Aku anak beranak pergi 2 minggu yang lepas kat The Walk@The Curve.Tapi tak sempat lak nak beramas mesra dengan Jade kerana masa aku sampai tu dia terpaksa melayan auntie dia berbincang pasal perniagaan kat Penang Cafe'.Takpe lah..takde la dapat tudung saji free seperti yang di janjikan..Tapi aku sempat ambik gamba dan tengok2 barangan cenderamata yang di jual.Dalam gamba tu bukan Jade ye..tapi tu bisnes partner dia..
Monday, August 06, 2007
Booth Jade@The Curve
Aku anak beranak pergi 2 minggu yang lepas kat The Walk@The Curve.Tapi tak sempat lak nak beramas mesra dengan Jade kerana masa aku sampai tu dia terpaksa melayan auntie dia berbincang pasal perniagaan kat Penang Cafe'.Takpe lah..takde la dapat tudung saji free seperti yang di janjikan..Tapi aku sempat ambik gamba dan tengok2 barangan cenderamata yang di jual.Dalam gamba tu bukan Jade ye..tapi tu bisnes partner dia..
Sunday, August 05, 2007
Attention : Marts
Martenuk kata nak beli kasut baru,kasut jogging dia yang dah kena makan tikus,koyak rabak.Ko ternak ramai tikus dalam kasut ye Marts? Hari tu pi carik kasut kat Mid Valley pon tak jumpa,yang aku heran,kata nak beli kasut,tapi dia asik dok belek baju,blazer,spenda dan langsir pulak.Ko nak hadiah baju langsir kat sapa Marts?Macam ni la..ni ade kawan aku jual kasut kat opis,ni yang ko kata nak tengok tu kan..?tengok laa..kalo suka dan sesuai dengan kaki ko yang kenit tu..bagitau aku..aku buleh orderkan dan ko kena bayar senirik..Mencikk..terpaksa pulak aku menjadi salesman dalam waktu bekerja.
Nike..sesuai untuk berjogging sambil cuci mata.
Adidas..yang ni Ok gak kalau pi jalan jalan carik langsir atau Marts pakai gi jogging pakai suar pendek kaler pink ada gamba Tenuk.
Nike.Sesuai juga untuk jogging atau main netball.Ko suka main netball kan Marts? tapi yang ini aku dah booking nak pakai pergi pancing kura kura.
Adidas. Yang ini boleh juga..Sesuai la biler Marts jogging pakai skirt pink ropol ropol.

Saturday, August 04, 2007
Bata bengong!!
Anne dok jeling jeling tajam masa aku belek belek Clarks kat The Curve,One Utama dan Mid Valley hari tu..hmmm..memang gah dari segi brand,tapi design tu kurang sikit la bagi aku..harga depa sekitar rm350-rm400...tak tido malam aku decide nak beli ke tidak...Frust,aku mula la ngidam pulak kasut kasual/office Bata yang macam Mart Langsir pakai.Aku check harga dia rm69.90 aje..huh kasut murah je yang dia pakai??..setau aku Bata di perbuat dekat kilang kat Puchong...macam iklan Merdeka tu pulak kan?Biler aku tengok iklan yang Ashraf Sinclair ngan Vanida Imran bersanding,lepas tu Ashraf tengok kasut tu,mesti aku gelak bahak bahak.Teringat kat Marts,aku terbayang dia tengah bersanding dengan Minah..wakaka..Selama seminggu aku dok usha kasut dekat kedai Bata biasa, takde lak kasut yang aku nak tu..atas nasihat Mart Langsir aku pon pegi la butik Bata kat Mid Valley pada hari Ahad 2 minggu lepas.Pegi pegi takdak saiz pulak.Aku nak saiz 7.Yang ada cuma saiz 5,8 dan 9.So salesgirl tu soh datang hari Selasa,kerana hari tu stok baru sampai katanya,ataupun dia suruh pegi ke butik Bata Suria KLCC,kat sana belambak stok,kata salesgirl tu lagi..
Hari Rabu yang aku deting ngan Marts tu,bersemangat aku ke butik MV sekali lagi,pusing punya pusing,sekali butik Bata kat dalam MV tu tiba tiba lenyap! jenuh aku dengan Marts mencari,aku katakan pada Marts,baru je aku pegi,takkan dah takde? Rupa rupanya butik tu dah tutup wat renovation! Pulak dah..!!Setan betul,salesgirl tu tak bagitau pon kata nak wat reno hari tu..???
Tak puas hati,hari Ahad lepas tengahari aku pergi la KLCC,kerana aku banyak urusan lain,aku singgah kejap kat situ semata mata pasal kasut Bata,park keta,segera aku panjat anak beranak ke butik Bata,Suria KLCC dengan hati berbunga,ya..memang ada kasut tu,terus aje aku mintak saiz 7..Ciss!! takdek stok kata salesgirl situ pulak..arghhhh...nyumpah nyumpah lagi dalam hati.Terus aku esemes kat Marts katakan aku BAN jenama Bata seumur hidup aku! Niat aku untuk berjalan jalan anak beranak kat Suria terus terencat,jam tu jugak aku ajak family aku belah dari situ walaupun kena bayar parking rm4 hengget untuk jangka masa tak sampai 20 minit!
