PATUHI RAMBU RAMBU JALAN MENUJU KE SYURGA AL JANNAH.*klik gambar untuk kesan lebih jelas,Sila gunakan KANTA bagi mereka yang berumur 26 tahun ke atas.
.jpg)
.jpg)
"..Uncle, Danish nak ucapkan Terima Kasih banyak banyak kerana uncle belikan hadiah untuk Danish sempena harijadi Danish yang ke 3.Abah Danish pon tak belikan Danish hadiah besar macam ni,dia belanja Danish cendol je hari tu..mencikk kan? Lepas tu kan..Abah Danish tolong bukakkan hadiah ni,lepas tu..dia bukak sampai sini je..dia tak kasik bukak lagi dah..Abah Danish suruh tengok dari luar jer..Lepas tu kan..dia suruh Danish pergi tido tapi Danish nampak Abah Danish main kete remote control ni sensorang dalam bilik,Abah Danish kata Danish main anak patung jer..mana buleh main kete ni..kete ni untuk orang besar jek..huwaaaaaaa!!.."
Inilah dia kedai makan yang Mandot kata nak pergi tu tak jadik,last last Mandot melencong makan kat gerai..wakakaka (aku nampak adengan tu) mcmmana aku boleh tau dan nampak? Alkisah..suatu petang tu Mandot esemes kat aku dengan bangganya dia sedang berada kat Pizza berdekatan dengan kediaman aku (tempat terpaksa dirahsiakan) macam biasa dia mestilah dengan sayang dia dak Santos tu kan..aku pon berbalas esemes ngan dia..hehe dia tak taw aku juga sedang melantak bersama family aku dekat gerai berhampiran..Tup Tup selesai aku makan..aku terpandang kelibat pasangan sinonim atau lebih tepat pasangan secocok (Marts kau jgn nak ingat lain) baru aje sampai dan duduk sambil Mandot macam biasa mengontrol ayu..eh eh macam kenal je tu?? Eh tu Santos tu la..eh eh tu Mandot tu..eh pulak? tadi kata ada kat Pizza? hehe KANTOI..pehtu aku esemes dia balik..oit boleh order Pizza dari gerai tu ke? wakakakaka..ampun Mandot..aku berani ceritakan ini semula sebab ko takde kat Malaysia kan..hehe oit aku nak kirim suar jeans pendek buleh tak? ekeke.jpg)
.jpg)
Malam semalam aku pergi ke Pizza Hut yang Mandot Kepek 'overlook' tuh..hehe.First time aku tak makan pizza kat situ,ngengada pi order spaghetti pulak..ok je la rasanya..tapikan nampak tak 2 ketul kepak ayam kat atas ni,pon ngengada jugak pi order kekonon nak kasik spaghetti berlaukkan ayam laa..ceittt! ayam tu kan rasa macam ayam tu baru je keluar dari telor ayam,ada la sikit sikit ayam tu rasa macam minyak gas..huh! bluwekkk
Ahad :- 24 Jun 2007
Ni juga first time participate acara sukan untuk bebudak tadika sebab masa Nisa' tadika dulu kami tak serta sebab masa tu kan tangan dia patah.
Punya la aku terkejut rupanya Nadhirah ni berpotensi jugak bersukan (sama macam bapak dia) banyak tu acara dia masuk! Ape ape je lah Nadhirah oii..janji kamu bahagia.Ini adalah salah satu acara yang dia sertai,lari sambil ikat kaki,mencikk partner lelaki pulak,polok polok plak tuh..huh! ekeke
Lepas satu satu acara peserta berehat sambil tarik napas dan bertenang..di antara peserta pesertanya sedang menanti giliran..
Eleh setakat kalau lari berganti ganti duduk atas belon aku pon boleh..hehe
On your Marts, get set.......tengok tu..Nadhirah fokus habiss..yang lain berangan..ekeke
Goooooooo....iyah..iyah..iyah..eh? ape pesen Nadhirah ni berlari? macam bejoget jek..ekeke Wah tengok tu..jauh dia tinggalkan peserta lain tuu..hehe leh jadik mcm Watson Nyambek nanti yek?
