Wednesday, June 06, 2007

Aku Demam ??

Entah apa yang merasuk,tanggal 30 May hari Rabu yang lepas, aku di timpa demam kuat yang dah lama tak menyinggah semenjak 6 tahun yang lepas.Aku tak sangka yang pagi2 tu aku rasa sihat je pi kerja, tup tup lepas breakfast dalam pukul 10 pagi tu aku rasa lain macam,kaki ku lemah untuk melangkah dan aku dapat rasakan suhu badan aku naik dan tiba tiba rasa seram sejuk yang amat sangat..
Aku bagitau kat boss dan cecepat pi nyorok kat satu tempat untuk melabuhkan tubuh badan sambil menahan sejuk samapi seluruh badan dan sendi2 kaki dan tangan menjadi lenguh nak mampos!! Aku tak dapat tahan sejuk sehingga azan Zohor aku keluar dari tempat nyorok dan cuba mengambil udara segar tapi panas terik.Tak sangka dalam masa sejam aku terbaring di bangku panjang luar opis dengan cuaca panas berbahang sambil memakai jeket tebal,aku langsung tak berpeluh!
2.30pm aku tepon kat boss cakap tolong hantar ke klinik,kerana aku langsung tak boleh bangun!alih alih dia datang bawak panadol 650 dan sebungkus air suam!sambil baring aku telan obat tuh dan aku teguk air suam tu sampai habis!aku heran juga aku langsung tak rasa lapar pulak!Kalau tidak waktu tengahari kebiasaannya cacing2 kat dalam perut aku neh dah sibuk mintak makan!
Pukul 3.00pm aku pergi klinik sendirian dan terus balik ke rumah.Malam tu aku menderita seram sejuk dan sakit2 badan,tapi aku terlepap juga sampai pagi.Esoknya tu (Khamis) teruk juga aku menanggung kesejukan dan kesakitan lagi,aku ke klinik semula pagi tu dalam keadaan macam kena demam kura.Aku merayu kepada doktor supaya kasik satu jab untuk menghilangkan sakit2 badan dan lenguh2 sendi.Hantu punya doktor,sepatah haram dia tak cakap apa2 melainkan memeriksa tubuh badan aku dan memberikan jab yang aku minta.
Sejam selepas itu aku rasa lega sedikit dan rasa kesakitan mula hilang dan seram sejuk juga lenyap dari hidup aku buat sementara waktu.Aku langsung tak lalu menjamah apa2,air pun aku tak mampu nak teguk.Aku telan ubat yang di beri,tak pula aku periksa dos yang di cadangkan,rupanya2 aku alah kepada ubat ubat tersebut,ada ke dia kasik Paracetamol 500mg makan 2 bijik 3 kali sehari,bayangkan betapa kuatnya!malam tu aku langsung tak boleh tido kerana mungkin aku terlebih dos ubat,aku menderita pula dengan gastrik dan insomnia.Aku tak tahu kandungan apa ubat itu,aku jadi terkulat2 memandang anak bini aku tido sedangkan aku memang tak cukup tido,pulak aku rasa badan aku segar semacam dan mula rasa nak menari nari di malam malam buta itu.
Sudahnya aku tak tido sampai pagi,Pagi tu seram sejuk hilang,sengal badan pon hilang,tetapi penyakit lain pula yang datang,tak boleh tido! Aku terus pergi mandi pula pagi Jumaat tu dan selamba pergi hantar anne pergi kerja,baru 2 tiang je aku pegang stereng terus aku suruh anne pulak yang bawak kete,erkkk nak pitam pulak! last2 anne yang antar aku pergi ke tempat kerja dia..ekeke.Lepas tu aku balik ke rumah dan terus tumbang!aku hingat aku terus tetido sampai petang..laaa...10 minit je aku lelap dah jaga balik,aku pergi pulak semayang jumaat,tak dapat masuk dalam pulak,penuh!semayang kat luar..bawah panas terik mentari,aku tahan sampai lutut aku goyang! habis semayang..argghh lega..
Petang tu aku mula rasa hidung aku dah sumbat sebelah,selesema pulak dahh!! aku telan lagi ubat,Malam tu pulakk..sekali lagi aku terkena sindrom makan ubat tadi..asal aku baring je,ulu hati aku rasa mcm di tarik tarik,aku kena duduk atau pon buat tarian semazau ataupon tido menonggeng!tak boleh tido lagi sampai pukul 3 pagi,last last aku kejutkan anne,dia temankan aku jadi gila sambil tengok cd movie pepagi buta tu sampai subuh!!tak tau kenapa aku tiba2 kena gastrik,mungkin iya pasal dah 3 hari aku tak sentuh nasik.
Pagi sabtu pergi saloon rambut dlm sakit2,boring dok rumah punya pasal, habis rambut Nisa dan Nadhirah aku soh amoi tu tebas,kat saloon tu... Ya Allah ! macam nak pecah kepala aku melayan selesema dan sakit pale.Last2 aku suruh amoi tu cuci rambut sambil buat rawatan semi-spa kat tubuh aku..wakaka tapi lega sekejap jer..Aku masih tak makan.takdak selere langsung! Lepas saloon aku boleh pergi Tesco pulak,tapi anne yang bawak,4 hari aku jadi co-driver sambil terlentang kat passenger seat tuh,sesekali aku buat satu jeritan bingit kerana budak2 3 orang tu memekak macam nak karam kete tuh..aku dah la sakit pale!
Petang tu kat rumah aku tak sentuh dah obat satu pon..nak mati mati lah..akhirnya lepas pekena Sinchan dan Doraemon barulah aku terasa laparr..terus order Pizza!Malam minggu tu baru la aku boleh tido...laaa..alergic obat rupanya..Sunday pulak aku dah sihat sikit,selesema dah kering batuk pulak,tapi tak lah teruk,pergi pulak IKEA beli katil..citer katil menyusul kemdian la oii..penat dah taip ni..
Akhirnya di sini aku nak ucapkan Terima Kasih tak terhingga kepada Ustaz dari Kota Baru,Kelantan,Ankel dari Geneve,Switzerland dan yang paling jauh Martenuk dari Petaling Jaya yang sempat datang melawat aku pada malam tu walaupun sejam lebih aku menunggu dalam hujan,lepas tu merah merah muka mengadap depa bertiga ni yang entah kena sampuk hape ntah wat lawak tak henti henti.Hmmm...entahlah mcmmana aku leh berkawan dengan orang macam ni aku pon tak tahu...