Petang tu pegi pula ke Giant Batu Caves,sesaje je...bebeli barang ,sambil tunggu Anne,aku masuk kedai Hush Puppies,secara tak sengaja aku pi terai kasut seperti gambo yang kat atas tu..pastu aku tanya kat salesgirl tu halal ke tak pakai kasut tuh? dia kata OK je..tak cite banyak terus je aku sambar..sempat la aku pakai gi kursus Isnin yang lepas..hehe
*Kepada Ustaz,..jangan jeles ye..aku pakai kasut murah ni je..kasut yang dah ketinggalan zaman bagi Stad,aku serender dan tak mampu la nak menewaskan Ustaz..
Friday, August 03, 2007
Kursus...Makin' A Different..
Training Centre,
Kuala Lumpur
30 & 31st July 2007
Dah lama tak pergi surkus..adalah 10 tahun dah kot..ni pon aku ganti kawan yang tak dapat pergi..Boss yang rekomen aku pergi.Surkus ni mengenai perwatakan di tempat kerja, men'transform potensi sebenar kita ,cemtu la lebih kurang kot..hehe.Aku rasa surkus ni elok untuk staff yang bermasalah macam Minah dan Marts,tapi aku bukan bermasalah,aku cuma dengan rela hati menggantikan kawan,at the same time boleh aku berpoya poya dekat KL..hehe.Bagus..ya mmg bagus juga surkus ini untuk aku menimba ilmu.Surkus ini di anjurkan oleh Zabedy Sdn.Bhd.(Building People and Organizations) Pernah dengar ke?
Kerja kerja yang aku lakukan kebiasaannya undercover.Dengan sut khas,bergelumang air,paip hos,bermain api,menyelamat dan sebagainya.Aku harus bersedia jika menerima panggilan dari talian khas 994.Tapi sejak awal tahun ni aku di beri tugas khas pula,aku akan ambil aduan tentang pacat or lintah melekat di betis orang,Tenuk sesat ke dalam dapur rumah,konyet bersidai dekat sidaian orang,kamben mogok tak mahu mandi,atau lobster menggigit kaki seseorang dan sebagainya.Aku juga lali bekerja tidak tetap masa atau terlebih masa.
Kursus yang aku hadiri kali ini tak ada kena mengena dengan tugasan aku,tapi bagus juga kerana module program ini boleh di adaptasi kepada enviroment kerja,dekat rumah atau di mana mana saja.Banyak juga kertas kerja dan presentation yang harus di buat.Alhamdulillah dah selesai dah pon.Apa yang aku perhatikan apabila berkursus,akan terserlah segala potensi yang ada pada diri memasing.Dan biler aku kenang semula,kenapa aku agak menonjol dalam 15 orang peserta kesemuanya? hehe..pertama aku bagitau kat dalam kelas yang hobi aku tido,lepas tu aku suka menyampuk dalam pembelajaran,belagak leader,buat lawak bodo dan menjadi orang pertama yang berdiri bentangkan kertas kerja..wakaka aku macam tak percaya.Percaya tak? itulah yang terjadi dan terima kasih jugak untuk cikgu Sharon yang tak henti henti menyebut namaku dan mengusik aku hanya kerana aku duduk barisan yang paling belakang dan kerana hobi aku ialah tido.Tu laaa..lengkali biler berkursus jangan la jadi berat mulut,penyegan macam kucen dan takut untuk ke depan.Kan aku dah overshadow korang semua..hehehe
Kuala Lumpur
30 & 31st July 2007
Dah lama tak pergi surkus..adalah 10 tahun dah kot..ni pon aku ganti kawan yang tak dapat pergi..Boss yang rekomen aku pergi.Surkus ni mengenai perwatakan di tempat kerja, men'transform potensi sebenar kita ,cemtu la lebih kurang kot..hehe.Aku rasa surkus ni elok untuk staff yang bermasalah macam Minah dan Marts,tapi aku bukan bermasalah,aku cuma dengan rela hati menggantikan kawan,at the same time boleh aku berpoya poya dekat KL..hehe.Bagus..ya mmg bagus juga surkus ini untuk aku menimba ilmu.Surkus ini di anjurkan oleh Zabedy Sdn.Bhd.(Building People and Organizations) Pernah dengar ke?
