Alhamdulillah.Ahmed Danish adalah WARIS untuk aku menyambung salasilah generasi yang akan datang sampai bila bila..tetapi sebagai warga Negeri Sembilan hak kepentingan sebagai seorang lelaki di dalam bab HARTA amat sedikit atau lebih tepat jika aku katakan tiada langsung.So harta aku hanyalah Danish ni sebagai waris dan dua orang kakak dia sebagai WARISAN.Gambar ni aku ambik seketika dlm perjalanan pulang ke kampung asal kelahiranku iaitu di No 26 B,Kg.Kuala Jempul,Bahau.72100 Negeri Sembilan.Aku pula adalah dari generasi ke 4 nenek moyang aku yang tiba dari Minangkabau,Sumatera.Indonesia seabad yang lalu.
Aku sempat singgah kat pekan Kuala Pilah untuk membeli gula enau ni atau orang Negeri Sembilan memanggilnya sebagai gulo onau.Gula ni memang famous giler kat sini atau dekat pekan Juasseh tempat tanah kelahiran kartunis Ujang.Gula ni memang la satu kemestian barang yang aku patut beli apabila balik ke kampung.Mak aku mesti nak kirim kalau tau aku ke arah sana kerana mak aku masih lagi sakan membuat pelbagai kuih tradisional dengan berintikan gula enau ni ataupon membuat kueh talam dan sebagainya.Originaliti pembuatan dan rasanya tak ada tandingan di tempat lain.
Tak sah kalau singgah Juasseh tak pekena rojak kat Ali Kutty.Sedari kecil aku sehingga dewasa dah beranak pinak (bukan mcm pacat) aku tak pernah jemu.Sedap beb rojak ni,di tambah dengan mee..Yummy!Dulu dulu abah aku yang bawa ke sini singgah setiap kali balik kampung.Sekarang aku pula bawa isteri dan anak anak menikmati rojak yang sama.Sehingga kini pon abah dan mak aku yang balik kampung berdua masih lagi singgah.Kekadang sengaja je esemes kat aku yang dia dok sedang makan rojak kat Ali Kutty berdua.Mencikk!Inilah dia gambaran dari main road,simpang nak masuk ke dalam kampung.Mencikk!Nostalgia nak mampos la permandangan ni..Nampak tak lorong tu..sebelah kiri ni dulu ader deretan kedai terdiri dari kedai kopi,kedai beskal dan kedai menjual ikan dan sayur.Main road ni kalau dari pandangan sini ke kiri nak pi ke pekan Bahau dan ke kanan arah ke Juasseh,Batu Kikir,Kuala Pilah dan seterusnya Seremban dan KL.Ewah details la pulakss..mesti Ajipp jeles.
Ni lah dia tanah dan rumah waris peninggalan dari zaman dulu dan juga rumah di mana aku lahir ke dunia ini,kat sini lah tempat aku beranak.Masa dulu dulu payah sikit,beranak pakai bidan ajer.Bidan yang menyambut aku tu pon dah lama meninggal.Rumah ni adalah harta mak aku sebagai harta pewaris peninggalan.Tapi emak aku tak duduk sini sejak mengikut abah aku bekerja kat KL sejak 40 tahun yang lalu.Rumah ni hanya tempat persinggahan apabila tiba hari raya atau majlis kenduri kendara dan Uwan aku sorang sorang je duduk kat sini sehingga sekarang.Uwan aku dulu anak beranak mengerjakan sawah padi sebagai hasil pendapatan sebagai orang kampung.Sawah terletak di belakang rumah ni dan juga terdapat sungai di mana aku mandi,mencari udang dan memancing..perghh best ooo.!!