Tuesday, May 29, 2007

Dinner @CRS last nite..

Danish tu tengah tido depan rezeki..mencikk gamba gelap macam kulit Marts..
Yang ni yang aku suka neh..kerabu mangga..pagi ni aku sek kentot jek..wakakaka
Ayam panggang ni celup dengan sos lintah..
Fevret Nadhirah sop fish cakes ni..dessert ni rasa macam taik kucen..

Monday, May 28, 2007

Selamat Pengantin Baru..

Acara yang tak pernah aku saksikan di mana mana, kedua mempelai di beri seteguk minuman saorang (air kosong kot?) sebaik pengantin lelaki di gandingkan dengan pengantin perempuan di perkarangan rumah.Mempelai berjalan menuju ke dalam rumah. Note:-Yang aku suka pergi kenduri kawen sebelah negeri Johor ni pasal cukup teruja dengan nasik beriani derang yang sedap (original) serta lauk pauk mereka yang enak. Tema kaler cekelat..cool juga..kedua pengantin kelihatan sama padan,segak, bergaya,lazat dan juga berkrim, umpama cendawan di belah belah...ekekeMenjadi raja sehari.,saat saat yang pasti menjadi kenangan sehingga ke anak cucu cicit piut..

Tuesday, May 22, 2007

A car from Hell..

Aku berjaya menjejaki kereta ini tengahari tadi di sebuah lokasi rahsia di Petaling Jaya,setelah di jumpai berlegar legar tanpa tujuan sekitar Seksyen U8 Shah Alam,bersebelahan tempat kerja aku malam kelmarin. Kereta ini juga di dapati berpusing pusing macam gasing dan membelok tanpa memberi isyarat,menekan minyak secara melulu dan juga di dapati membuat satu pusingan U pantas dengan tujuan membahayakan pemandu lain.Aku mengesyaki yang pemandu kereta ni mabuk setelah keluar dari rumah kediaman pada waktu hampir menjengah dinihari dengan bertemankan seorang bangla...wakakakaka

Wednesday, May 16, 2007

Happy birthday Ayang..

