My country, My native land.
The people living united and progressive,
May God bestow blessing, and happiness.
May our Ruler have a succesfull reign,
May God bestow blessing, and happiness.
May our Ruler have a succesfull reign.


Minggu lepas tengok citer Dorameon,Gian,Nobita dan Shizuka pakat ramai ramai naik keretapi kan? So datang idea untuk aku bercerita pasal keretapi kat sini..hehe..Ini adalah Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang amat terkenal itu,semua rakyat Malaysia tahu kat mana dan sapa yang tak kenal dan tak tahu,mungkin dia lahir kat London dan selepas itu menetap kat sana seumur hidup.
Banyak perkara yang menjadikan aku kagum dan terpesona.Salah satunya adalah landasan,aku bercakap tentang scenary.Aku juga sukakan keindahan di sekeliling landasan dan amat suka apabila tayar besi keretapi bertemu besi landasan lalu menghasilkan bunyi bunyian yang sangat unik..sangat sentimental..tapi aku belum berniat untuk meletakkan leherku di atasnya hatta hanya ingin mencuba.Kepada kawanku yang ingin sekali mati terjun bangunan, elok jika dia mencuba kaedah ini..
Suasana di dalam gerabak.Klasik je kan..Aku dah lama tak naik keretapi perjalanan jauh sejak penghujung 90an.Paling jauh yang pernah aku pergi ialah menaiki Mel Malam ke Johor Baharu pada tahun 1982,(pertama kali).Menaiki Ekspress Sinaran Pagi ke Arau Perlis pada 1995 dan Senandung Malam ke Butterworth pada 1994.Di pengalaman pertama itulah aku mula menyintai segala yang berkaitan dengan keretapi.Masih terbayang bayang di kepala ku pengalaman itu walaupun telah 25 tahun berlalu.Dramatiknya..aku menaikinya bersama ibu bapa dan adik beradik seramai 7 orang dan duduk di ekor gerabak.hahaha..
Aku ingin cuba menaiki Ekspress Kenali dan Ekspress Wau untuk ke Pantai Timur suatu hari nanti jika berpeluang.Aku tak suka tidor apabila melalui sesuatu perjalanan,walaupun siang mahupon malam.Tak kira la menaiki apapon.Keretapi membuatkan aku seronok,dan paling aku suka ialah merayau dari ekornya hingga la ke kepala,cuma aku belum berani nak berlari lari anak di atas bumbung macam selalu dalam citer Tamil.Sambil merayau,aku juga boleh melihat (bukan sekodeng) pelbagai jenis kaum dan ragam maknusia di dalam setiap gerabak.
Seronok rasa apabila berhenti di setiap stesen di bandar kecil dan besar dan juga menikmati permandangan indah sepanjang perjalanan.Yang tak boleh lupa ialah semasa melintasi sebuah tasik besar berdekatan Butterworth dan melintasi sawah bendang dekat Kedah.Perghh..hehehe.
Suneo is the braggart who parades his material wealth in front of Nobita.He is often seen with Gian.who he bullies Nobita with; he actually hates Gian very much,so helping Gian to bully Nobita is probably to avoid suffering the same fate himself.He has an extensive knowledge of science and he is a talented artist and designer.Suneo is seen as a narcissist who loves to stare at himself that he is the most handsome guy in the world.He is still a bed-wetter and need to wear diapers when he sleeps,despite being in the fourth grade.He considers this as his secret weakness,and according to his mother it is his only weakness.
Tak semena mena seminggu dua ni aku menjadi usahawan kecil yang sangat berjaya,hehe..Ini semua kerana Marts,dia yang gatal nak beli kasut,tapi tiba tiba dia beli langsir,jadi aku yang terpaksa membetulkan niat sebenar dia itu.Kebetulan kawan dekat opis tiba tiba pulak membawa kasut2 berjenama ke opis untuk di jual,kebetulan juga dia memang sedia menjadi peniaga sambilan dekat opis.Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal polok,terus saja aku menalipon Marts bertanya,sekonyong konyong jugak dia suruh aku tepek kat dalam blog gamba kasut tu..


