Sunday, September 09, 2007

Hepi besday Minah

Semoga tabah menghadapi hari TUA dan cepat cepat naik PELAMIN.Orang tu dah risik risik kan 2 minggu lepas?Orang tu pon dah bagitau kat orang tua dia jugak kan minggu lepas?
Nikah nanti,sponsor aku tiket Ekspress Kenali atau Ekspress Wau buleh?pastu aku nak KABIN punya tau..maklumlah perjalanan jauhh..selesa sikit.....hehe

Friday, September 07, 2007

Selamat Berangkat Stad..

Semoga perjalanan Stad,Mummy dan Safura menunaikan Umrah di lindungi Allah pergi dan balik.Sebagai Tetamu Allah, pahala beribadat di Masjidin-Nabawi dan Masjidil-Haram dalam bulan Ramadhan-Al Mubarak adalah amat amat berlipat kali ganda fadhilatnya.Doakan kesejahteraan kami juga Stad..

Thursday, September 06, 2007

Debut Single Aizat AF5


SAHABAT

Sahabat..mengapa kau pergi
Tinggal kan ku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat..ingat lah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembalilah

Sahabat..aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Tuesday, September 04, 2007

Selamat Harijadi Abah ke 68

Abah..Terima Kasih di atas pengorbanan Abah selama ini kepada saya dan anak2 Abah yang lain.Wang Ringgit ,tenaga,kasih sayang dan segalanya yang tak mampu kami balas.Kami sedar sekarang semua itu setelah kami juga telah menjadi seorang 'Abah' sekarang ini.
Abah cukup bertuah kerana emak masih ada menjaga Abah dan kami adik beradik yang masih setia mengunjungi Abah.Jika kami jauh,hanya doa kami iringkan untuk Abah dan Emak.Terima Kasih kerana menjaga Emak juga.Semoga Abah panjang umur,di murahkan rezeki dan di berkati Allah selalu InsyaAllah.

Sunday, September 02, 2007

Hepi besday Abang..

Ni special Mexican cake untuk ABANG ku sayang.Bang, sebagai anak yang sulung,pada pandangan saya,setakat ini abang telah berjaya menjadi contoh yang sangat baik kepada kami adik beradik.Sikap abang yang paling saya KAGUMI adalah..abang seorang yang sangat COOL walaupon segala macam perkara yang telah abang hadapi sepanjang kehidupan ini.Terima kasih di atas nasihat nasihat berguna dan kasih sayang abang selama ini.

Note: Bang..ada tak abang berjumpa Doraemon yang hantar kek kat rumah abang? wakakaka.

Saturday, September 01, 2007

Hepi besday Kak Mona

Pakndak ucapkan semoga Kak Mona berjaya dalam pelajaran dan bidang yang Kak Mona sukai.Strive for your succes.Akhir kata..makan la kek tu,jangan malu malu.

Friday, August 31, 2007

Happy Kemerdekaan Malaysia ke 50 !!

My country,
My native land
.
The people living united
and progressive,
May God bestow blessing,
and happiness.
May our Ruler have a succesfull reign,
May God bestow blessing,
and happiness.
May our Ruler have a succesfull reign.


Thursday, August 30, 2007

A Perfect Gift !!


The Malaysia under-23 team scored a perfect gift for the country's 50th anniversary of Merdeka this year when they beat Myanmar 3-1 in the final of the 39th Merdeka Tournament at the Merdeka Stadium last nite.

Wednesday, August 29, 2007

Kenali Malaysia Cintai Malaysia..

Bukit Berapit.Perak. (my favourite pix)

Bukit Merah Lake.Perak.


Gemas.Negeri Sembilan.


Station Arau.Perlis





Batu Caves.Selangor

Dabong.Kelantan

Salak Selatan.Kuala Lumpur

Station Butterworth.

I know what u did last Raya..

Tuesday, August 28, 2007

Nostalgia Keretapi Tanah Melayu..

Minggu lepas tengok citer Dorameon,Gian,Nobita dan Shizuka pakat ramai ramai naik keretapi kan? So datang idea untuk aku bercerita pasal keretapi kat sini..hehe..Ini adalah Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang amat terkenal itu,semua rakyat Malaysia tahu kat mana dan sapa yang tak kenal dan tak tahu,mungkin dia lahir kat London dan selepas itu menetap kat sana seumur hidup.