Ermmm..tak sah kalau acara budak budak kalau takdek CLOWN jemputan..kalau nak tau clown tu aku yang rekomen,di import khas dari Kota Baru,Kelantan.
Menanti acara penyampaian hadiah..
Satu pix je la aku tepek Nadhirah sedang amek hadiah ni..banyak sangat dapat..hehe
Hehehe..kami dari keluarga sporting taw.Tengok tu..aku dan Anne masuk parent's game.Tak payah produce pix kita main game ape la kat sini kan..sendiri mau ingat la..kan dapat hadiah menang 2nd place tuuu..seronok nyeee...jpg)
Dapat hadiah dalam kotak tu lagi..Tahniah! Bangga kat anak abah sorang yang pendiam dan panas baran neh..ekeke.
Saturday 23 Jun 2007 (petang sekitar jam 5/lokasi dirahsiakan)
Errr..Tiba tiba dalam hati aku penuh dengan rasa mencikk tatkala ekor mata aku tepat merenung kelibat ejaan yang tertulis kat sebijik kek coklat yang cukup enak kalu di baham.Bila ku tanya kepada empunya kek ni,huh sepatah haram tak menjawap.Aku pasrah kerana aku taw dia sedang berperang dengan perasaan sendiri..(aku tergelak dlm hati masa tu)
Kek ni aku beli sebab Nisa' yang sibuk nak..Pantang tengok Barbie kat mana mana mesti dia nak,aku ingat kalau Lintah ade cop Barbie pon dia nak..tapi ni Cokelat Butter kek laa..
Sedang dalam proses membaham kek anak beranak.sedap yang tang cokelat tuh..jpg)
Saturday:-23 Jun 2007 (Lunch Time)
Robot Spiderman yang kelihatan tu adalah salah satu cara untuk membuat budak2 tidak mengganggu gugat ketenangan aku dan Anne menikmati hidangan seafood binatang binatang pilihan yang ada,tapi satu je yang aku terkejut! rupanya ada satu bilik khas untuk para peminat binatang eksotik,patut le maMarts sorang tu mundar mandir ke bilik itu biler aku dan Anne dalam keadaan ghalit menikmati hidangan,alih alih benda tu dah lesap ke dalam mulut dia,patut la tekocoh kocoh dia masak.hehe
Kali ni kami dok tepi tepi aje..ini pun cadangan maMarts tu,siang siang dia bgtau yang lam poket dia dah siap dah plastic itam,konon nanti leh songlap udang,sotong dan yang hok eksotik tuh,tapi aku nasihatkan dia baik baik,tak elok wat macam tu,Tuhan marah..ekeke
Danish!! penat aku dok Danish Danish Danish,sambil maknan masok lam molot..hehe tak jadi Spiderman tak sah kamu ye? Kali ini Nisa' tidak mengantuk lagi, dia mengambil inisiatif sendiri untuk memasak sama,tapi dia tak tenang jugak memasak sebab Danish ajak dia main panjat panjat..Nadhirah pulak tak kelihatan sebab dia dah kena beri amaran supaya jangan muntah!
Danish suka Spiderman...Cicak,Lintah,Pacat dan Lipas pon dia kata Spiderman jugak..Ni hadiah kek Spiderman untuk Danish yang aku beli khas dekat Yahoo.Com
Selamat ulangtahun ke 3 hari ini..dah besar dah JUNIOR abah ni..nanti malam abah balik abah bawakkan hadiah ye..Kang petang ibu balik mesti ibu bawak hadiah dan kek untuk Danish..sian anak abah selebret kat Nursery jer ngan bibik dan kawan kawan Danish..biasalah..ibu dan abah bekerja carik duit nak beli susu Danish kan? Danish nakal nakal la lagi ye kat rumah,panjat meja panjat lemari pastu tegolek kat lantai malam semalam, benjol tang paler tu..tapi abah puji kalau kat luar rumah Danish behave kan? Danish tak usik barang orang,tak panjat panjat..baguih..mcm abah kecik kecik dulu..ekeke
Ini adalah hasil kerastangan Nadhirah sempena HARI BAPA. S tu Superman kot? Superman ke aku?