Ini bukan Ijat ye..Tapi ni Wan Izzat,kawan sekerja aku yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan yang lebih tua 7 tahun dari dirinya..Wan Izzat berumur 28 tahun dan isterinya berusia 35 tahun.Apa boleh buat,dah jodoh,tak siapa dapat menghalang.Inilah kali pertama aku mendengarnya.
Minggu lepas aku kembali lagi ke kampung halaman.Kali ini kerana aku menghantar emak yang nak menziarahi UWAN.Kesian kat Uwan,makan pakai dia tak berapa terurus sekarang ni memandangkan usia dia yang mencecah 86 tahun.So emak masakkan untuk Uwan buat stok seminggu,basuhkan kain baju Uwan dan kemaskan rumah pusaka ni.Uwan tinggal seorang..
Abah turut serta balik begitu juga anak bini aku sekali..Pak Uda (adik mak yang bongsu) juga kebetulan balik bersama Mak Uda, jadi di kesempatan ini aku ,abah dan Uda sepakat untuk pergi memancing dekat sebuah lubuk di tengah tengah sawah.Aku memang kaki pancing,tetapi bukan giler memancing.Aku tak pernah ke laut,tetapi kolong,lombong,sungai,lubuk,jamban orang,tali air pernah menjadi mangsa penangan joran aku,paling grand sekali aku pernah pergi memancing ialah di Tasik Kenyir,Hulu Trengganu sebanyak 2 kali pada tahun 1998.Paling akhir aku memancing di lubuk sawah kampung ku ini mungkin 20 tahun yang lalu.Seperti biasa Uda akan meng'provide kan joran untuk aku,abah dan Mak Uda,kerana joran kepunyaanku dah lama lenyap dari hidup ku.Lama tak pegang pancing, aku dah lupa..hanya tau memancing dan menarik joran jika mengena.Nasib kami baik kerana kereta Uda boleh sampai ke tengah tengah sawah nun,dulu tak boleh,naik beskal boleh laa..
Di tengah sawah ni terdapat tali air dan lubuk di sepanjang tali air tersebut.Sebelum itu Mak Uda di tugaskan untuk menggali dan mencari cacing di sekitar tanah lembab.Banyak jugak la stok cacing yang Mak Uda dapat,boleh la kalau sekali mengulai..hehehe.Tanpa membuang masa Abah terus melabuhkan joran dengan harapan umpan mengena..
Hehe..standard photographer memang takde gambar..cukupla gambar tangan sebagai bukti,ni pon puas aku nak memeteng sudut yang sukar demi permandangan yang cantik..hehe.Aku memang tak boleh lekang dengan kamera.Indah tak suasana begini?
Tengok tuu..Mak Uda orang yang pertama merentap joran dengan ikan tersangkut di kail..Hmm..gembira hati nya tu.terpancar kepuasan!
Abah yang dari tadi kebuntuan,tiba tiba meng'join Mak Uda yang sedang asyik melayan puyu.
Eh! Abah dah tinggal seorang?? ada sangkut tak Bah..?? Hehe..
Haa..Yang ini bukan pancing abah yang mengena,joran aku yang mengena daa..Abah tukang pasangkan umpan dan keluarkan ikan yang mengena kat joranku..kerna tangan aku mesti berkeadaan bersih dari taik dan isik perut cacing yang berkecai tuu..hehe.Aku tak suka dengan semua itu..aku pemancing dan photograper mahir!
Haha..Pak Uda memang di kenali ramai sebagai pemancing yang sangat handal,ke mana saja dia pergi,semestinya tak kosong tangan apabila pulang..Cuba tengok gayanya itu? ada tak gaya macam orang frust?? hahaha..aku dah cakap..lengkali nak pergi memancing jangan bawak aku sekali,mesti segala magic tu akan berpindah kepada ku..buktinya??
Ini adalah ikan semilang kedua yang aku naikkan..sempat aku ambik gambar setiap ekor ikan yang lekat di joranku..
