Friday, March 16, 2007

Kimi Raikkonen

Aku memang peminat Grand Prix Formula 1, dan Team yang menjadi kegemaran aku sudah tentu Ferrari la,tahun ini kelibat Michael Schumacher sudah tiada lagi memanaskan litar, tetapi aku tidak akan rasa kehilangan itu,kerana pengganti dia yang betul betul hebat dan setanding dari kacamata aku sudah sedia ada,aku sememangnya amat mengagumi Kimi sejak dia di dalam Team McLaren lagi, cuma aku rasa jentera McLaren ketika itu agak kurang mantap dan kelibat Kimi agak tenggelam.Bakat,skill,kelajuannya memikat pemilik Ferrari untuk memancing Kimi bagi Grand Prix musim 2007 kali ini. Sekarang aku sudah tidak sabar sabar lagi nak tengok Raikkonen memecut laju dengan jentera merah Ferrari ini..gandingan Raikkonen kali ini adalah pelumba dari Brazil Felippe Massa,harap Ferrari boleh memberi saingan kepada juara dunia 2 kali berturut turut iaitu Fernando Alonso yang bersama McLaren tahun ini.F1 Grand Prix akan bermula 18 March ini di Albert Park,Australia,di ikuti Petronas F1 Grand Prix pada 6,7 & 8 April depan.Sapa yang ada dapat tiket pree tu sedekah la kat aku..wakakaka

Tuesday, March 13, 2007

Hepi besday ke 14..


Aku ucapkan kepada insan yang bisa ku panggil abang,saudara,sahabat,rakan atau kawan yang teristimewa di alam cyber iaitu Ustaz Funky..semoga ulangtahun kelahiran ini amat bermakna dan membawa keceriaan kepada Stad senantiasa.Stad yang ku kenali sejak 2003 adalah seorang yang baik hati,pemurah,happy go lucky,ceria,terrer bab IT dan yang paling penting sangat hensem macam gajah..wakaka

Sunday, March 11, 2007

Al Fatihah

Takziah buat Stad dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta pada pagi Sabtu tanggal 10hb March 2007. Kami mendoakan agar Rohnya di tempatkan di kalangan orang orang beriman dan soleh.Amin.

Thursday, March 08, 2007

Khas buat Ajipp..

Setakat KFC tu haku pandang sebelah mata je skrang dah..ORI ke tak ori,Spicy ke tidak..aku dah tak layan sangat..tak sedap mana pon...apa barang makan ayam seketol dua? keja kontrek wat bangunan kena NGAP sekor..wakakaka...jipp,cuba try yang ini..ala yang tertongok tuuu..haaa..baru la karan..khas aku panggang untuk ko..tapi tak taruk cili kehape benda..semata mata taruk kunyit jek ngan serbuk bawang..sori la..terentung pulak..sebok layan danish makan PIZZA..wakaka..haaa..jipp..makan lah..makannn..ekekeke

Cicak Man II

A pillion rider of a stolen motorcyles is injured when he jumped from a 15-feet-high flyover in an attempt to escape the police..

THE MALAY MAIL

Wednesday, March 07, 2007

It's Nadhirah's 5th birthday..

4 setengah tahun berlalu peristiwa misteri yang membawa Nadhirah ke dewan bedah otak HKL, selepas di 'CT Scan' kepalanya di Sentosa Medical Centre,berita terdapat blood stains di luar kawasan otak Nadhirah ketika itu sungguh menyentap perasaan aku dan isteri..puncanya? masih lagi berlegar di fikiran ku hingga kini...Nadhirah ketika itu hanya berusia 4 bulan !!

Kini...ku lihat dia seperti kanak2 normal biasa,leka bermain,bergurau senda dengan kakak dan adiknya,berbaris di perhimpunan Tadika,Aku bagaikan tidak percaya peristiwa itu berlalu begitu saja,tetapi itulah Takdir Yang Maha Esa,azab sengsara yang di laluinya tidak langsung meninggalkan kesan melainkan parut di kepalanya yang berbekas tebukan pakar bedah Dr.Cheam,cuma sekarang ini aku perhatikan Nadhirah ni amat pendiam dan keras kepala tetapi bijak pula berkata kata..berlawanan dengan sikap kakaknya Nisa' yang periang dan sangat manja.
Kenapa takda Nadhirah di sisi keknya ini? begini ceritanya..semalam Teacher Aqilah called dan bagitau yang esok akan di adakan sambutan birthday Nadhirah di Tadikanya,jadi aku belilah kek ini petang semalam dan cepat2 sorokkan dalam peti ais tanpa pengetahuan Nadhirah dan terutamanya Nisa' dan boy Danish,kalau tidak alamat lenyaplah kek tuh masa tu jugak..percaya tak?