Kerja kerja yang aku lakukan kebiasaannya undercover.Dengan sut khas,bergelumang air,paip hos,bermain api,menyelamat dan sebagainya.Aku harus bersedia jika menerima panggilan dari talian khas 994.Tapi sejak awal tahun ni aku di beri tugas khas pula,aku akan ambil aduan tentang pacat or lintah melekat di betis orang,Tenuk sesat ke dalam dapur rumah,konyet bersidai dekat sidaian orang,kamben mogok tak mahu mandi,atau lobster menggigit kaki seseorang dan sebagainya.Aku juga lali bekerja tidak tetap masa atau terlebih masa.Kursus yang aku hadiri kali ini tak ada kena mengena dengan tugasan aku,tapi bagus juga kerana module program ini boleh di adaptasi kepada enviroment kerja,dekat rumah atau di mana mana saja.Banyak juga kertas kerja dan presentation yang harus di buat.Alhamdulillah dah selesai dah pon.Apa yang aku perhatikan apabila berkursus,akan terserlah segala potensi yang ada pada diri memasing.Dan biler aku kenang semula,kenapa aku agak menonjol dalam 15 orang peserta kesemuanya? hehe..pertama aku bagitau kat dalam kelas yang hobi aku tido,lepas tu aku suka menyampuk dalam pembelajaran,belagak leader,buat lawak bodo dan menjadi orang pertama yang berdiri bentangkan kertas kerja..wakaka aku macam tak percaya.Percaya tak? itulah yang terjadi dan terima kasih jugak untuk cikgu Sharon yang tak henti henti menyebut namaku dan mengusik aku hanya kerana aku duduk barisan yang paling belakang dan kerana hobi aku ialah tido.Tu laaa..lengkali biler berkursus jangan la jadi berat mulut,penyegan macam kucen dan takut untuk ke depan.Kan aku dah overshadow korang semua..hehehe
Thursday, August 02, 2007
Eye On Malaysia..!!
Taman Tasik Titiwangsa
29 July 2007
Sunday
1530hrs
Tiket rm15 dewasa dan rm8 kanak kanak 3-12 tahun.
Aku kira ada 5 kali pusingan kami dapat.
Kelajuan = 200km/sejam

Masa mula mula masuk ngambil tempat duduk..
Dia bergerakkkk...masa ni kaki aku terjengket..leher aku ngilu..
Jakun la sekejap masa tu..Danish macam sentap je kan?
Tapi lepas tu dia tunjuk sign OK!
Erkkk...ngeri nye haku..Masa ni aku pejamkan mata..
Lepas lima menit baru aku OK...Sempat la merakam permandangan indah berikut..
Ampang.
Kuala Lumpur.
Istana Budaya.
Kuala Lumpur.
Permandangan Hulu Kelang.
Perpustakaan Negara Malaysia dan Istana Budaya.
Permandangan Taman Tasik Titiwangsa.

Selepas turun..apesal lak budak2 ni tutup muka eh? bagi chance kat aku kot? hehe..jangan marah.
29 July 2007
Sunday
1530hrs
Tiket rm15 dewasa dan rm8 kanak kanak 3-12 tahun.Aku kira ada 5 kali pusingan kami dapat.
Kelajuan = 200km/sejam

Masa mula mula masuk ngambil tempat duduk..
Dia bergerakkkk...masa ni kaki aku terjengket..leher aku ngilu..
Jakun la sekejap masa tu..Danish macam sentap je kan?
Tapi lepas tu dia tunjuk sign OK!
Erkkk...ngeri nye haku..Masa ni aku pejamkan mata..
Lepas lima menit baru aku OK...Sempat la merakam permandangan indah berikut..
Ampang.
Kuala Lumpur.
Istana Budaya.
Kuala Lumpur.
Permandangan Hulu Kelang.
Perpustakaan Negara Malaysia dan Istana Budaya.
Permandangan Taman Tasik Titiwangsa.
Selepas turun..apesal lak budak2 ni tutup muka eh? bagi chance kat aku kot? hehe..jangan marah.
Manda Kepek dah tawen..
Kg.Pengantin
Off Jalan Ampang
28 July 2007
Saturday
2130hrs
Sama Cantik Sama Padan..Tahniah buat korang berdua memang secocok.Aku doakan agar korang bahgia sehingga ke anak cucu,cicit dan tak lupa juga konyet..ekeke
Tapi aku frust la sebab tak dapat nak amek gambo korang kat mahligai pelamin yang sungguh indah tu..Aku dok nuuun jauh terbelakang dekat sebelah tandas..Lagi pun montot aku cukup berat masa tu nak bangun sbb terlekat kat kosi..Segan weh..nak kena melintas depan orang ramai,lepas tu ada lak segerombolan forumer amnet dok rancak berborak dalam satu meja,lagi la aku fobia..segan weh..ekeke.So ini jela gambo yang aku dapat sebagai kenangan..tu pun masa tu penat aku dok gamit dak Mandot neh..wat taktau jek...dekat doploh menet aku berdiri depan dia nak snap gambo ni baru dia tersedar..mencikk
Mandot,ko ketaq ye pegang parang nak potong kek tu? hehe..Tak selesa plak aku nak amek gambo..aku rasa mcm ko nak baling je parang tu kat aku masa aku nak snap gambo tu..hehe..Aku nak hambek gambo ko potong kek,bukan nak makan kek tuu..sebbaik Santos tak hangen..ekeke.Oit Mandot, seksi la ko masa tu..sebbaik lagi Santos ader kat situ..hehe
Nampak tak tu pelamin angan ku musnah dari kejauhan..hehe
Mencikk..haku ingat ader la nasik putih ngan ikan bakau ke?
