Wednesday, August 15, 2007

Mengail di lubuk sawah..

Kg.Kuala Jempul,Bahau,N9
Saturday, 11 August 2007
500pm-715pm
Special Dedicated to : Lomang

Minggu lepas aku kembali lagi ke kampung halaman.Kali ini kerana aku menghantar emak yang nak menziarahi UWAN.Kesian kat Uwan,makan pakai dia tak berapa terurus sekarang ni memandangkan usia dia yang mencecah 86 tahun.So emak masakkan untuk Uwan buat stok seminggu,basuhkan kain baju Uwan dan kemaskan rumah pusaka ni.Uwan tinggal seorang..

Abah turut serta balik begitu juga anak bini aku sekali..Pak Uda (adik mak yang bongsu) juga kebetulan balik bersama Mak Uda, jadi di kesempatan ini aku ,abah dan Uda sepakat untuk pergi memancing dekat sebuah lubuk di tengah tengah sawah.Aku memang kaki pancing,tetapi bukan giler memancing.Aku tak pernah ke laut,tetapi kolong,lombong,sungai,lubuk,jamban orang,tali air pernah menjadi mangsa penangan joran aku,paling grand sekali aku pernah pergi memancing ialah di Tasik Kenyir,Hulu Trengganu sebanyak 2 kali pada tahun 1998.Paling akhir aku memancing di lubuk sawah kampung ku ini mungkin 20 tahun yang lalu.Seperti biasa Uda akan meng'provide kan joran untuk aku,abah dan Mak Uda,kerana joran kepunyaanku dah lama lenyap dari hidup ku.Lama tak pegang pancing, aku dah lupa..hanya tau memancing dan menarik joran jika mengena.Nasib kami baik kerana kereta Uda boleh sampai ke tengah tengah sawah nun,dulu tak boleh,naik beskal boleh laa..

Di tengah sawah ni terdapat tali air dan lubuk di sepanjang tali air tersebut.Sebelum itu Mak Uda di tugaskan untuk menggali dan mencari cacing di sekitar tanah lembab.Banyak jugak la stok cacing yang Mak Uda dapat,boleh la kalau sekali mengulai..hehehe.Tanpa membuang masa Abah terus melabuhkan joran dengan harapan umpan mengena..

Hehe..standard photographer memang takde gambar..cukupla gambar tangan sebagai bukti,ni pon puas aku nak memeteng sudut yang sukar demi permandangan yang cantik..hehe.Aku memang tak boleh lekang dengan kamera.Indah tak suasana begini?

Tengok tuu..Mak Uda orang yang pertama merentap joran dengan ikan tersangkut di kail..Hmm..gembira hati nya tu.terpancar kepuasan!

Abah yang dari tadi kebuntuan,tiba tiba meng'join Mak Uda yang sedang asyik melayan puyu.

Eh! Abah dah tinggal seorang?? ada sangkut tak Bah..?? Hehe..

Haa..Yang ini bukan pancing abah yang mengena,joran aku yang mengena daa..Abah tukang pasangkan umpan dan keluarkan ikan yang mengena kat joranku..kerna tangan aku mesti berkeadaan bersih dari taik dan isik perut cacing yang berkecai tuu..hehe.Aku tak suka dengan semua itu..aku pemancing dan photograper mahir!

Haha..Pak Uda memang di kenali ramai sebagai pemancing yang sangat handal,ke mana saja dia pergi,semestinya tak kosong tangan apabila pulang..Cuba tengok gayanya itu? ada tak gaya macam orang frust?? hahaha..aku dah cakap..lengkali nak pergi memancing jangan bawak aku sekali,mesti segala magic tu akan berpindah kepada ku..buktinya??

Ini adalah ikan semilang kedua yang aku naikkan..sempat aku ambik gambar setiap ekor ikan yang lekat di joranku..

Kami berkemas pulang..yang pasti hatiku sunggu gumbira hari itu berbanding pak uda yang aga k frust kali ini..Terima Kasih Uda kerana memberi pinjam joran..dan keputusannya?? Abah kata aku menang,tapi aku anggap abah yang menang kerana mendapat 9 ekor puyu dan seekor semilang.Aku cuma mendapat 8 ekor puyu,2 ekor semilang dan seekor haruan,dan last but not least Uda dan Mak Uda masing masing mendapat 3 ekor puyu sahaja.wakakaka..

Ni bukti..nak bukti apa lagi?? puas??

Dan untungnya..Mak aku paling terrer masak masak lomak cili api neh..(hehe..belagak tak ingat) hmm...tak payah la cakap sedap ke tidak ikan2 segar tadi di masak gulai ni..nak rasa?? pancing la senirik..masak la senirik..hahaha..


Percaya tak? Ini sarapan pagi aku?? muahahaha...

2 comments:

Misz HoNey said...

hoh...abg lym makan nasik putih ngan lauk cili api pepagi bekpes???tak cirit apo??

ekekekekke

Anonymous said...

mmg sodap dpt mkn masak lemak cili padi ikan semilang dan puyu.. lagi2 kalau pancing sendiri..

lym kalau kau blk kg lagi..aku nak kirim stok ikan puyu ngan semilang tu leh