Tak semena mena seminggu dua ni aku menjadi usahawan kecil yang sangat berjaya,hehe..Ini semua kerana Marts,dia yang gatal nak beli kasut,tapi tiba tiba dia beli langsir,jadi aku yang terpaksa membetulkan niat sebenar dia itu.Kebetulan kawan dekat opis tiba tiba pulak membawa kasut2 berjenama ke opis untuk di jual,kebetulan juga dia memang sedia menjadi peniaga sambilan dekat opis.Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal polok,terus saja aku menalipon Marts bertanya,sekonyong konyong jugak dia suruh aku tepek kat dalam blog gamba kasut tu..
Keesokkan hari Marts mula menunjukkan minat apabila melihat design kasut itu dan terpacullah cerita delivery kasut itu dalam entry ini.Tak lama selepas itu Qatar
pula menunjukkan minat dengan kasut Nike putih berbelang hitam.Setelah berbalas esemes tanpa dia mahu bercakap di talian talipon (ku pikir suara dia begitu mahal berupa emas 916) dia akhirnya bersetuju untuk melanggan kasut tersebut dan dengan segera aku membuat penghantaran express City Link ke Kuching,Sarawak! Perghh..kira jauh jugak dah pergi nye 'besnes' bidan terjun aku tadi..hehe..
Tak sampai beberapa minit Qatar menerima kasut dia,Tup Tap Tup Ijat pula mengesemes aku dan menunjukkan minat kepada satu lagi design kasut Adidas yang comel dan sangat bersesuaian dengan dia pada pandangan aku.Selepas berbual mesra dan mengayat power,dapat aku menyakinkan dia untuk membeli kasut tersebut,hehe..cair jugak ko Jat ye..wakaka.Tak sangka aku berbakat dalam bidang perniagaan..muahaha..
Kali ini proses penghantaran sedikit istimewa kerana sebelum aku menghantar kasut Ijat tu kat dia,tiba tiba kawan aku bawa pulak design yang paling terbaru (gambar atas) dan sekali lagi aku mendapat tempahan dari posmen yang sedang meningkat naik,nasib dia baik kerana dia mendapat design yang di kehendaki tetapi saiz pula yang bermasalah,akhirnya berjaya juga aku mendapatkan saiz berbeza seperti yang di minta iaitu sebelah kiri bersaiz 8, manakala sebelah kanan pula bersaiz 7,apa nak buat..dah kaki dia pon tak sama lebar..sapa suruh..hehe.Berbalik kepada kasut Ijat tadi,hmmm...tu lahh..berguna jugak posmen ni kepada aku..tak payah kuar duit mengupah City Link.Terima Kasih ye cik posmen kerana tolong deliverkan and then Terima Kasih juga untuk kueh siput yang ala ala Lintah tu..sebbaik kue siput tu kaler magenta,kalo kaler itam sebijik Lintah..eii.mencik!!
So dalam seminggu ni aku sudah menjual 3 bijik kasut Nike dan 3 bijik kasut Adidas secara mendadak.Errr..sesiapa lagi yang berminat,sudi sudi lah..jangan memalu,orang yang baru lepas kawin pon buleh nak buat tempahan,takde masalah,yang nak pergi Umrah tu,yang nak pergi pulau,yang nak balik kampung dan sebagainya..
Tuesday, August 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Aku nak kasut free satu! Warna pink!
stad, err.. tapak kaki tu memang dah kaler pink kan? tapak kaki yang takde jari tu.. kan? hehe..
jadi bidan ni best ke Lym?
kasut aku beli tu dlm kotak lagi taww!
best jadik bidan..boleh men kobok kobok dalam gua..wakaka...larikkk
Halym mencaruts!
Post a Comment