Betul la Mandot neh perli haku..aku kan dah ader telor,dia kasik lagi telor watpe?..pastu siap ader EXTRA sebijik..mencikk!!
Off Jalan Ampang
28 July 2007
Saturday
2130hrs
Sama Cantik Sama Padan..Tahniah buat korang berdua memang secocok.Aku doakan agar korang bahgia sehingga ke anak cucu,cicit dan tak lupa juga konyet..ekekeTapi aku frust la sebab tak dapat nak amek gambo korang kat mahligai pelamin yang sungguh indah tu..Aku dok nuuun jauh terbelakang dekat sebelah tandas..Lagi pun montot aku cukup berat masa tu nak bangun sbb terlekat kat kosi..Segan weh..nak kena melintas depan orang ramai,lepas tu ada lak segerombolan forumer amnet dok rancak berborak dalam satu meja,lagi la aku fobia..segan weh..ekeke.So ini jela gambo yang aku dapat sebagai kenangan..tu pun masa tu penat aku dok gamit dak Mandot neh..wat taktau jek...dekat doploh menet aku berdiri depan dia nak snap gambo ni baru dia tersedar..mencikk
Mandot,ko ketaq ye pegang parang nak potong kek tu? hehe..Tak selesa plak aku nak amek gambo..aku rasa mcm ko nak baling je parang tu kat aku masa aku nak snap gambo tu..hehe..Aku nak hambek gambo ko potong kek,bukan nak makan kek tuu..sebbaik Santos tak hangen..ekeke.Oit Mandot, seksi la ko masa tu..sebbaik lagi Santos ader kat situ..hehe
Nampak tak tu pelamin angan ku musnah dari kejauhan..hehe
Mencikk..haku ingat ader la nasik putih ngan ikan bakau ke?
Betul la Mandot neh perli haku..aku kan dah ader telor,dia kasik lagi telor watpe?..pastu siap ader EXTRA sebijik..mencikk!!
Dating ngan Martenuk..
Mid Valley
25 July 2007
Wednesday
1630hrs
Aku singgah ke pejabat Marts dulu sebelum gi dating..Ni kapet dalam lif pejabat Marts.Aku terpaksa amek gambo dia separuh jer..pasal pada masa tu dia pakai singlet PAGODA je waktu kerja.Aku yang malu..
Hari tu kami berdating berdua..pergi Mid Valley..masa ni Marts dah tuka baju..Marts bercadang nak carik G-String ngan bedak sejuk katanya.Aku ngikut haje,lepas tu ambik lunch (pukul 4 petang) bersama sama kat Madam Kwan's Restaurant.Aku tanya kat Marts, HALAL ke tidak? selamba je dia kata halal,aku takde pon tengok ada sticker dari JAKIM tepek kat situ? pape ko tanggung dosa haku Marts..hehe
Tengok tuu..romantis tak? Ada gak lilin tapi saja aku tak amek gambo..Kami order air yang sama..Fresh Kentang dengan Cincau Lenyek.. Marts malu malu sampai dia lupa yang mana satu straw..selamba je dia kolom batang plastik pengacau tuh..mencikk
Ermmm..aku jarang gi Restoran memahal ni..aku tanya la Marts..ape mende dalam cawan kecit neh..Tau tak dia kata apa?..tu minyak pelincir!..huh mencarut je keje,bengong!
Marts makan Nasik BOJARI..sebab Marts memang suka makan nasik berlaukkan jari jemari ni..tapi hari tu jari dah habis,terpaksa la dia order leher ayam.Lepas tu kan dia mintak yang bukan bukan..dia mintak leher ayam yang lentik macam tuuu..mencikk!!
Hehe..aku makan Char Kuey Tiaw ni jer..malu seh..sebab Marts yang bayar..order la yang paling murah sekalik..last last aku yang tak habis..sebab aku baru lepas makan nasik padang Sogo..tapi..aku sempat tapau CKT tu dan biler sampai kat rumah aku berebut pulak anak beranak makan..hahaha..tak senunuh kan? Sedap siott..
Lepas makan kami ronda ronda sambil berpegangan tangan..ekeke..sebab aku mesti kena pegang tangan Marts..pasal Marts pantang tengok maknusia pakai langsir..habis dia nak selak..muahaha..lepas tu ada jumpa klinik kecantikan..Marts ni sebok nak pi tengok dan masuk dalam tempat maknusia pakai langsir tengah bebaring..Sebaik sempat aku insap kan dia..Lepas tu kami terjumpa gamba USTAZ..macam yang dalam poster yang kat atas ni..Wah! ustaz dah jadik model jenama RENOMA ye? wakakaka..ampun Stad..ni semua idea Marts..cabottt..