Hmm..kek ni pon kek simple ajer,kebetulan semalam takdak pulak pilihan yang cun melecun, rembat ajer yang ini..apa pon janji Nadhirah gembira esok di raikan rakan sekelas dan teachers dia,walaupun tanpa kehadiran kami.balik sekolah nanti kami belanja dia kepak ayam madu,dia suka tuu..Happy birthday Nadhirah..

Saturday, March 03, 2007

Online..

Biler la aku nak masukkan streamyx ni? baru la laju sikit biler online kat umah..Tapi biler aku pikir pikir balik..ah membazir ah..kat rumah pon biler ader mood je aku online..lagipon pengacau banyak kat dalam rumah tu..pantang je aku ON pc,mula la berbondong bondong 3 orang tu mai nak tau..ye..ye..kometer..kometer..jerit yang paling kecik..so aku akan online biler aku dok sengsorang jer la..tapi kalau ada Emergency tepaksa la aku bukak juga pc walaupun susah sikit nak bersenang senang dengan keybod..sorang dok kat atas pangku,sorang panjat meja dan sorang lagi wpun dah masuk tahun 1 mcm budak kecik merengek nak main komputer..last last aku yang kempunan..hehehe kejap je aku dah melalut..

Berbalik kepada pix,pasan tak bape kbps je speed tuh?laju kan? huh?kalu setakat nak donlod pape lagu ke movie ke,lupakan aje la..setakat nak masuk porum atau nak jengah Maybank2u tu buleh la..ala biasa la..nak check gaji dah masuk ke belum..hehehe..itu pon aku kengkadang kempunan nak masuk blog..nak tengok komen dan merapu kengkawan..huh kirim salam aje..lembab macam telor..Eh lupa lak,aku sebenarnya pakai dial-up jer..itupon dah lama gak ianya berbakti dengan aku pasal kat umah aku guna line tepon TM-Home prepaid,sebabnya aku tak pakai sangat tepon rumah,cuma ambik in-coming call ajer..buat apa bayar sewa rm26 sebulan kalu aku tak guna? hahaha terrer tak bajet haku?Aku laki bini dah pakai enpon,so save la bajet..ekeke..korang kalo nak buat cam aku pon boleh gak..so buat masa ni aku menten dulu la guna dial-up ni..ok gak pe?

Sebenarnya aku kat opis dah cukup mewah dengan internet server kelajuan tinggi selaju Supersonic (Katar jenles ni) aku buleh online biler biler masa dan kat situ lah aku habiskan masa donlod lagu,hapdet blog,masuk sana sini(jangan pikir lain ye) dan aku masih ingat ketika aku menyerahkan jiwa dan raga kepada forum amnet..sekarang ni saat itu hanya tinggal kenangan..aku sudah miliki KooL dan aku gembira si sini..

Baru baru ni TM_Home prepaid ni dah launch utk pengguna melanggan streamyx,tetapi lately aku dengar banyak pulak masalah dengan line ni..asyik problem ajer..so aku simpan la dulu angan angan tu,sementara aku kasik up-grade pc aku ke tahap Tenuk Jantan,siap ader coolent dan ekzos kat cpu tu..nanti laaa..ekeke..cadang nak up-grade Motherbod,Processer dan Rem je dulu,lepas tu cpu lama tu aku nak kasik kat Nisa buat dia belasah..tak leh share nanti hancus..wakaka.

Wah..aku dah pandai bercerita la..target tahun ini utk kurangkan gamba..ekekeke

* survey pengguna Internet di Asia dan seluruh dunia,
Biru - 64% Rest of the world
Hijau - 36% Asia

Thursday, March 01, 2007

Dinner @Lotus last nite..

