Anne dok jeling jeling tajam masa aku belek belek Clarks kat The Curve,One Utama dan Mid Valley hari tu..hmmm..memang gah dari segi brand,tapi design tu kurang sikit la bagi aku..harga depa sekitar rm350-rm400...tak tido malam aku decide nak beli ke tidak...Frust,aku mula la ngidam pulak kasut kasual/office Bata yang macam Mart Langsir pakai.Aku check harga dia rm69.90 aje..huh kasut murah je yang dia pakai??..setau aku Bata di perbuat dekat kilang kat Puchong...macam iklan Merdeka tu pulak kan?Biler aku tengok iklan yang Ashraf Sinclair ngan Vanida Imran bersanding,lepas tu Ashraf tengok kasut tu,mesti aku gelak bahak bahak.Teringat kat Marts,aku terbayang dia tengah bersanding dengan Minah..wakaka..
Selama seminggu aku dok usha kasut dekat kedai Bata biasa, takde lak kasut yang aku nak tu..atas nasihat Mart Langsir aku pon pegi la butik Bata kat Mid Valley pada hari Ahad 2 minggu lepas.Pegi pegi takdak saiz pulak.Aku nak saiz 7.Yang ada cuma saiz 5,8 dan 9.So salesgirl tu soh datang hari Selasa,kerana hari tu stok baru sampai katanya,ataupun dia suruh pegi ke butik Bata Suria KLCC,kat sana belambak stok,kata salesgirl tu lagi..
Hari Rabu yang aku deting ngan Marts tu,bersemangat aku ke butik MV sekali lagi,pusing punya pusing,sekali butik Bata kat dalam MV tu tiba tiba lenyap! jenuh aku dengan Marts mencari,aku katakan pada Marts,baru je aku pegi,takkan dah takde? Rupa rupanya butik tu dah tutup wat renovation! Pulak dah..!!Setan betul,salesgirl tu tak bagitau pon kata nak wat reno hari tu..???
Tak puas hati,hari Ahad lepas tengahari aku pergi la KLCC,kerana aku banyak urusan lain,aku singgah kejap kat situ semata mata pasal kasut Bata,park keta,segera aku panjat anak beranak ke butik Bata,Suria KLCC dengan hati berbunga,ya..memang ada kasut tu,terus aje aku mintak saiz 7..Ciss!! takdek stok kata salesgirl situ pulak..arghhhh...nyumpah nyumpah lagi dalam hati.Terus aku esemes kat Marts katakan aku BAN jenama Bata seumur hidup aku! Niat aku untuk berjalan jalan anak beranak kat Suria terus terencat,jam tu jugak aku ajak family aku belah dari situ walaupun kena bayar parking rm4 hengget untuk jangka masa tak sampai 20 minit!
Petang tu pegi pula ke Giant Batu Caves,sesaje je...bebeli barang ,sambil tunggu Anne,aku masuk kedai Hush Puppies,secara tak sengaja aku pi terai kasut seperti gambo yang kat atas tu..pastu aku tanya kat salesgirl tu halal ke tak pakai kasut tuh? dia kata OK je..tak cite banyak terus je aku sambar..sempat la aku pakai gi kursus Isnin yang lepas..hehe
*Kepada Ustaz,..jangan jeles ye..aku pakai kasut murah ni je..kasut yang dah ketinggalan zaman bagi Stad,aku serender dan tak mampu la nak menewaskan Ustaz..
Saturday, August 04, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hmmm...nampak macam kulit monyet je...
Dah samak dah Lym?
Post a Comment