Tuesday, August 28, 2007

Nostalgia Keretapi Tanah Melayu..

Minggu lepas tengok citer Dorameon,Gian,Nobita dan Shizuka pakat ramai ramai naik keretapi kan? So datang idea untuk aku bercerita pasal keretapi kat sini..hehe..Ini adalah Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang amat terkenal itu,semua rakyat Malaysia tahu kat mana dan sapa yang tak kenal dan tak tahu,mungkin dia lahir kat London dan selepas itu menetap kat sana seumur hidup.

Keretapi sangat sentimental dalam kamus hidup aku dan aura keretapi ni maha hebat pabiler aku ingin mengimbau kenangan zaman kanak kanak suatu waktu dahulu.Kenderaan yang satu ni cukup bermakna,menjadi semacam idola dan seakan tidak dapat berpisah dalam sebuah cerita sepanjang hidup.Keajaiban rasa dan nikmat apabila menaikinya sukar untuk di gambarkan..Hmm..tak dapat aku nak jelas lebih lanjut..Itu antara aku dan keretapi aje yang tahu..

Banyak perkara yang menjadikan aku kagum dan terpesona.Salah satunya adalah landasan,aku bercakap tentang scenary.Aku juga sukakan keindahan di sekeliling landasan dan amat suka apabila tayar besi keretapi bertemu besi landasan lalu menghasilkan bunyi bunyian yang sangat unik..sangat sentimental..tapi aku belum berniat untuk meletakkan leherku di atasnya hatta hanya ingin mencuba.Kepada kawanku yang ingin sekali mati terjun bangunan, elok jika dia mencuba kaedah ini..

Suasana di dalam gerabak.Klasik je kan..Aku dah lama tak naik keretapi perjalanan jauh sejak penghujung 90an.Paling jauh yang pernah aku pergi ialah menaiki Mel Malam ke Johor Baharu pada tahun 1982,(pertama kali).Menaiki Ekspress Sinaran Pagi ke Arau Perlis pada 1995 dan Senandung Malam ke Butterworth pada 1994.Di pengalaman pertama itulah aku mula menyintai segala yang berkaitan dengan keretapi.Masih terbayang bayang di kepala ku pengalaman itu walaupun telah 25 tahun berlalu.Dramatiknya..aku menaikinya bersama ibu bapa dan adik beradik seramai 7 orang dan duduk di ekor gerabak.hahaha..

Aku ingin cuba menaiki Ekspress Kenali dan Ekspress Wau untuk ke Pantai Timur suatu hari nanti jika berpeluang.Aku tak suka tidor apabila melalui sesuatu perjalanan,walaupun siang mahupon malam.Tak kira la menaiki apapon.Keretapi membuatkan aku seronok,dan paling aku suka ialah merayau dari ekornya hingga la ke kepala,cuma aku belum berani nak berlari lari anak di atas bumbung macam selalu dalam citer Tamil.Sambil merayau,aku juga boleh melihat (bukan sekodeng) pelbagai jenis kaum dan ragam maknusia di dalam setiap gerabak.

Seronok rasa apabila berhenti di setiap stesen di bandar kecil dan besar dan juga menikmati permandangan indah sepanjang perjalanan.Yang tak boleh lupa ialah semasa melintasi sebuah tasik besar berdekatan Butterworth dan melintasi sawah bendang dekat Kedah.Perghh..hehehe.

*menyusul..lagi tentang Nostalgia keretapi dengan image2 menarik..tungguu..

9 comments:

marts said...

Awe jadi Gian? Wa ka ka Awe tu jadi plastic man ok la Lym. Dia kurus mcm lidi tau. Opsss...ampun Awe.

Lym, tasik tu bukan kat Butterworth, tu Tasik Bukit Merah la.

Pukul kang, fakta pun salah!

b3skut said...

aku x penah nek ketapi
teringin gak, tp x tau bila
org kata,kalau nk kenal mesia, kena nek ketapi
krn dr situla baru kita tau keindahan mesia
lebih2 lg bila tiba di kwsn gua musang sana
ketapi sbg pengangkutan utama

Misz HoNey said...

topik neh same cm tuan dia.. nostalgia = dah tua bangka..

wkakaka...larikkkk

marts said...

Eke ke ke ke KTM tu agaknya tua sikit je dari Halym kan Mandots?

Misz HoNey said...
This comment has been removed by the author.
Misz HoNey said...

bkn abg lym TUA banyak dr KTM tu ke Marts??

ekekeke...

halym said...

mencikk
yang tua kasi kat ak
nanti korang tua
aku kutuk banyak banyak

Misz HoNey said...

kalo kiteorg tua...Abg Lym lagikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk TUA

ekekekkeke

halym said...

manda konyet! gila!