Tu dia..Spiderman tompang sekaki selebret hari bapa...jpg)
Sebelum mengadap teacher,kena semak dulu hasil kertas peperiksaan..saspen je tengok muka Nadhirah tu..
Kena mengadap sekali 3 orang cikgu Nadhirah..yang tengah2 tu pengetua dan yang lagi 2 orang tu cikgu kelas dan cikgu Qira'ati..Wah bagus jugak Tadika ni,subjek yang di ajar mengalahkan budak darjah Satu,tu yang Nadhirah manjang tensen je biler balik sekolah..Apa pon Alhamdulillah..hehehe semua pon dia dapat A, markah 90% ke atas..ekeke aku bayangkan Nadhirah mesti fail semua sabjek..tepaksa belanja Kentaki.
Nisa' gabra sedang menunggu giliran dia.
Silakan tengok..kata cikgu Normah..Nisa' ni seorang murid yang....bla..bla..bla..
Nisa' kena tingkatkan usaha lagi..
Yang ni ambik guna kamera enpon,so kaler siput tu jadik mcm putih,ialah pakai kamera 1.3 Megapixels jek.
Pix yang ini seminggu sebelum aku mai beli katil ni Ahad lepas, masa usha usha nak beli..
Inilah katil yang aku nak beli..cuba perati betul betul jenis apakah katil tersebut? katil kelamin ke,katil kayu ke katil besi ke katil hapa?? hah? jawap..jawap!! Mencikk ada orang dah salah sangka bile aku kata nak beli katil,macam macam spekulasi yang depa buat..kata aku ganas la,aku jatuh katil la,katil patah la,katil roboh lah..
Aku tak pernah beli perabot kat sini,Inilah kali pertama,kena la cuba,mencikk lagi..kena ikut banyak sangat procedure..satu satu kena buat sendiri,apa depa takdak staff ke nak entertain kita? Tapi baguih gak at least ada la experience shopping kat sini.
Lepas isik borang dalam shopping list tu (aku tak cilok pensel dia taw) kena pulak pergi kat bahagian bawah store menyimpan perabot2 dan barang2 besar sebelum check outs tu..
Dalam shopping list tu kita kena write-downkan item nombor dan melalui nombor tu kita akan dapat cari kat mana lokasi barang yang kita pilih tu duk terletak..
Lepas di kenal pasti,angkat la sendiri dan letakkan dia atas trolly,tadak sapa nak tolong..
Lepas bayar kat kaunter pergi pulak kat bahagian Home Delivery pasal kete aku tak muat nak letak perabot sepanjang ini.Charge rm65 di kenakan walaupun rumah aku dekat je kerana charge delivery tetap sama seluruh kawasan Lembah Kelang.Oleh kerana aku malas nak pening kepala pasang sendiri katil tu,aku turut bayar charge untuk IKEA pasangkan dengan harga 24.75 sen iaitu 5% dari harga barang.
Kebiasaannya selepas 3 hari IKEA akan hantar,tetapi kerana mungkin rumah aku dekat ajer,depa hantar pada hari yang sama,lepas aku order,selepas tu aku tak boleh nak buat aktiviti lain,terpaksa tunggu depa datang dari tengahari sehingga jam 8 malam.mencikk tergendala program aku yang lain.
2 orang di perlukan untuk memasang, dan dengan tools yang mencukupi,tak susah..Bermula dengan tapak..
Depa berdua ni memang dah mahir kot..sekejap je dah siap satu bahagian..
Bahagian kedua pula dalam proses..
Dah siap..
Dah siap dah kedua dua katil..Kedua dua nya di cantumkan..
Penyediaan untuk membuat tangga mini..
Dah siap pasang tangga..
hehehe..sempat pulak posing lepas dah lengkap siap..gelap pulak gambar ni kan..eh eh patut ler..macha rupanya..hensem gak macha neh..hensem sikit dari Martenuk.
Tadaa...tau la siapa dulu yang aku berkubang kat bahaian atas..tau naik,tapi tak tau nak turun..mencikk asik je dok kat atas tu 24 jam..