Friday, March 16, 2007

Kimi Raikkonen

Aku memang peminat Grand Prix Formula 1, dan Team yang menjadi kegemaran aku sudah tentu Ferrari la,tahun ini kelibat Michael Schumacher sudah tiada lagi memanaskan litar, tetapi aku tidak akan rasa kehilangan itu,kerana pengganti dia yang betul betul hebat dan setanding dari kacamata aku sudah sedia ada,aku sememangnya amat mengagumi Kimi sejak dia di dalam Team McLaren lagi, cuma aku rasa jentera McLaren ketika itu agak kurang mantap dan kelibat Kimi agak tenggelam.Bakat,skill,kelajuannya memikat pemilik Ferrari untuk memancing Kimi bagi Grand Prix musim 2007 kali ini. Sekarang aku sudah tidak sabar sabar lagi nak tengok Raikkonen memecut laju dengan jentera merah Ferrari ini..gandingan Raikkonen kali ini adalah pelumba dari Brazil Felippe Massa,harap Ferrari boleh memberi saingan kepada juara dunia 2 kali berturut turut iaitu Fernando Alonso yang bersama McLaren tahun ini.F1 Grand Prix akan bermula 18 March ini di Albert Park,Australia,di ikuti Petronas F1 Grand Prix pada 6,7 & 8 April depan.Sapa yang ada dapat tiket pree tu sedekah la kat aku..wakakaka

No comments: