Tuesday, May 08, 2007

Janda Baik Part 1

Sabtu yang lepas, aku bersama family meluangkan masa untuk meninjau lokasi percutian/perkhemahan di Kg.Janda Baik,mukim Bentong. Pahang Darul Makmur. Sesiapa yang tidak tahu dan tidak pernah dengar Kg.Janda Baik ini sila pergi ke library atau pusat penerangan pelancong atau pergi check kat Kementerian Pelancongan.Aku ke sini atas jemputan rakan sekerja,aku di pelawa kawan baik ku ini sejak 5 tahun yang lepas lagi,tetapi masa agak tidak menyebelahi.Kawan ku tinggal di Janda Baik ini sejak 15 tahun yang lalu dan berulang alik pergi kerja ke Shah Alam setiap hari ! cuba anda bayangkan..?!?! Terowong yang kelihatan tu adalah berhampiran Genting Sempah.Sesiapa yang pernah ke Genting Highlands tu tentu la tahu.
Ulat gonggok gergasi ni menyambut kedatangan ku! Sungguh cantik dan berkilat kilat terkena sinaran mentari,terus aje aku ambik dan letak dalam poket seluar! (Marts jangan marah ye!)
Kawan ku mempunyai resort/kawasan perkhemahan sesuai bagi aktiviti luar untuk murid sekolah ataupun family gathering.Tempat ini kerap menerima tempahan rombongan sekolah yang ingin membuat program sekolah/kem motivasi dan jungle trekking.Gambar menunjukkan chalet utama di pintu masuk.Terdapat 7 chalet,sebuah dewan makan (masak memasak sendiri),dewan kuliah/tandas dan ruang perkhemahan.
Antara chalet chalet yang terdapat di sini.
Dok dalam khemah ni waktu memalam baru la ada feel!Bersebelahan chalet dan tempat perkhemahan ini terdapat anak sungai yang tak kurang deras airnya..
Teringin tak nak mandi si sini? Airnya sesejuk dingin menusuk ke tulang..
Seronok betul aku tengok ada sekumpulan keluarga membuat gathering.Aku tak leh nak kaco.Tapi dapat gak ah menumpang mandi kat sebelah sana..
Wah! nampak indah dan nyaman air sungai mengalir dari gunung,berkelah pon sodap!
Budak bandar masuk kampung! Hahaha biasa mandi kolam,kali ni macam pelik pulak nak berendam dalam kolam berbatu dan berpasir.
Permulaan jungle trekking ke atas bukit...Nisa' nampak nya tidak kekok mencuba bersama anak anak kawan aku..

2 comments:

Anonymous said...

byk kali gak gi sini..oit..kak long manda keje kat situ

cemutkeyengge said...

huh...tak de hewan lain ke ko nak fokus..geli oii..ambik la gambo rerama...