Huh..mencik..kalau aku tau aku makan dulu kat opis..takde la aku tertunggu tunggu sambil kelaparan,dah la aku taruk simen kat kaki aku pastu janggut aku lak tumbuh 5sm lagik panjang..punya la lamaaa..tunggu dia mandi la,makan la,pastu leh sempat deting lagik tuh..(salah masuk simpang konon)huh !nasib aku baik dapat menikmati makan malam aku (rujuk pix) kerana sblom tu aku menempuh pengalaman boleh di katakan NGERi juga..aku rasa kalau naik kete dengan Kimi Raikkonen takde la mcm tu punya RAKUS kot kat jalanraya..lupakan pasal itu..lagi pulak..dah aku order makan tu 2 pinggan,last last aku makan semua sekali 2 pinggan tuh,(malu konon) apa nak malu? bedal aje la..sedang aku berhempas pulas makan yang lain pulak sibuk dok menganyam ketupat..PUAS? Ok takpe berbalik kepada pix..perasan tak? ada bendasing kat dlm pinggan tuh? Sedap tau tu..tak pelah kan..jauh datangnye tu,terus masuk pinggan,aku sebenarnya order yang lain..sotong kering dan kepek ikan kering..yang tak boleh di makan dia bagi aku..Terima kasih daun keladi,kalau ada nak lagi..

Lunch @Seksyen 8,PJ

Hari off yang lepas,aku tak buat apa kat rumah(bukan takde keje) saja je aku wayang tak nak buat kerja kerja rumah sehari tu..(sori Yang,i need my own time to rewang) ekeke..Aku pegi la lepak kat tmpt kawan aku (Ketua Unit cawangan penduduk Petaling Jaya).Kat situ pelbagai kemudahan yang menjadi kesukaan aku ada..yang Utamanya adalah INTERNET,lepas tu pree pulak..memang la aku suka kan..sempat la aku belayar ke seluruh dunia sambil puas aku mengejas mulut/bibir aku yang kejap kejap terjuih,bengot dan tersimpul simpul dek melayan telatah sengal+senget dan mental kengkawan cyber..hehehe..tu ler aku malas nak pegi cc sebab orang2 sebelah selalu charge aku ni tergolong dlm kategori mental jugak..puas belayar then sempat pulak aku tengok movie,dengar lagu dan sbgnya.Niat aku nak rembat apa2 yang patut ajer pastu balik rumah,last2 aku sangkut kat situ sampai waktu LUNCH,mcm aku kata tadi kan selain dr kemudahan yang aku dapat tadi,aku juga dapat makan pree..sila rujuk pix di atas tu..kebetulan aku tak bawak duit..hehehe,kawan aku tu dia jenis mudah kesian..kalu aku mintak makan kat hotel pon aku rasa dia mesti bawak agaknya..dah banyak kali aku pow dia..wakakaka.Ok,berbalik kepada pix tadi tu..tu ler..aku tak sampai hati nak taruk lauk mahal mahal..yang sebelah bawah tu aku punya..ala yang tertonggok ikan kembong pecah perot tu..macam idop je lagi kan ikan tuh..siot jer..hehe.Tp kan..cuba perati dekat dekat pasan tak kawan aku tu ambik lauk ape?..Patut lar dia bawak aku di ke gerai makan tu..rupa rupanya kan kat situ ada dia jual ****** goreng tau..cuba perati betul betul..kan?kan?kan?

Thursday, February 22, 2007

Danish dulu dan kini..

Kemunculan awal Danish d alam cyber pada 2004 yang mencetus histeria di kalangan makcik dan pakcik kat dalam porum amnet..ekekeAwal 2005, teringat aku pix ni aku bagi kat Capati dan Ustaz untuk di jadikan avatar..masih di amnet..heheDisember 2006, semasa pergi menyaksikan friendly game antara Manchester United dan AC Milan di Stadium San Siro, Italy. Terima Kasih kepada penaja jersey dari PJ. Cita cita nak jadik Otromen nanti dah besar..
20 Februari 2007, Setelah berhempas pulas aku menjinakkan dia, baru la dapat kita melihat hasilnya.. rambut dia yang sedikit 'MAWI' iteww.. Ape pandang pandang? Nak gadoh?

Sudirman dalam Kenangan..

(12 Mei 1954-22 Februari 1992)

Telah 15 tahun Sudirman pergi meninggalkan kita di usia muda 33 tahun,jika dia masih hidup sekarang dia akan berusia 53 tahun.

Peghibur No 1 Malaysia sebelum Siti Nurhaliza,anak jati Pahang dan anak Malaysia pertama memenangi anugerah penyanyi Asia terbaik di Royal Albert Hall,London.Di beri jolokan Penghibur Rakyat,Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.Beliau adalah penyanyi,penggubah,peguam,penulis,pelukis,pengarang,pelukis kartun,usahawan dan pelakon.