25 July 2007
Wednesday
1630hrs
Aku singgah ke pejabat Marts dulu sebelum gi dating..Ni kapet dalam lif pejabat Marts.Aku terpaksa amek gambo dia separuh jer..pasal pada masa tu dia pakai singlet PAGODA je waktu kerja.Aku yang malu..
Hari tu kami berdating berdua..pergi Mid Valley..masa ni Marts dah tuka baju..Marts bercadang nak carik G-String ngan bedak sejuk katanya.Aku ngikut haje,lepas tu ambik lunch (pukul 4 petang) bersama sama kat Madam Kwan's Restaurant.Aku tanya kat Marts, HALAL ke tidak? selamba je dia kata halal,aku takde pon tengok ada sticker dari JAKIM tepek kat situ? pape ko tanggung dosa haku Marts..heheTengok tuu..romantis tak? Ada gak lilin tapi saja aku tak amek gambo..Kami order air yang sama..Fresh Kentang dengan Cincau Lenyek.. Marts malu malu sampai dia lupa yang mana satu straw..selamba je dia kolom batang plastik pengacau tuh..mencikk
Ermmm..aku jarang gi Restoran memahal ni..aku tanya la Marts..ape mende dalam cawan kecit neh..Tau tak dia kata apa?..tu minyak pelincir!..huh mencarut je keje,bengong!
Marts makan Nasik BOJARI..sebab Marts memang suka makan nasik berlaukkan jari jemari ni..tapi hari tu jari dah habis,terpaksa la dia order leher ayam.Lepas tu kan dia mintak yang bukan bukan..dia mintak leher ayam yang lentik macam tuuu..mencikk!!
Hehe..aku makan Char Kuey Tiaw ni jer..malu seh..sebab Marts yang bayar..order la yang paling murah sekalik..last last aku yang tak habis..sebab aku baru lepas makan nasik padang Sogo..tapi..aku sempat tapau CKT tu dan biler sampai kat rumah aku berebut pulak anak beranak makan..hahaha..tak senunuh kan? Sedap siott..
Lepas makan kami ronda ronda sambil berpegangan tangan..ekeke..sebab aku mesti kena pegang tangan Marts..pasal Marts pantang tengok maknusia pakai langsir..habis dia nak selak..muahaha..lepas tu ada jumpa klinik kecantikan..Marts ni sebok nak pi tengok dan masuk dalam tempat maknusia pakai langsir tengah bebaring..Sebaik sempat aku insap kan dia..Lepas tu kami terjumpa gamba USTAZ..macam yang dalam poster yang kat atas ni..Wah! ustaz dah jadik model jenama RENOMA ye? wakakaka..ampun Stad..ni semua idea Marts..cabottt..Thursday, July 26, 2007
Rendang Lobster..
Seumur idop tak pernah lagi aku dapat menjamah udang gergasi ni,aku nak gak la cuba try makan,tak kira la masak steam,masak lomak ciliapi,masak kari mahupun masak asam pedas.Aku dengar hidangan cemi kebiasaannya boleh di dapati kat hotel bertarap 7 atau 10 bintang sahaja.Entah berapa hengget la sekor udang ni termasuk dengan charge masak sekali agaknya? Kawan aku cerita yang dia pernah makan lobster ni,itupon sebab sekali tu ada sorang anak dara tua kaya raya (pangkat makcik kat dia) yang sudah syok kat kawan aku ni siap sewa kan limosin pergi makan kat Hotel Istana.Kawan aku tu bukan ensem sangat pon,entah apa yang istimewa kat kawan aku tu taktau la..mungkin pasal saiz derang sama agaknya,tu yang saling terpesona kot? hehe..kawan aku ni pulak jenis orang yang boleh di bawa ke majlis makan (lebih kurang macam GabanZ kot?) ampon BanZ..sambung lagik..apa yang kawan aku ni mintak semua dapat..so dia mintak la makan lobster..huh mencikk!!Apa kaitan lobster ni terhadap aku pulak? Ok cemni ceritanya..aku rasa hajat aku untuk merasai nikmat meratah lobster ni mungkin tercapai kot menjelang Aidilfitri yang akan tiba 2 bulan stengah lagi..Di sebabkan majlis makan makan yang terdahulu telah di perhidangkan segala yang lazat2 tanpa aku dapat menghadiri apalagi menjamahi..(betul ke perkataan tu?) So sebagai balasan ataupun hukuman aku mendapat bonus pilihan hidangan yang aku impikan..YES! aku mahu lobster sebagai ganti rugi..Tapi aku pelik laaa...aku di janjikan dengan rendang lobster..rendang lobster??? ada ke?? Tak kesah la ade ke tidak..tapi janji musti harus di di kotakan..kalau tidak...kalau tidakkkkkk...takde ape ape..hehe..
Tetapi harus di ingat!gambar yang tertera tu 2 ekor lobster tauuu..bukan seekor,bukan setengah! Sebab aku datang bukan seorang,bukan setengah,aku datang nanti setengah dozen!