Keretapi sangat sentimental dalam kamus hidup aku dan aura keretapi ni maha hebat pabiler aku ingin mengimbau kenangan zaman kanak kanak suatu waktu dahulu.Kenderaan yang satu ni cukup bermakna,menjadi semacam idola dan seakan tidak dapat berpisah dalam sebuah cerita sepanjang hidup.Keajaiban rasa dan nikmat apabila menaikinya sukar untuk di gambarkan..Hmm..tak dapat aku nak jelas lebih lanjut..Itu antara aku dan keretapi aje yang tahu..

Banyak perkara yang menjadikan aku kagum dan terpesona.Salah satunya adalah landasan,aku bercakap tentang scenary.Aku juga sukakan keindahan di sekeliling landasan dan amat suka apabila tayar besi keretapi bertemu besi landasan lalu menghasilkan bunyi bunyian yang sangat unik..sangat sentimental..tapi aku belum berniat untuk meletakkan leherku di atasnya hatta hanya ingin mencuba.Kepada kawanku yang ingin sekali mati terjun bangunan, elok jika dia mencuba kaedah ini..

Suasana di dalam gerabak.Klasik je kan..Aku dah lama tak naik keretapi perjalanan jauh sejak penghujung 90an.Paling jauh yang pernah aku pergi ialah menaiki Mel Malam ke Johor Baharu pada tahun 1982,(pertama kali).Menaiki Ekspress Sinaran Pagi ke Arau Perlis pada 1995 dan Senandung Malam ke Butterworth pada 1994.Di pengalaman pertama itulah aku mula menyintai segala yang berkaitan dengan keretapi.Masih terbayang bayang di kepala ku pengalaman itu walaupun telah 25 tahun berlalu.Dramatiknya..aku menaikinya bersama ibu bapa dan adik beradik seramai 7 orang dan duduk di ekor gerabak.hahaha..

Aku ingin cuba menaiki Ekspress Kenali dan Ekspress Wau untuk ke Pantai Timur suatu hari nanti jika berpeluang.Aku tak suka tidor apabila melalui sesuatu perjalanan,walaupun siang mahupon malam.Tak kira la menaiki apapon.Keretapi membuatkan aku seronok,dan paling aku suka ialah merayau dari ekornya hingga la ke kepala,cuma aku belum berani nak berlari lari anak di atas bumbung macam selalu dalam citer Tamil.Sambil merayau,aku juga boleh melihat (bukan sekodeng) pelbagai jenis kaum dan ragam maknusia di dalam setiap gerabak.

Seronok rasa apabila berhenti di setiap stesen di bandar kecil dan besar dan juga menikmati permandangan indah sepanjang perjalanan.Yang tak boleh lupa ialah semasa melintasi sebuah tasik besar berdekatan Butterworth dan melintasi sawah bendang dekat Kedah.Perghh..hehehe.

*menyusul..lagi tentang Nostalgia keretapi dengan image2 menarik..tungguu..

Wednesday, August 22, 2007

Aku bukan ...''Suneo Honekawa''

Suneo is the braggart who parades his material wealth in front of Nobita.He is often seen with Gian.who he bullies Nobita with; he actually hates Gian very much,so helping Gian to bully Nobita is probably to avoid suffering the same fate himself.He has an extensive knowledge of science and he is a talented artist and designer.Suneo is seen as a narcissist who loves to stare at himself that he is the most handsome guy in the world.He is still a bed-wetter and need to wear diapers when he sleeps,despite being in the fourth grade.He considers this as his secret weakness,and according to his mother it is his only weakness.

*Jelas tak perbezaan antara aku dan Suneo?? so adalah tidak adil mengambarkan aku dengan watak Suneo ataupon watak2 lain dalam setiap cerita kartun di dunia ini.Dan yang paling penting aku bukanlah seorang kartun,di ulangi sekali lagi..aku bukan macam kartun..seperti yang di gembur2kan kamu bersama seorang lagi penyokong kuat yang tinggal di atas pokok di sebuah bukit.Although...aku tetap akan melekat depan TV seperti biasa setiap minggu pada pukul 7pm sehingga 8pm hari Sabtu di Saluran Ceria Anda.

Tuesday, August 21, 2007

Aku 'bidan' Terjun..