Hari ini genap ulangtahun kelahiran ke 17 buat Ayang dengan ucapan selamat maju jaya di dalam bidang yang di ceburi dan sukses selalu di samping suami dan anak anak tercinta. (Eh pesal lak cemni lak wish neh) hehehe tambah sikit lagi..Semoga panjang umur di murahkan rezeki dan di berkati selalu. Nak anak lagik sorang bleh tak? ekekeke
* kad ucapan hasil kerastangan Nadhirah

Di kesempatan ini Yang nak ucapkan selamat HARI IBU buat Ayang yang berhempas pulas selama 7 tahun ini melahir,membesar,menjaga,mendidik Nisa,Nadhirah dan Danish sehingga ke hari ini.Jasamu hanya Allah saja yang akan membalasnya di Akhirat kelak.

Buat ibuku Hajjah Zainab binti Ahmad,kau lah segalanya bagi ku.Terima kasih juga kerana melahirkan,menjaga,mendidik sehingga aku berjaya mencapai tahap kehidupan hari ini.

* Kasihanilah ibu dan bapa anda sebagaimana mereka mengasihani kita sewaktu kita kecil dulu.

Thursday, May 10, 2007

Jem giler !!


Letih,tensen,bengkak,cipan dan babun..tu le perasaan aku pagi semalam.KL ni kan kalo setitik aje ujan turun tak kira pagi ke petang atau malam, jalanraya mesti jem macam Tenuk.Kejadian kat North South Highway area Sri Damansara menuju ke plaza tol Jalan Dua pagi semalam memang too much!kebetulan hujan turun dengan lebatnya subuh shafie tu,kebiasaannya memang ni je la jalan yang aku buleh lalu bagi mengelak jem pepagi.Pi anta Annie ke Bangsar tak boleh sama sekali ikut Sprint Highway,Federal Highway atau pun cilok dalam memana kawasan setinggan,pasal ketat sangat,lain la pakai Toyota Harrier boleh la naik atas bendol ke,panjat atas divider ke,panjat pokok ke...Tekujat aku masa sampai kat persimpangan Bukit Lanjan,tetiba benti panjang berbaris hingga ke plaza tol Jalan Duta.huh mencik! kol sepuluh baru sampai opis Annie.Lebih baik dok kat Janda Baik lagi best! tenang lagi aman.

Janda Baik Part 4

Sempat aku skodeng resort persendirian kepunyaan MB Selangor iaitu YB Datuk Seri Dr.Khir Toyo. Resort dia ni betul betul terletak bersebelahan dengan eco resort kawan aku tu.Dengar cerita MB selalu gak datang sini bersama family atau sanak saudara bagi tujuan merehatkan minda dan membuat aktiviti kekeluargaan.Kelas oo tempat lepak dia ni.

Janda Baik Part 3

Sempat pulak aku melihat dan belajar tentang pokok pokok yang tak pernah aku temui di kampung lain maupun di bandar..antaranya pix ni adalah Pokok Ulam Raja.Petik la kalau nak makan sebagai ulam..
Kaktus Janda Baik.
Dengar cerita pokok ni mati beragan..
Ni pokok Serai Wangi, sesuai di buat ramuan perubatan, boleh di buat mandi bunga,wap atau spa. Sangat mujarab untuk kesihatan badan dan mental.Ajipp yang selalu tak sihat,Marts yang Tenuk,Minah yang sewel,Ankel yang gilaks harus mengambil iktibar.Pokok ini juga dengar cerita agak KERAS!

Wednesday, May 09, 2007

Janda Baik Part 2

Di sampaing chalet dan anak sungai, kawan aku juga ada menyediakan kemudahan games untuk peserta yang menyertai kem latihan motivasi dan perkhemahan.