Monday, July 23, 2007
Kampung Angkat...
19.07.07
Thursday
1630hrs
Batu Arang,Selangor
Entry tertunda juga.
Selepas abah pencen,dia membuat keputusan untuk membeli sebidang tanah dekat Batu Arang,Selangor.Kepada sesiapa yang pernah pergi ke Batang Berjuntai atau ke ingin ke Pulau Pangkor melalui jalan dalam pasti akan bertemu dengan simpang masuk ke pekan kecil yang dahulunya tempat menyimpan peluru Angkatan Tentera Malaysia.Sudah 13 tahun di sana,pokok durian ini menjadi saksi,aku dengan abah yang menyiram dan menyemainya dengan penuh harapan ianya akan berbuah mesra.Nampak tak tu 3 bijik? selama 13 tahun aku menanti..Akhirnya..bilakan gugur? Entah ler..kalau ada rezeki dapat la aku merasa...jika tidak,sesiapa pon jua, tak menjadi masalah bagiku..Tapi aku puas..
Ermm...ada 4 kesemuanya pokok rambutan sekeliling rumah kecil yang didirikan abah dan rakan..Yang ini memang lebat buahnya..merah menyala nyala..sampai Marts yang makan terasa panas badan dan terkucil kucil beberapa kali ke jamban..hehehe,padan muka..orang makan rambutan sebijik dua je dalam masa seploh menet..yang ko gi tibai sekali satu beg plastic dalam masa doploh menet sapa suruh?Aku dengar Totoro pon berak berak juga kan? Tak senonoh ko Marts..menyeksa benatang..
Nampak tak tangan aku tu..putih gebu dan mulus kan? Takdelah saja je aku nak kasik nampak tangan..aku jengketkan kaki jer..sebab buah meluruh sampai ke tanah..hehe.Yang ini stok kaler kunen punya..manis dan mengkal..tu Yang Marts suka dia kata..hehe
Siap aku bawak bulldozer..punya la ramai rambutan ni sekali berbuah..produktif sungguh laa pokok neh..aku rasa abah aku tabur serbuk UNDERGROUND ke hape kat benih dia..hehe
Haa..tu dia lagik..saja nak eksen kat Ustaz,pasal kat rumah dia takdek pokok rambutan,pokok cengal ada la kat depan rumah dia,tapi tak berbuah..monyet dan langsuir je bertenggek..kira buah jugak tu kan Stad? hehehe
Huh! aku penat penat dok panjat dan petik,sekali Manda lepaskan Ong Ong dia kat sini..perghh dia punya makan,tak hengat dunia,habis kulit rambutan tu dia selak selak dengan rakus..hehe
Cempedakkk..suka bau cempedak? tengok tu....lebat tu tu cempedak berbuah,tergantung kat sisi batang dia..Nak kasik pantun sket..Buah cempedak atas batang..kalau nak ,mai la datang..ehehe
Ni dah jadik sejarah dah...semuanya dah masuk dalam perot aku anak beranak..goreng pon sodap!

Saturday, July 21, 2007
Dinner@Syed.PJ
Tuesday 17.07.07
2030hrs
Ni kira entry tertunda la ye.
Sempat keluar makan bersama Marts dan Uncle juga dengan kehadiran si kecik Danish.Saja je aku bawak Danish ni sebagai taktik untuk dapat balik secepat mungkin.Tau je la kalau dah berjumpa dan berborak dengan 2 orang sewel ni, memang masa tu berlalu mcm tu saja.Ada saja cerita lawak yang muncul dengan sepontan.Kira sakit jugak la pipi dan rahang dok gelakkan orang bujang kita ni..sampai Danish tu dia nak cekik..Oit!tanak kena dera mentally..sila kawen cecepat!
Malam tu Marts makan nasik bukhara ayam.Marts ni aku tengok kuat betul makan,Sana sini mesti dia mintak makan,patut la perut dah semakin boncit sekarang.Lepas tu kuat tido,camne nak ngorat anak dara orang ni? Tu yang asik takdak masa je? Tapi nasib baik aku dapat pujuk dia makan lauk ayam,ade ke nak mintak nasik bukhara dengan rendang cacing? Huh apa saja la ko ni Marts?
Kawasan telinga terpaksa di tutup,sebab ankel pakai subang beso..hehehe
Mencikk arr Uncle ni? Sambil sembang, sakan dengan PDA dia tuh..ramai betul awek esemes tak renti renti masa tu, jeles plak aku yang takdek awek ni..hehehe.Ke auntie yang esemes dok mengekori Uncle 24 jam?Ala Uncle apa barang dok esemes? nak tengok tak jantung maknusia jatuh atas lantai,pastu dia kutip balik?Apa lagi, serbu ah dia..Ada berani?
Uncle ni sengaja je mintak nasik bukhara lauk kamben.Lepas habis makan kan,dia pergi dekat cashier then tetiba dia mengembek banyak banyak kali,cashier tu memula tak paham,terpaksa aku dan Martenuk jelaskan kepada cashier yang Uncle nak mintak tisu..