Tak semena mena seminggu dua ni aku menjadi usahawan kecil yang sangat berjaya,hehe..Ini semua kerana Marts,dia yang gatal nak beli kasut,tapi tiba tiba dia beli langsir,jadi aku yang terpaksa membetulkan niat sebenar dia itu.Kebetulan kawan dekat opis tiba tiba pulak membawa kasut2 berjenama ke opis untuk di jual,kebetulan juga dia memang sedia menjadi peniaga sambilan dekat opis.Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal polok,terus saja aku menalipon Marts bertanya,sekonyong konyong jugak dia suruh aku tepek kat dalam blog gamba kasut tu..
Keesokkan hari Marts mula menunjukkan minat apabila melihat design kasut itu dan terpacullah cerita delivery kasut itu dalam entry ini.Tak lama selepas itu Qatar
pula menunjukkan minat dengan kasut Nike putih berbelang hitam.Setelah berbalas esemes tanpa dia mahu bercakap di talian talipon (ku pikir suara dia begitu mahal berupa emas 916) dia akhirnya bersetuju untuk melanggan kasut tersebut dan dengan segera aku membuat penghantaran express City Link ke Kuching,Sarawak! Perghh..kira jauh jugak dah pergi nye 'besnes' bidan terjun aku tadi..hehe..
Tak sampai beberapa minit Qatar menerima kasut dia,Tup Tap Tup Ijat pula mengesemes aku dan menunjukkan minat kepada satu lagi design kasut Adidas yang comel dan sangat bersesuaian dengan dia pada pandangan aku.Selepas berbual mesra dan mengayat power,dapat aku menyakinkan dia untuk membeli kasut tersebut,hehe..cair jugak ko Jat ye..wakaka.Tak sangka aku berbakat dalam bidang perniagaan..muahaha..
Kali ini proses penghantaran sedikit istimewa kerana sebelum aku menghantar kasut Ijat tu kat dia,tiba tiba kawan aku bawa pulak design yang paling terbaru (gambar atas) dan sekali lagi aku mendapat tempahan dari posmen yang sedang meningkat naik,nasib dia baik kerana dia mendapat design yang di kehendaki tetapi saiz pula yang bermasalah,akhirnya berjaya juga aku mendapatkan saiz berbeza seperti yang di minta iaitu sebelah kiri bersaiz 8, manakala sebelah kanan pula bersaiz 7,apa nak buat..dah kaki dia pon tak sama lebar..sapa suruh..hehe.Berbalik kepada kasut Ijat tadi,hmmm...tu lahh..berguna jugak posmen ni kepada aku..tak payah kuar duit mengupah City Link.Terima Kasih ye cik posmen kerana tolong deliverkan and then Terima Kasih juga untuk kueh siput yang ala ala Lintah tu..sebbaik kue siput tu kaler magenta,kalo kaler itam sebijik Lintah..eii.mencik!!
So dalam seminggu ni aku sudah menjual 3 bijik kasut Nike dan 3 bijik kasut Adidas secara mendadak.Errr..sesiapa lagi yang berminat,sudi sudi lah..jangan memalu,orang yang baru lepas kawin pon buleh nak buat tempahan,takde masalah,yang nak pergi Umrah tu,yang nak pergi pulau,yang nak balik kampung dan sebagainya..

Monday, August 20, 2007

Selamat Pengantin Baru

Wan Izzat Wan Shaifullah dan Rashidah Rashid
Taman Batu Caves,Selangor.
19 August 2007Ini bukan Ijat ye..Tapi ni Wan Izzat,kawan sekerja aku yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan yang lebih tua 7 tahun dari dirinya..Wan Izzat berumur 28 tahun dan isterinya berusia 35 tahun.Apa boleh buat,dah jodoh,tak siapa dapat menghalang.Inilah kali pertama aku mendengarnya.
Dan setiap kali pergi ke mana mana kenduri kahwin,tak lupa aku abadikan wajah pelamin tanpa pengantin,ini adalah perlu di ambil iktibar kepada mereka mereka yang masih tercari cari,memilih milih,mengumpul ngumpul wang mahupun yang gersang..wakakaka.

Wednesday, August 15, 2007

Mengail di lubuk sawah..

Kg.Kuala Jempul,Bahau,N9
Saturday, 11 August 2007
500pm-715pm
Special Dedicated to : Lomang

Minggu lepas aku kembali lagi ke kampung halaman.Kali ini kerana aku menghantar emak yang nak menziarahi UWAN.Kesian kat Uwan,makan pakai dia tak berapa terurus sekarang ni memandangkan usia dia yang mencecah 86 tahun.So emak masakkan untuk Uwan buat stok seminggu,basuhkan kain baju Uwan dan kemaskan rumah pusaka ni.Uwan tinggal seorang..