Al -Fatihah

Laju siott..

Teruja aku nengok VW kaler PINK ni memula..kejar punya kejar dapat aku snap gambo ni dari dekat....
Lepas tu aku makan asap je..betul betul katak punya kete..huh!

Balik kampung-special 'treatment'

Sori gambo gelap sikit..Lepas mandi Danish mendapat sentuhan dari 'nenek'.bukan senang kan nak dapat belaian mcm ni..aku bayangkan aku yang duduk lam pangkuan tu,pastu kena taruk bedak..hehehe. 'Nenek' Danish tu adalah nenek kepada Anne yang di panggil Uwan.
Lepas bubuh bedak kat badan, nenek pakaikan baju pulak..sekali sekala nenek buat macam ni,aku pon tak pernah tengok lagi..ini la pestime,entah ape mimpi orang tua tu ntah..
Aku pon ape lagi,snap la gambo ni bebanyak,nanti kan dan beso budak Danish ni jangan dia lupa pulak yang nenek dia penah 'turun tangan' kat dia..ehehe

Balik kampung..kat kebun Mini

Dari hadapan..parking lot merangkap kebun Pak Usop,baru lepas trim rumput tuh,nampak chomel dan anggun.Pokok rambutan dah kena cantas seadanya..merimbun sangat nanti ramai pulak kuntilanak yang main sengayot kat situ,susah aku nak parking kete memalam..Batas tanaman kali ni pulak..ntah hape yang dia tanam tak pulak aku check dedekat..aku main snap je gambo ni..yang aku pasan pokok cili tu je..buah belom lebat lagik..tadak la hasil balik kali ni..ceh berseni la pulak batas ni siap keliling pokok limau kasturi tuh..Hehe..balik kampung lepas ni mesti tanaman ni membesar dan siapa lagi kalu bukan aku sekeluarga yang akan menikmati hasilnya..tapi..pokok aper yang dia tanam ni aku tatau..

Tuesday, February 13, 2007

Ulangtahun Pertama Aku & Duniaku..

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia,rezeki yg melimpah ruah,genap setahun blog yang tak seberapa ni melayarkan kisah kisahnya..Terima kasih tak terhingga kepada kawan kawan satu BLOK yang hinggap memeriahkan sambil merapu sesedap rasa kat sini setiap masa..Terima kasih juga kepada 'Mastermind' kepada canggihnya blog ini dan Terima kasih daun keladi kepada 'Penaja' kek kaler pink yang comel itu.Anggaplah segala cerita hiburan semata tanpa sekelumit prejudis..Sekian

Saturday, February 10, 2007

Makan tengah malam tadi..

Amacam terliur tak? tukang masak kat kentin tempat keja aku ni dah biasa dah..hehehe, kalo aku cakap maggi soup macam biasa tu dia tau lah..Inilah mcm biasanya..maggi kosong taruk telor dan udang..kalo ada sotong taruk jer..kalu tidak memadai udang dan telor saja..sayur ke benda menatang lain tak main..

Aku hangen btol..

Nisa' ni boleh gelak pulak....ceritanya kan..majalah yang Nisa' pegang tu ntah mende buku ntah yang kata Nisa' pengawas kat sekolah yang jual..pengawas tu mcm paksa dia beli..buku kertas nipis tu harganya aku check kat situ rm1.40sen, Kebetulan pagi tu ibu Nisa' bagi dia 2 hengget duit belanja,dek kerana terpaksa..Nisa' pon bayarlah 2 hengget,pastu pengawas tu buleh pulang balik baki SEPOSEN je kat Nisa'...So biler tiba waktu rehat,kata Nisa' dia pon pegi lah ke kantin dan beli kueh dan bayar kat casher tu seposen jek..padahal kebiasaan dia akan beli nasik lemak atau mee goreng harga singgit..then Nisa' cerita kat aku dan annie casher tu pulang balik duit yang Nisa' kasik tu dan cakap duit tak cukup nak beli ..akhirnya Nisa' langsung tak makan pada hari tersebut..Yang buat aku lagi bengang pulak, ni ape kejadah nye pulak budak2 pengawas tu jual menda2 ngarut cemni? tak cukup lagi kah buku kerja yang mcm karung guni Nisa' bawak ke sekolah hari hari??..adakah pengawas2 ni di pergunakan pihak2 tertentu untuk mengaut keuntungan sambil melakukan produk jualan mereka dengan cara begini? Tak faham aku..

