aku kata belum kenyang lagi kot.Tapi penyakit malas tu selalu datang waktu shift malam,di tambah dengan syoknya tengok katil dah siap terbentang untuk tido,rasa berat je nak melangkah keluar dari rumah..hehe

Pek minuman seperti Underground ni kekadang membantu juga pada waktu2 begini,baru sebulan yang lepas je aku try,jiran aku yang kasik kat aku.Aku pon tak pernah jumpa brand macam ni ada,nama pon pelik..tapi lepas aku teringatkan Underground ni mungkin merujuk kepada bahan bahan asal dari dalam tanah serupa macam akar2 kayu kot?Lantak la..janji aku boleh rasakan special effects yang ada..hehe.Kebiasaannya aku pekena Power Root Tongkat Ali atau Kopi Radix 'Mai Secawan' je.Memang segar je seluruh tubuh lepas setengah jam minum.Mata pon takde lah macam nak pejam.Tapi AWAS! budak budak bawah umur atau baru lepas baligh macam Marts tidak di galakkan meminum selalu,bimbang kesan lain pula yang datang.InsyaAllah nanti aku kasik kat ko hok Jumbo Pek selepas selesai ko bernikah.


Nak cite sikit pasal ni..

Sudah 16 tahun aku bekerja shift.Kadang kadang ade gak sekali sekala dapat masuk shift pagi.Masa tu baru la dapat meluangkan masa untuk family sebelah malam.Sebenarnya shift malam banyak juga kualiti masa untuk bersama keluarga.Contohnya waktu pagi selepas pulang dari kerja dapat hantar Nisa ke sekolah dan Danish ke Nursery.Kadang2 kalau ada mood aku hantar la Anne ke opis dia juga.Lepas tu balik rumah tido sampai pukul 3 atau 4 petang,tu yang solat zuhur kadang2 di pakejkan dengan solat Asar.Maksud aku solat zuhur tu hujung2 waktu dan terus solat Asar biler masuk waktu.Sebelah petang pula aku ambik budak2 kat Nursery,tunggu Anne balik dan pergi dinner bersama.Itulah rutinnya..Walaupon begitu,aku tak suka meronda ronda keluar pada waktu siang jika bekerja shift malam,at least aku mesti kena tido 6 jam,tak boleh kurang,kalau tidak nanti aku jadik sewel biler aku pergi kerja,dan aku akan lalok juga..aku tak suka keadaan mcm tu.Nanti prestasi kerja aku terganggu.Motto nya mudah,Jangan tido waktu kerja,tapi mengular mentenet takpe..hehe

OK aku nak pi panaskan air dan kocak Underground sekarang..hehe

1 comment:

cemutkeyengge said...

alah apa shushah beb, ko kan kalo mengantok pigi la basuh muka kat pili bomba besau tu, ko kan mandor bomba...hik!hik!