By the way, aku dapat balik cepat malam tu meninggalkan mereka berdua dengan memberi alasan Danish perlu meminum susu tepat jam 11 malam..hehe
2030hrs
Ni kira entry tertunda la ye.
Sempat keluar makan bersama Marts dan Uncle juga dengan kehadiran si kecik Danish.Saja je aku bawak Danish ni sebagai taktik untuk dapat balik secepat mungkin.Tau je la kalau dah berjumpa dan berborak dengan 2 orang sewel ni, memang masa tu berlalu mcm tu saja.Ada saja cerita lawak yang muncul dengan sepontan.Kira sakit jugak la pipi dan rahang dok gelakkan orang bujang kita ni..sampai Danish tu dia nak cekik..Oit!tanak kena dera mentally..sila kawen cecepat!
Malam tu Marts makan nasik bukhara ayam.Marts ni aku tengok kuat betul makan,Sana sini mesti dia mintak makan,patut la perut dah semakin boncit sekarang.Lepas tu kuat tido,camne nak ngorat anak dara orang ni? Tu yang asik takdak masa je? Tapi nasib baik aku dapat pujuk dia makan lauk ayam,ade ke nak mintak nasik bukhara dengan rendang cacing? Huh apa saja la ko ni Marts?
Kawasan telinga terpaksa di tutup,sebab ankel pakai subang beso..heheheMencikk arr Uncle ni? Sambil sembang, sakan dengan PDA dia tuh..ramai betul awek esemes tak renti renti masa tu, jeles plak aku yang takdek awek ni..hehehe.Ke auntie yang esemes dok mengekori Uncle 24 jam?Ala Uncle apa barang dok esemes? nak tengok tak jantung maknusia jatuh atas lantai,pastu dia kutip balik?Apa lagi, serbu ah dia..Ada berani?
Uncle ni sengaja je mintak nasik bukhara lauk kamben.Lepas habis makan kan,dia pergi dekat cashier then tetiba dia mengembek banyak banyak kali,cashier tu memula tak paham,terpaksa aku dan Martenuk jelaskan kepada cashier yang Uncle nak mintak tisu..By the way, aku dapat balik cepat malam tu meninggalkan mereka berdua dengan memberi alasan Danish perlu meminum susu tepat jam 11 malam..hehe
Tuesday, July 17, 2007
Kampungku..tanah tumpahnya darahku..
Alhamdulillah.Ahmed Danish adalah WARIS untuk aku menyambung salasilah generasi yang akan datang sampai bila bila..tetapi sebagai warga Negeri Sembilan hak kepentingan sebagai seorang lelaki di dalam bab HARTA amat sedikit atau lebih tepat jika aku katakan tiada langsung.So harta aku hanyalah Danish ni sebagai waris dan dua orang kakak dia sebagai WARISAN.Gambar ni aku ambik seketika dlm perjalanan pulang ke kampung asal kelahiranku iaitu di No 26 B,Kg.Kuala Jempul,Bahau.72100 Negeri Sembilan.Aku pula adalah dari generasi ke 4 nenek moyang aku yang tiba dari Minangkabau,Sumatera.Indonesia seabad yang lalu.
Aku sempat singgah kat pekan Kuala Pilah untuk membeli gula enau ni atau orang Negeri Sembilan memanggilnya sebagai gulo onau.Gula ni memang famous giler kat sini atau dekat pekan Juasseh tempat tanah kelahiran kartunis Ujang.Gula ni memang la satu kemestian barang yang aku patut beli apabila balik ke kampung.Mak aku mesti nak kirim kalau tau aku ke arah sana kerana mak aku masih lagi sakan membuat pelbagai kuih tradisional dengan berintikan gula enau ni ataupon membuat kueh talam dan sebagainya.Originaliti pembuatan dan rasanya tak ada tandingan di tempat lain.
Tak sah kalau singgah Juasseh tak pekena rojak kat Ali Kutty.Sedari kecil aku sehingga dewasa dah beranak pinak (bukan mcm pacat) aku tak pernah jemu.Sedap beb rojak ni,di tambah dengan mee..Yummy!Dulu dulu abah aku yang bawa ke sini singgah setiap kali balik kampung.Sekarang aku pula bawa isteri dan anak anak menikmati rojak yang sama.Sehingga kini pon abah dan mak aku yang balik kampung berdua masih lagi singgah.Kekadang sengaja je esemes kat aku yang dia dok sedang makan rojak kat Ali Kutty berdua.Mencikk!
Inilah dia gambaran dari main road,simpang nak masuk ke dalam kampung.Mencikk!Nostalgia nak mampos la permandangan ni..Nampak tak lorong tu..sebelah kiri ni dulu ader deretan kedai terdiri dari kedai kopi,kedai beskal dan kedai menjual ikan dan sayur.Main road ni kalau dari pandangan sini ke kiri nak pi ke pekan Bahau dan ke kanan arah ke Juasseh,Batu Kikir,Kuala Pilah dan seterusnya Seremban dan KL.Ewah details la pulakss..mesti Ajipp jeles.