Abah turut serta balik begitu juga anak bini aku sekali..Pak Uda (adik mak yang bongsu) juga kebetulan balik bersama Mak Uda, jadi di kesempatan ini aku ,abah dan Uda sepakat untuk pergi memancing dekat sebuah lubuk di tengah tengah sawah.Aku memang kaki pancing,tetapi bukan giler memancing.Aku tak pernah ke laut,tetapi kolong,lombong,sungai,lubuk,jamban orang,tali air pernah menjadi mangsa penangan joran aku,paling grand sekali aku pernah pergi memancing ialah di Tasik Kenyir,Hulu Trengganu sebanyak 2 kali pada tahun 1998.Paling akhir aku memancing di lubuk sawah kampung ku ini mungkin 20 tahun yang lalu.Seperti biasa Uda akan meng'provide kan joran untuk aku,abah dan Mak Uda,kerana joran kepunyaanku dah lama lenyap dari hidup ku.Lama tak pegang pancing, aku dah lupa..hanya tau memancing dan menarik joran jika mengena.Nasib kami baik kerana kereta Uda boleh sampai ke tengah tengah sawah nun,dulu tak boleh,naik beskal boleh laa..

Di tengah sawah ni terdapat tali air dan lubuk di sepanjang tali air tersebut.Sebelum itu Mak Uda di tugaskan untuk menggali dan mencari cacing di sekitar tanah lembab.Banyak jugak la stok cacing yang Mak Uda dapat,boleh la kalau sekali mengulai..hehehe.Tanpa membuang masa Abah terus melabuhkan joran dengan harapan umpan mengena..

Hehe..standard photographer memang takde gambar..cukupla gambar tangan sebagai bukti,ni pon puas aku nak memeteng sudut yang sukar demi permandangan yang cantik..hehe.Aku memang tak boleh lekang dengan kamera.Indah tak suasana begini?

Tengok tuu..Mak Uda orang yang pertama merentap joran dengan ikan tersangkut di kail..Hmm..gembira hati nya tu.terpancar kepuasan!

Abah yang dari tadi kebuntuan,tiba tiba meng'join Mak Uda yang sedang asyik melayan puyu.

Eh! Abah dah tinggal seorang?? ada sangkut tak Bah..?? Hehe..

Haa..Yang ini bukan pancing abah yang mengena,joran aku yang mengena daa..Abah tukang pasangkan umpan dan keluarkan ikan yang mengena kat joranku..kerna tangan aku mesti berkeadaan bersih dari taik dan isik perut cacing yang berkecai tuu..hehe.Aku tak suka dengan semua itu..aku pemancing dan photograper mahir!

Haha..Pak Uda memang di kenali ramai sebagai pemancing yang sangat handal,ke mana saja dia pergi,semestinya tak kosong tangan apabila pulang..Cuba tengok gayanya itu? ada tak gaya macam orang frust?? hahaha..aku dah cakap..lengkali nak pergi memancing jangan bawak aku sekali,mesti segala magic tu akan berpindah kepada ku..buktinya??

Ini adalah ikan semilang kedua yang aku naikkan..sempat aku ambik gambar setiap ekor ikan yang lekat di joranku..

Kami berkemas pulang..yang pasti hatiku sunggu gumbira hari itu berbanding pak uda yang aga k frust kali ini..Terima Kasih Uda kerana memberi pinjam joran..dan keputusannya?? Abah kata aku menang,tapi aku anggap abah yang menang kerana mendapat 9 ekor puyu dan seekor semilang.Aku cuma mendapat 8 ekor puyu,2 ekor semilang dan seekor haruan,dan last but not least Uda dan Mak Uda masing masing mendapat 3 ekor puyu sahaja.wakakaka..

Ni bukti..nak bukti apa lagi?? puas??

Dan untungnya..Mak aku paling terrer masak masak lomak cili api neh..(hehe..belagak tak ingat) hmm...tak payah la cakap sedap ke tidak ikan2 segar tadi di masak gulai ni..nak rasa?? pancing la senirik..masak la senirik..hahaha..


Percaya tak? Ini sarapan pagi aku?? muahahaha...