Wednesday, August 08, 2007

Tompang kete Marts..

Baru kejap tadi aku tompang kete Marts mintak tolong dia anta aku ke CIMB kat Seksyen 14,PJ.Kebetulan aku nak pass kat dia tiket pergi ZOO untuk dia dan Posmen Giler.
Aku juga passkan kasut yang Marts pesan dari aku tempohari..Sempat la aku tengok gelagat Marts memandu dan apa yang ada sekitar dalam kereta dia..
Memang tabiat Marts tekan pedal minyak dan brek tak pakai kasut.Alasan dia senang untuk bukak seluar kalau rasa nak buang air.Marts juga baru lepas melahirkan anak,tu yang dia kena pakai stokin ke mana mana..muahahaha.

Dekat seat sebelah pemandu (tempat pijak kaki) di sediakan khas talam berupa mangkuk besar,kemudahan kepada sesiapa ingin membuang air atau pon apa apa jenis cecair yang mengalir dapat di takung.Tak payah Marts nak kena vacuum.Kira multi purpose gak kete Marts ni yek?

Di atas bumbung tersedia tisu tegantung.Tisu ini seperti talam tadi juga.Lebih kurang la..selain daripada boleh mengelap hingus,cecair lain juga boleh si serap menggunakan tisu ini.Marts kata dia memang banyak gunakan tisu ketika dalam kete,sebab banyak aktiviti haram yang dia lakukan semasa dalam kete yang tak boleh aku nak dedahkan kat sini...Betul..ni semua penjelasan Marts.Ko jangan nak tipu ye..aku ada record apa yang ko cakap tadi Nuk!

Seperti biasa Marts suka bawak gendong.Dia letak kat belakang tu supaya dia dapat tayang kat pemandu kat belakang tengok. Nak tau tak apa mende dalam gendong tu? Marts cakap dalam tu berisi kepala orang! Bungkus dengan beg hijau Giant yang 2 hengget tu..darah banyak menceceh, becak la kat belakang tuu..

Kebolehan Marts yang satu ni memang aku kagumi.Memandu dengan sebelah tangan kat stereng..Cuba teka tangan Marts yang lagi satu ada kat mana? huh! tak senunuh! mencikk..

Sambil bawak kete tu Marts syibuk soh aku pakaikan kasut baru tu kat kaki dia..OOO..tu yang siap bukak kasut dah ye? Tak sabo sabo nak menerai..Sebbaik aku dapat sabarkan dia.
Lepas tu dia suruh aku letak kat atas dashborad pulak..saja je dia ni..nak tengok kasut tu sambil bawak kete..takut sangat aku tak kasik kat dia..Tengok tu,biler letak kasut kat situ,baru dia pegang stereng dengan 2 tangan dia..tadi eksen sangat!

Tengok ni..Marts antara pemandu paling cekap di atas jalanraya..sambil memandu,dia sempat try kasut baru! ooo..tu yang hilang sebelah tangan dia tadi??

12 comments:

marts said...

Bapak tenuk la ko. Tak sampai 2 jam ko dah update citer mengarut ko.

Kerja Halym dalam kereta melucah je, dia kata sekarang dia mengandungkan anak Yoeb!!! Betul ke Yoeb?

Halym gilaks, dalam kereta dia letak kasut tu merata2 sampai dlm dashboard pun dia letak jugak, menyusahkan aku nak bawak kereta.

Tenuk x doblas sangat.

halym said...

eleh..ko tu ngandungkan anak Minah kan? muahahaha..larikkkk

awegedebe said...

Bengong betol la korang ni!

halym said...

Marts yang bengong Stad..sejak dia berkawan dengan Qatarsis!!

marts said...

Semuanya salah Staz,

sebab Staz yang memula sekali bengong, trus berjangkit!

halym said...

Marts yang bengong Stad..dia suka pegi JJ dan suka minum Milo Susu sambil makan eskrem..mencikk

cemutkeyengge said...

sape bengong sape tenuk neh sebenarnya? kasut yang tenuk atau keta yang bengong? cer explain sket...

halym said...

Marts bengong..Stad Tenuk..cemut MULIA...hehehe

Niza @ Anis said...

aku kah yang bersalah?
uhuk..

halym said...

alamak.!! aku hengat Qatarsis yang MULIA tak masuk kat sini..larikkkk

Anonymous said...

kelakar siot aku baca entry yg nie.. xpernah lagi aku baca entry sampai ketawa berdekah2... hampeh btl korang nie..

halym said...

ye ke?
sapa ni eh?
bizi bodi neh..hehe