Kami berkemas pulang..yang pasti hatiku sunggu gumbira hari itu berbanding pak uda yang aga k frust kali ini..Terima Kasih Uda kerana memberi pinjam joran..dan keputusannya?? Abah kata aku menang,tapi aku anggap abah yang menang kerana mendapat 9 ekor puyu dan seekor semilang.Aku cuma mendapat 8 ekor puyu,2 ekor semilang dan seekor haruan,dan last but not least Uda dan Mak Uda masing masing mendapat 3 ekor puyu sahaja.wakakaka..
Ni bukti..nak bukti apa lagi?? puas??
Dan untungnya..Mak aku paling terrer masak masak lomak cili api neh..(hehe..belagak tak ingat) hmm...tak payah la cakap sedap ke tidak ikan2 segar tadi di masak gulai ni..nak rasa?? pancing la senirik..masak la senirik..hahaha..
Alamak....kenit la pulak?? kenit pon kenit la..Apa yang nak aku kongsi ialah sejak gemenjak ni aku dok menebeng depan TV selagi boleh..tak kira waktu dan ketika semata mata kerana rangkaian baru kat Astro 79.Setiap malam sekarang (aku kije shift pagi minggu ni) aku bermaharajalela dengan remote Astro terlopong depan TV. Lepas satu ke satu siri dari jam 8 malam hingg 12 malam.Alasannya aku memang SUKA dengan dokumentari sebegini berbanding drama CSI, kerana ianya memaparkan kisah benar dan sebahagian rakaman ketika kejadian sebenar juga di dedahkan..Kalau dulu aku dok tukar tukar dari channel 50,51 dan 52 mencari program sebegin.Kini tak lagi...Danish pon tak dapat nak nengok Cartoon Network dia macam biasa sekarang..Aku cadangkan dia beli dekoder lain..hehe
Virginia Tech:Eyewitness to a tragedy
Baru kejap tadi aku tompang kete Marts mintak tolong dia anta aku ke CIMB kat Seksyen 14,PJ.Kebetulan aku nak pass kat dia tiket pergi ZOO untuk dia dan Posmen Giler.
Dekat seat sebelah pemandu (tempat pijak kaki) di sediakan khas talam berupa mangkuk besar,kemudahan kepada sesiapa ingin membuang air atau pon apa apa jenis cecair yang mengalir dapat di takung.Tak payah Marts nak kena vacuum.Kira multi purpose gak kete Marts ni yek?
Di atas bumbung tersedia tisu tegantung.Tisu ini seperti talam tadi juga.Lebih kurang la..selain daripada boleh mengelap hingus,cecair lain juga boleh si serap menggunakan tisu ini.Marts kata dia memang banyak gunakan tisu ketika dalam kete,sebab banyak aktiviti haram yang dia lakukan semasa dalam kete yang tak boleh aku nak dedahkan kat sini...Betul..ni semua penjelasan Marts.Ko jangan nak tipu ye..aku ada record apa yang ko cakap tadi Nuk!
Seperti biasa Marts suka bawak gendong.Dia letak kat belakang tu supaya dia dapat tayang kat pemandu kat belakang tengok. Nak tau tak apa mende dalam gendong tu? Marts cakap dalam tu berisi kepala orang! Bungkus dengan beg hijau Giant yang 2 hengget tu..darah banyak menceceh, becak la kat belakang tuu..
Kebolehan Marts yang satu ni memang aku kagumi.Memandu dengan sebelah tangan kat stereng..Cuba teka tangan Marts yang lagi satu ada kat mana? huh! tak senunuh! mencikk..
Sambil bawak kete tu Marts syibuk soh aku pakaikan kasut baru tu kat kaki dia..OOO..tu yang siap bukak kasut dah ye? Tak sabo sabo nak menerai..Sebbaik aku dapat sabarkan dia.
Tengok ni..Marts antara pemandu paling cekap di atas jalanraya..sambil memandu,dia sempat try kasut baru! ooo..tu yang hilang sebelah tangan dia tadi??