Tuesday, May 08, 2007

Janda Baik Part 1

Sabtu yang lepas, aku bersama family meluangkan masa untuk meninjau lokasi percutian/perkhemahan di Kg.Janda Baik,mukim Bentong. Pahang Darul Makmur. Sesiapa yang tidak tahu dan tidak pernah dengar Kg.Janda Baik ini sila pergi ke library atau pusat penerangan pelancong atau pergi check kat Kementerian Pelancongan.Aku ke sini atas jemputan rakan sekerja,aku di pelawa kawan baik ku ini sejak 5 tahun yang lepas lagi,tetapi masa agak tidak menyebelahi.Kawan ku tinggal di Janda Baik ini sejak 15 tahun yang lalu dan berulang alik pergi kerja ke Shah Alam setiap hari ! cuba anda bayangkan..?!?! Terowong yang kelihatan tu adalah berhampiran Genting Sempah.Sesiapa yang pernah ke Genting Highlands tu tentu la tahu.
Ulat gonggok gergasi ni menyambut kedatangan ku! Sungguh cantik dan berkilat kilat terkena sinaran mentari,terus aje aku ambik dan letak dalam poket seluar! (Marts jangan marah ye!)
Kawan ku mempunyai resort/kawasan perkhemahan sesuai bagi aktiviti luar untuk murid sekolah ataupun family gathering.Tempat ini kerap menerima tempahan rombongan sekolah yang ingin membuat program sekolah/kem motivasi dan jungle trekking.Gambar menunjukkan chalet utama di pintu masuk.Terdapat 7 chalet,sebuah dewan makan (masak memasak sendiri),dewan kuliah/tandas dan ruang perkhemahan.
Antara chalet chalet yang terdapat di sini.
Dok dalam khemah ni waktu memalam baru la ada feel!Bersebelahan chalet dan tempat perkhemahan ini terdapat anak sungai yang tak kurang deras airnya..
Teringin tak nak mandi si sini? Airnya sesejuk dingin menusuk ke tulang..
Seronok betul aku tengok ada sekumpulan keluarga membuat gathering.Aku tak leh nak kaco.Tapi dapat gak ah menumpang mandi kat sebelah sana..
Wah! nampak indah dan nyaman air sungai mengalir dari gunung,berkelah pon sodap!
Budak bandar masuk kampung! Hahaha biasa mandi kolam,kali ni macam pelik pulak nak berendam dalam kolam berbatu dan berpasir.
Permulaan jungle trekking ke atas bukit...Nisa' nampak nya tidak kekok mencuba bersama anak anak kawan aku..

MaSa RiAnG rAsA hEbAt

Hidangan stended ku di McD
Danish dapat kete..

Thursday, May 03, 2007

AF Masuk ?

Tunggu keputusan Debat AF malam ini..ade ke takde tak kesah pon..sebab Aizat keluar AF dengan bermaruah dan mendapat Standing Ovation! Marts dan Ajipp musti menentang sekeras kerasnya AF MASUK ni kan..dan jika Aizat dapat masuk semula tentu depa ni dan Minah akan pengsan 2,3 kali..ekekek.Malam tadi aku sempat chat dengan Aizat kat @15, jangan jeles weh..wakaka

Hepi besday Vagg

Aku kenal Vagg dari cerita arwah Damit dan pernah ternampak banner Tribute to Vagabond kat amnet dan KooL sikit masa dulu,aku tak pernah kenal Vagg secara dekat,tapi aku terbaca segala kenangan terakhir Vagg lalui bersama dengan arwah Damit..sesungguhnya aku teramat sedih dengan cerita yang d kongsi bersama itu dan dengarnya Vagg sempat menziarahi pusara arwah Damit.Sesungguhnya Allah mengurniakan kelebihan itu pada Vagg yang tidak kami, rakan rakan cyber perolehi.Apapun selamat menyambut ulang tahun yang ke berapa aku pon tak tahu..Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.

Wednesday, May 02, 2007

Hepi besday dak Ajipp


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 3, semoga cepat besar, so dapat menempuhi alam dewasa dan seterusnya mampu memberi makan anak orang secepat mungkin...wakakaka

Monday, April 30, 2007

Happy besday kak Cemut..

Selamat menyambut hari lahir ke 16, dengan harapan semoga di kurniakan umur yang panjang dan di murahkan rezeki yang banyak.
kek cekelat ini pulak KHAS untuk nenet yang khabarnya sama menyambut hari lahir kan?