
.jpg)
Nisa' bersama rakan sekelas ketika menghadiri program belajar solat di sekolah berdasarkan subjek matapelajaran yang baru di perkenalkan iaitu J-Qaf.Program ini adalah arahan Kementerian Pelajaran bagi murid murid tahun 1 mulai tahun ini.
Ni ler makcik GOMOK yang Marts salu citer tu kan Marts? betul kan? ah memang fofular bangat mokcik neh dengan lauk fauk makan tengahari dan juadah di bulan fose.Stall dia ni kat Medan Selera Seksyen 7,Kota Damansara.Yang aku pelik camne Marts leh selalu dapat makan pree kat sini ek? aku dengar dia panggil mokcik neh MAK,huh ngengade taik kuda betul la kan..Ke ade udang sebalik mee atau Marts dah siap MANDREM mokcik neh setiap kali datang?
Apa pon aku memang kira sebulan sekali tu ade gak singgah sini,biler terasa rindu nak makan lauk pauk dia,(bukan rindu anak mokcik ni).Kalau bulan pose tu pulak memang dah jadik kewajipan untuk beli juadah makcik gomok.Kalu lapar tengahari tapi poket kering, bukak la blog aku neh sambil tataplah gambo lauk pauk tuh,nescaya leh kenyang..
Bercerita pasal anak makcik ni, ha ni lah dia ghope dia, saiz lebih kurang mak dia jugak, tapi comel buleh tahan juge.Marts pernah ader bagitau aku yang anak dia ni tergila gilakan si Marts,huh mencik! perasan sungguh. Dan Marts jugak cakap SIZE DOESN'T MATTER..kalau dia dapat kawen dengan anak makcik gomok nanti, senang kan takyah masak dan beli bungkus..ooo patut ler manjang panggil mak..Minah ko pegi makan obat sekarang lepas baca ni..wakakaka
Lauk stended aku biler ke sini ialah......masak lemak KETAM.
Haa tengok tu,aku makan nasik macam omputeh,dengan daun salad dan seekor ketam.
Ceh,orang nak makan ketam dia pon nak gak,yang kelakar nye,Si Nadhirah dok cakap kat Nisa' "kenapa kakak makan katak"? wakakakaka..
Hari kedua (pagi Khamis) dia kena campak neh, terbaring dengan suhu badan yang sangat terik,betul betul dia flat kali ni,kalau sihat pergerakan dia tak terkawal,panjat sana dan sini.Tak payah si ibu kejap kejap terjerit jerit nama dia,tak perlu aku nak babap dia setiap kali..Kesian pulak,kecit kecit dah terkena campak.Perasan tak air dalam botol yg dia dok nyonyot tu kan kaler merah? sebenarnya tu air kelapa yang aku dah campurkan sedikit sirap.Kalau tidak haram dia takmo minum air kelapa tu..kenal dia rupanya..punyalah fobia nak kasik dia ubat.tauu ajer...Kelihatan kawan baik dia (Mickey) juga terbaring lesu kat paler dia,menjangkit la kot lepas ni tu..
Hari kedua (petang Khamis) dia tercampak neh,dah buleh bangun dah,punya lah susah nak tarukkan ubat krim kat badan dia tuh sebenarnya,dah la kat pale paling banyak timbul,dengan aku aku satu badan sekali yang terpalit dengan krim pemutih ni.Sebbaik ader CD Tom & Jerry tu sebagai umpan.Terima kasih tak terhingga kepada penyumbang CD tu,tanpa anda payah juga nak pujuk Danish neh kasik makan obat,dan tengok la tu kat tangan tak berenggang dengan CD T & J dia..Tak dapat kami nak menengok TV barang sekejap,last last aku pon layan jugak cd tu berulang ulang kali sambil gelak gelak..
Hari ketiga (Jumaat) Demam dah reda,Tengok tu..siap bergaya pulak dengan baju pon sekali T&M.Apa saja yang di suruh termasuk makan obat,sapu obat,minum air kelapa,kibas badan dengan daun pokok bambu semua boleh dengan adanya cd T&M..jpg)
Malam tu pi makan sate Hj.Samuri kat Restoran Jejantas Sg.Buloh dengan muka Danish penuh dengan krim macam Tepung Gomak..wakaka. Orang lalu lalang pandang ajer,dekat dalam restoran tu pon semua orang pandang Danish,aku buat derk je la..lantak pi la depa nak pandang..yang pasti aku sedang asyik masyuk melayan sate satu persatu..Tapikan..makin kecit pulak sate kat Hj.Samuri neh,cipan je..macam tak puas pulak walaupun aku dah bedal 15 cucuk..kena repeat balik ni gamaknya..
Semalam g kenduri kawin kat Bagan Lalang,korang tak dapat jemputan ke? Mandot jemput aku sorang je kot..hehehe..sampai hati dak Mandot tak jemput kengkawan lain..Amacam? Lawa tak pelamin Mandot neh..
Eh..eh bukan Mandot laa..ekeke..Mandot mana pakai tudung..Lelaki tu pon bukan macam Santos kan? Balak tu mungkin Carlos kot..wakaka, Sebenarnya ni kenduri kawin kat umah jiran haku,depa first time guna Dewan Orang Ramai yang baru siap..saja je aku amek gambo derang ni,bukan aku kenal pon depa..sajaa..
Takdak pix maknan tak sah kan? kang kata aku tipu plak p kenduri, yang ini dak Nisa yang makan,pecaya tak penuh satu pinggan aku isik, wakakak saja je aku pedajal soh dia makan bebanyak,yang atas tu annie punya kongsi 3 orang makan.
haaa..yang ini aku punya la..macam biasa mesti aku amek nasik putih punya kan,aku tak boleh makan nasik minyak atau beriani,nanti sakit pewot.ekeke Perasan tak ada kepala ikan tuh..hehehe ader ke depa taruk ikan..aku ngap sakan,rupa rupa nya ikan masin.