Damit telah pergi mendahului kita..

aku hanyalah insan kerdil di dunia ini...masih mencari-cari sesuatu yang tak pasti...masih mencari cinta sejati...juga mencari teman untuk berkongsi luahan rasa...



AL FATIHAH buat arwah Majistret Tuan Khairul Jamil b.Yunus. (1974-24 Jan 2007)

Thursday, February 08, 2007

Dah ada roda..

Ala..ni belakon je ni..dah dekat nak masuk pintu kelas..aku kasik dia tarik..sblom tu aku gak yang pikul tau..ntah, cam tak karan je kalu aku tarik pulak beg kaler pink tuh..berat!
hai cik adik..lajuuu je..tinggal abah kat belakang ni..mentang2 dah ada roda..ekeke
ni pon belakon gak..selalu aku yg turunkan kosi dan taruk beg..bertuah badan..
cewahhhh...kejap kejap je dah belikan yang baru..untungkan? tak belajar pepandai siap ko..

Visit Malaysia 2007- Putra Jaya

jangan marah..tema tetap Oren..tak suka jangan tengok..susah betul danish tu nak soh dia begambar..memacam peel dia buat..mencikk
Indah masjid ni..dah banyak kali ke Putra Jaya tapi tak kesempatan nak melilau..

Pintu gerbang masjid dari dalam..Tak boleh nak buat apa..matahari berada di depan ku..nak pergi ke belakang sana tak boleh..ada tasik..terpaksa berpuas hati dengan hasil cenggini..Layannnnmeskipun ada sign tidak boleh mengambil gambar di dalam..aku tetap berdegil, dengan selamba selepas solat aku berdiri tetengah dan 'tangkap' je di hadapan mimbar ni, selepas itu aku kena kejar dengan pak guard dekat pintu masuk tu..aku buat selamba terus belah..eleh bukan aku buat benda tak elok..aku cuma kagum dengan keindahan rekaannya..itu saja..nape nak sekat kreativiti?

Mentari berada di depan ku..tu yang gelap gulita..ambik kanta nak kasik terang..Ni ler tujuan aku sebenarnya..Hospital Putra Jaya..hehehe..melawat orang sakit..siannn
Ahkak Ipar le tu..baru lepas operate kanser (tyrod) kat leher, yang terlindung kain putih tu pasal nak support tangan dia yang dah membengkak dek kena jap..

Saturday, February 03, 2007

Gambar lama..

gambar klasik ni aku snap dari frame yg ader kat rumah orang tua, siapa boleh teka aku yang mana satu? clue nya..yang mana satu muka ada sikit macam Danish? wakakaka

Thursday, February 01, 2007

Happy Anniversary ke 7..

Malam tadi dinner aku di taja oleh Ketua Bahagian Cawangan Penduduk Kg.Datuk Harun,Petaling Jaya. Terima Kasih kerana siap anto kat opis aku lagik, walaupun aku tak sampai hati nak bedal masa tu jugak, biarpun aku lapar yang amat sangat,tetapi contohi la aku yang sanggup menanti waktu pulang jam 11 malam semata mata untuk makan bersama isteri tersayang.hehehe.Happy Anniversary Yang..
Aku memang tak pernah pekena Nasik Bukhara Beryani ni seumur hidup!kerana walau apa terjadi pon nasik putih tetap menjadi keutamaan,berbalik kepada gambo ni..heran tak? ade ke dia bagi aku nasik je semata mata mcm tuh? ngan telor sejibik? huh?
Lerr..budak ni tak tido tido lagik masa aku sampai umah kol 11.45mlm. Huh mcm tau tau je PAK SEDARA dia kirim nasik ni..tak nyempat2 aku nak bukak, dia sikit je lagik nak masuk lam kotak nasik tuh..iskk..sempat je kuis kaki dia yg seksi tuh..idop ke Pooh Bear tu?

Errrr..maap la Pak Sedara ye..aku tak perasan..aku hengat ko nak SAVE budget, kasik telor je..hehehe rupanya ayam tu main CAK CAK pulak kan..sian ayam tu lemas kat dalam timbunan nasik tuh..ekeke..ayam tu dah mati masa aku kuarkan dia ke dalam pinggan..muehehe.