Hah,pandangan dari sisi.kalau nak tau sebelah kanan ni dulu ada perkakas lama mengemping padi,ala ala kuda tu..Pijak pakai kaki,sekarang benda tu dah takde,ntah mana ntah pergi nya,lupa aku nak bertanya pada emak aku.(Mengemping tu ialah proses memisahkan padi menjadi beras).Dan juga terdapat pundung menyimpan padi.Pundung maksudnya lebih kurang mcm rumah kecik.Senibina rumah ni takde sangat nampak Minagkabaunye lagi kan? Rumah ini masih berkeadaan asal dan ada sedikit touch up supaya ianya tidak lapuk dek panas tak lekang dek hujan.hehe.Rumah ni juga sudah di renovate sikit demi sedikit,dari tingkap daun dah tukar ke cermin kaca,tangga kayu juga dah di tukar ke tangga batu.Abah aku yang menten rumah ni dari masa ke semasa.
Tengok tuuu..masih dengan dapor masak dengan kayu sebagai bahan api.Ni lah dia yang di panggil dapor kayu tu.Klasik kan?
Tengok la hasilnya tu..Enaknya bukan kepalang apabila masak lemak cili api dengan dapor kayu.Kelapa,belimbing dan cili petik sendiri dan segalanya segar.Tu gulai ikan sembilang dengan belimbing kecik tuu.Kena dengan nasik putih panas panas..Errmm..kecur liur la pulakk..
Ni belakang rumah...hujung sekali tu leh sampai ke sawah dan seterusnya akan jumpa sungai ,iaitu Sungai Muar.Ni lebih kurang kebun buah buahan.Pokok tu terdiri dari durian,rambutan,manggis dan banyak lagi.Aku ambik gambar ni kerana permandangannya sungguh nostalgia bagi aku.Bermacam macam peristiwa berlaku kat sini semasa aku kecil kecil dulu.Maksud aku kenangan sewaktu balik ke kampung.Yang paling aku tak boleh lupa,kat hujung tu ade sebuah perigi.Perigi tu dah jadi perigi buta dah sekarang.Aku belajar AZAN dekat dekat situ.Uwan aku yang suruh.Aku kutip durian kat sini,panjat pokok manggis dan mcm2 lagi apabila tiba musimya..Sekarang semuanya tinggal kenangan kerana aku dah lama juga tak balik kampung semenjak bekerja dan sekarang ni pula sudah berkahwin dengan Anne yang berasal dari pekan Kota daerah Rembau berdekatan Tampin.Selalu ke arah sana je la nampaknya.Mak Abah aku pula sudah membeli tanah dekat Batu Arang ,Selangor dan tinggal di situ sejak 13 tahun yang lalu.tetapi walaupun aku ke Tampin,apabila raya aku akan balik juga melawat Uwan dan sedara mara aku di kampung.
Generasi ke 2 dan generasi ke 5 bertemu,bebual dan bertukar pendapat tentang dunia Sains dan Teknologi masakini.ekeke.Ini UWAN aku.Uwan dalam bahasa lain sama juga dengan nenek.Tetapi situasi dalam gambar ni sekarang adalah antara seorang Onyang dan cicitnya.Onyang tu bermaksud panggilan untuk Moyang.Uwan aku ni umurnya sekarang 86 tahun masih segak,kuat dan laju berjalan.Dia akan bergerak ke masjid lebih kurang setengah kilometer dari rumah ni setiap kali masuk waktu solat.Sebab tu dia sihat ajer.Pendengaran dan penglihatan masih lagi tajam.Dulu dulu aku belajar mengaji dengan Uwan.Aku belajar sembahyang dan mengaji dari uwan,dan Alhamdulillah aku boleh membaca Al Quran sekarang semuanya hasil dari didikan intensive dari Uwan aku dulu.
Tuesday, July 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
waaa bestlah kampung ko neh lym...ala-ala pohon nyior melambai gitu.
bang..
tak takot ke wat entry kenegerian cemni ekekkeke..
nak takot apo jipp?
apa yang perlu aku takutkan?
bukan kono jel pon..
..siap aku taruk alamat lagi tuh..sapo nak datang datang la ghayo nanti..ekeke
Bestnyaaaaaa
Post a Comment