Training Centre,
Kuala Lumpur
30 & 31st July 2007
Dah lama tak pergi surkus..adalah 10 tahun dah kot..ni pon aku ganti kawan yang tak dapat pergi..Boss yang rekomen aku pergi.Surkus ni mengenai perwatakan di tempat kerja, men'transform potensi sebenar kita ,cemtu la lebih kurang kot..hehe.Aku rasa surkus ni elok untuk staff yang bermasalah macam Minah dan Marts,tapi aku bukan bermasalah,aku cuma dengan rela hati menggantikan kawan,at the same time boleh aku berpoya poya dekat KL..hehe.Bagus..ya mmg bagus juga surkus ini untuk aku menimba ilmu.Surkus ini di anjurkan oleh Zabedy Sdn.Bhd.(Building People and Organizations) Pernah dengar ke?
Kerja kerja yang aku lakukan kebiasaannya undercover.Dengan sut khas,bergelumang air,paip hos,bermain api,menyelamat dan sebagainya.Aku harus bersedia jika menerima panggilan dari talian khas 994.Tapi sejak awal tahun ni aku di beri tugas khas pula,aku akan ambil aduan tentang pacat or lintah melekat di betis orang,Tenuk sesat ke dalam dapur rumah,konyet bersidai dekat sidaian orang,kamben mogok tak mahu mandi,atau lobster menggigit kaki seseorang dan sebagainya.Aku juga lali bekerja tidak tetap masa atau terlebih masa.
Kursus yang aku hadiri kali ini tak ada kena mengena dengan tugasan aku,tapi bagus juga kerana module program ini boleh di adaptasi kepada enviroment kerja,dekat rumah atau di mana mana saja.Banyak juga kertas kerja dan presentation yang harus di buat.Alhamdulillah dah selesai dah pon.Apa yang aku perhatikan apabila berkursus,akan terserlah segala potensi yang ada pada diri memasing.Dan biler aku kenang semula,kenapa aku agak menonjol dalam 15 orang peserta kesemuanya? hehe..pertama aku bagitau kat dalam kelas yang hobi aku tido,lepas tu aku suka menyampuk dalam pembelajaran,belagak leader,buat lawak bodo dan menjadi orang pertama yang berdiri bentangkan kertas kerja..wakaka aku macam tak percaya.Percaya tak? itulah yang terjadi dan terima kasih jugak untuk cikgu Sharon yang tak henti henti menyebut namaku dan mengusik aku hanya kerana aku duduk barisan yang paling belakang dan kerana hobi aku ialah tido.Tu laaa..lengkali biler berkursus jangan la jadi berat mulut,penyegan macam kucen dan takut untuk ke depan.Kan aku dah overshadow korang semua..hehehe
Friday, August 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment