Tuesday, April 10, 2007

Mak angkat Marts..

Ni ler makcik GOMOK yang Marts salu citer tu kan Marts? betul kan? ah memang fofular bangat mokcik neh dengan lauk fauk makan tengahari dan juadah di bulan fose.Stall dia ni kat Medan Selera Seksyen 7,Kota Damansara.Yang aku pelik camne Marts leh selalu dapat makan pree kat sini ek? aku dengar dia panggil mokcik neh MAK,huh ngengade taik kuda betul la kan..Ke ade udang sebalik mee atau Marts dah siap MANDREM mokcik neh setiap kali datang?
Apa pon aku memang kira sebulan sekali tu ade gak singgah sini,biler terasa rindu nak makan lauk pauk dia,(bukan rindu anak mokcik ni).Kalau bulan pose tu pulak memang dah jadik kewajipan untuk beli juadah makcik gomok.Kalu lapar tengahari tapi poket kering, bukak la blog aku neh sambil tataplah gambo lauk pauk tuh,nescaya leh kenyang..
Bercerita pasal anak makcik ni, ha ni lah dia ghope dia, saiz lebih kurang mak dia jugak, tapi comel buleh tahan juge.Marts pernah ader bagitau aku yang anak dia ni tergila gilakan si Marts,huh mencik! perasan sungguh. Dan Marts jugak cakap SIZE DOESN'T MATTER..kalau dia dapat kawen dengan anak makcik gomok nanti, senang kan takyah masak dan beli bungkus..ooo patut ler manjang panggil mak..Minah ko pegi makan obat sekarang lepas baca ni..wakakaka
Lauk stended aku biler ke sini ialah......masak lemak KETAM.
Haa tengok tu,aku makan nasik macam omputeh,dengan daun salad dan seekor ketam.
Ceh,orang nak makan ketam dia pon nak gak,yang kelakar nye,Si Nadhirah dok cakap kat Nisa' "kenapa kakak makan katak"? wakakakaka..

2 comments:

marts said...

ha ha ha betul Lym. Tidak syak lagi, inilah rupa Makcik Gemuk. Aku ingat lagi 5/6 tahun lepas, gerai makcik ni cuma tepi jalan je, makanan pun tak banyak.

Sekarang dah masuk dalam medan selera. Makanan dia masak bukan setakat sedap Lym tapi murah je. Kadang2 aku terpaksa tanya dia 2 kali nak confirmkan betul ke rega makanan yang dia charge aku.

Oitt, aku panggil dia mak bukan sebab nak makan free. Aku siap pesan kalau free aku takmo makan kat kedai dia.

Anak dia? Ko amikla, aku tak ralat pong!!!!!!!!!!!!! Wa ka ka ka... aku baru tau ko anak beranak suka makan katak rupanya!

cemutkeyengge said...

katak masak lemak? hoho...sedap tu nampak gayanya...