Ni lah dia tanah dan rumah waris peninggalan dari zaman dulu dan juga rumah di mana aku lahir ke dunia ini,kat sini lah tempat aku beranak.Masa dulu dulu payah sikit,beranak pakai bidan ajer.Bidan yang menyambut aku tu pon dah lama meninggal.Rumah ni adalah harta mak aku sebagai harta pewaris peninggalan.Tapi emak aku tak duduk sini sejak mengikut abah aku bekerja kat KL sejak 40 tahun yang lalu.Rumah ni hanya tempat persinggahan apabila tiba hari raya atau majlis kenduri kendara dan Uwan aku sorang sorang je duduk kat sini sehingga sekarang.Uwan aku dulu anak beranak mengerjakan sawah padi sebagai hasil pendapatan sebagai orang kampung.Sawah terletak di belakang rumah ni dan juga terdapat sungai di mana aku mandi,mencari udang dan memancing..perghh best ooo.!!
Hah,pandangan dari sisi.kalau nak tau sebelah kanan ni dulu ada perkakas lama mengemping padi,ala ala kuda tu..Pijak pakai kaki,sekarang benda tu dah takde,ntah mana ntah pergi nya,lupa aku nak bertanya pada emak aku.(Mengemping tu ialah proses memisahkan padi menjadi beras).Dan juga terdapat pundung menyimpan padi.Pundung maksudnya lebih kurang mcm rumah kecik.Senibina rumah ni takde sangat nampak Minagkabaunye lagi kan? Rumah ini masih berkeadaan asal dan ada sedikit touch up supaya ianya tidak lapuk dek panas tak lekang dek hujan.hehe.Rumah ni juga sudah di renovate sikit demi sedikit,dari tingkap daun dah tukar ke cermin kaca,tangga kayu juga dah di tukar ke tangga batu.Abah aku yang menten rumah ni dari masa ke semasa.
Tengok tuuu..masih dengan dapor masak dengan kayu sebagai bahan api.Ni lah dia yang di panggil dapor kayu tu.Klasik kan?
Tengok la hasilnya tu..Enaknya bukan kepalang apabila masak lemak cili api dengan dapor kayu.Kelapa,belimbing dan cili petik sendiri dan segalanya segar.Tu gulai ikan sembilang dengan belimbing kecik tuu.Kena dengan nasik putih panas panas..Errmm..kecur liur la pulakk..
Ni belakang rumah...hujung sekali tu leh sampai ke sawah dan seterusnya akan jumpa sungai ,iaitu Sungai Muar.Ni lebih kurang kebun buah buahan.Pokok tu terdiri dari durian,rambutan,manggis dan banyak lagi.Aku ambik gambar ni kerana permandangannya sungguh nostalgia bagi aku.Bermacam macam peristiwa berlaku kat sini semasa aku kecil kecil dulu.Maksud aku kenangan sewaktu balik ke kampung.Yang paling aku tak boleh lupa,kat hujung tu ade sebuah perigi.Perigi tu dah jadi perigi buta dah sekarang.Aku belajar AZAN dekat dekat situ.Uwan aku yang suruh.Aku kutip durian kat sini,panjat pokok manggis dan mcm2 lagi apabila tiba musimya..Sekarang semuanya tinggal kenangan kerana aku dah lama juga tak balik kampung semenjak bekerja dan sekarang ni pula sudah berkahwin dengan Anne yang berasal dari pekan Kota daerah Rembau berdekatan Tampin.Selalu ke arah sana je la nampaknya.Mak Abah aku pula sudah membeli tanah dekat Batu Arang ,Selangor dan tinggal di situ sejak 13 tahun yang lalu.tetapi walaupun aku ke Tampin,apabila raya aku akan balik juga melawat Uwan dan sedara mara aku di kampung.
Generasi ke 2 dan generasi ke 5 bertemu,bebual dan bertukar pendapat tentang dunia Sains dan Teknologi masakini.ekeke.Ini UWAN aku.Uwan dalam bahasa lain sama juga dengan nenek.Tetapi situasi dalam gambar ni sekarang adalah antara seorang Onyang dan cicitnya.Onyang tu bermaksud panggilan untuk Moyang.Uwan aku ni umurnya sekarang 86 tahun masih segak,kuat dan laju berjalan.Dia akan bergerak ke masjid lebih kurang setengah kilometer dari rumah ni setiap kali masuk waktu solat.Sebab tu dia sihat ajer.Pendengaran dan penglihatan masih lagi tajam.Dulu dulu aku belajar mengaji dengan Uwan.Aku belajar sembahyang dan mengaji dari uwan,dan Alhamdulillah aku boleh membaca Al Quran sekarang semuanya hasil dari didikan intensive dari Uwan aku dulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)