Monday, July 23, 2007

Kampung Angkat...

19.07.07
Thursday
1630hrs
Batu Arang,Selangor
Entry tertunda juga.Selepas abah pencen,dia membuat keputusan untuk membeli sebidang tanah dekat Batu Arang,Selangor.Kepada sesiapa yang pernah pergi ke Batang Berjuntai atau ke ingin ke Pulau Pangkor melalui jalan dalam pasti akan bertemu dengan simpang masuk ke pekan kecil yang dahulunya tempat menyimpan peluru Angkatan Tentera Malaysia.Sudah 13 tahun di sana,pokok durian ini menjadi saksi,aku dengan abah yang menyiram dan menyemainya dengan penuh harapan ianya akan berbuah mesra.Nampak tak tu 3 bijik? selama 13 tahun aku menanti..Akhirnya..bilakan gugur? Entah ler..kalau ada rezeki dapat la aku merasa...jika tidak,sesiapa pon jua, tak menjadi masalah bagiku..Tapi aku puas..
Ermm...ada 4 kesemuanya pokok rambutan sekeliling rumah kecil yang didirikan abah dan rakan..Yang ini memang lebat buahnya..merah menyala nyala..sampai Marts yang makan terasa panas badan dan terkucil kucil beberapa kali ke jamban..hehehe,padan muka..orang makan rambutan sebijik dua je dalam masa seploh menet..yang ko gi tibai sekali satu beg plastic dalam masa doploh menet sapa suruh?Aku dengar Totoro pon berak berak juga kan? Tak senonoh ko Marts..menyeksa benatang..

Nampak tak tangan aku tu..putih gebu dan mulus kan? Takdelah saja je aku nak kasik nampak tangan..aku jengketkan kaki jer..sebab buah meluruh sampai ke tanah..hehe.Yang ini stok kaler kunen punya..manis dan mengkal..tu Yang Marts suka dia kata..hehe

Siap aku bawak bulldozer..punya la ramai rambutan ni sekali berbuah..produktif sungguh laa pokok neh..aku rasa abah aku tabur serbuk UNDERGROUND ke hape kat benih dia..hehe

Haa..tu dia lagik..saja nak eksen kat Ustaz,pasal kat rumah dia takdek pokok rambutan,pokok cengal ada la kat depan rumah dia,tapi tak berbuah..monyet dan langsuir je bertenggek..kira buah jugak tu kan Stad? hehehe

Huh! aku penat penat dok panjat dan petik,sekali Manda lepaskan Ong Ong dia kat sini..perghh dia punya makan,tak hengat dunia,habis kulit rambutan tu dia selak selak dengan rakus..hehe

Cempedakkk..suka bau cempedak? tengok tu....lebat tu tu cempedak berbuah,tergantung kat sisi batang dia..Nak kasik pantun sket..Buah cempedak atas batang..kalau nak ,mai la datang..eheheNi dah jadik sejarah dah...semuanya dah masuk dalam perot aku anak beranak..goreng pon sodap!

3 comments:

marts said...

Rambutan tu 2 plastik dah selamat dalam pewot aku. Eke ke ke ke

Ngaper aku rasa entry ni mcm entry lucass?

Sebab Halym kata dia penat la siang malam panjat rambutan dan butang!!! Sengaja je ko boldkan mengkal2 tu kan?

Larikkkkkkk!

cemutkeyengge said...

aku nampak benda waner putih kat cempedak tu, ulat ek?

halym said...

tu getah cempedak laaa....cempedak pon bergetah tau..bukan maknusia je..ekeke