Danish sudah pass degree dalam bidang IT dengan gayanya .Dapat pulak kerja sebagai Ketua Unit. Cerah masa depan dia dan aku..
Fisrt day keja tak payah pakai semat semat,cukup dengan suar pendek bola Manchester United.Kasut pon kasut sukan dan baju belang persis kumpulan grunge Green Day.
Alhamdulillah start keja pon hari Jumaaat.
.jpg)
Hari ni cuti, pagi dok selesai urusan Seri Paduka Baginda, sebelum g semayang jemahat tadi sempat la pi mandi kan Jentu yang dah malap berbalam balam neh,ada sebulan kot dia tak mandi, ialah tuan punya keta sibuk kerja pagi petang siang malam..Mamat bangla 3 orang ni buat kerja,siap derang vacum luar dan dalam kete kasik bersih.
Pagi tadi lepas anta Nisa g sekolah aku dah beli dah kueh cucuk badak 2 bijik,aku dah makan,pastu anta pulak annie ke opis,dia ajak lak minum dulu kat restoren kat Bangsar depan main road tuh,Ahkak cemutmanis tau la kot tempat ni,tapi tak penah lak serempak ngan dia,lantak la dia..Ke sini memang pebret aku pekena mee sop atau soto je,duduk duduk sekali nampak orang order beehon sop,aku pon terai la..last last tak habisss..macam biasa annie kena perabih semua..wakakak..macam biasa jugak minuman stended ayaq halia o.
Yang ini annie yang order,soto sup..ade la sikit sikit ghope macam nasik air yang aku pernah makan kat Rantau Panjang sedikit masa dulu..hehe. Tapi kepada sesiapa yang pernah ke Indonesia tentu pernah pekena soto depa kan? oh yang itu takleh celen oo..memang sedap bagai nak giler..Teringat masa pi Medan back in 1998,pepagi pekena soto hok nasik impit..terangkat beb.
Balik keja malam tadi aku singgah beli sate kat area perumahan,bukan sedap pon satenya,saje je nak lepas gian.Aku cadang nak makan sengsorang tu yang beli 10 cucuk je,seisi rumah dah tentu lena di ulit intan,biler aku order je terus brader tu tanya nak nasik impit tak,lantas aku jawap ndak..siap siap dia bungkus pastu dia cakap ader nasik impit kena charge extra limaplosen,takde hal la kan..
Aku sebagai first-timer ke sini pada mulanya agak kekok tetapi selepas sejam baru la aku dapat feel dan taste dia yang masyukk itu..sebab apa? aku leka memasak dari memakan..wakakak sedangkan kawan aku dok layan diri sendiri, lepas satu satu dia belasah dan bedal,mencik betul aku dalam hati tapi ape nak buat, tak boleh nak komplen pasal dah la dia datang seorang diri, then dia sponsor pulak tuh,aku dah ler datang satu batalion kena la 'serve' orang orang bawahan aku tuh..huh kalu aku tau aku mai laki bini ajer..tinggalkan depa kat nurseri,dah la tak reti makan,ada yang tanak makan,sakit perot la,nak muntah la,nak tido lah kat depan dapo dan maknan mentah yang banyak tu..So pix yang kat atas tu lah dapo aku..
yang ini dapo kawan aku..ko tengok ? beghape banyak dia makan? aku rasa ntah ader patblas kali dia dok masak benda yang sama,belum sempat aku nak telan yang aku punya, dia dah pon masak yang lain pulak..yang aku dok masak ajer tak sempat nak makan..last last kawan aku dah kenyang aku tak kenyang lagik,tepaksa la aku wat wat kenyang..Kawan aku pon semacam serius je tengahari tu,mungkin pasal aku mai lambat kot,janji jam 12 ,lagi seploh menet nak kol 1 baru aku muncul,mungkin juga dia tengah lapa kot,takpon gepren dia dah tunggu nak pi memetik munger kat Tasik Perdana petang tuh..ntahlah..
Tu ler pasal..kan aku kata aku first time ke sini,aku dah la tak makan nasik dari malam tu semata mata nak kosongkan perot,last last aku sewat jugak nasik yang ada..baru aku perasan yang aku sorang je yang mentekedarah nasik kat situ..malu seh..tu yang aku kata tadi tak sempat aku nak kenyang dengan makanan seperti udang,sotong,ayam,daging,ikan,eskrem,dessert,ABC dan air sirap..jpg)
Huh,kalau aku tau baik aku mintak makan Korean style BBQ ke, makan Seafood kat Tanjung Harapan.Port Kelang ke atau lebih canggih lagi dinner kat Hotel Armada PJ ke..aku dengar makan malam kat hotel tu paling sedap antara hotel hotel kat KL neh..
Apapon alhamdulillah la,aku ngusik ajer tadak niat nak POW dia pon..elerhhh setakat aku mintak mee hailam laju je dia nak banjer..cuba aku mintak yang grand grand mcm kat atas tuh,dah tentu dia kata lagi doploh taon lagi kot,masa tu kan dah buleh kuar 'one-third' kat EPF..wakakak Terima Kasih la dengan lejeki yang tak terduga malam jumahat lalu..Tapi kan tukang masak tu buat punya la pedas nak mampos..esok tu aku sakit pewot..aduhai,tak ikhlas ke dia nak banjer haku.? muahahaha
Jangan tanya apa apa pasal pix ni ok, saja je aku close-up, untuk memastikan tiada unsur2 jenayah atau pon sebarang percubaan untuk menakut nakutkan aku dengan mee campuran binatang peliharaan atau serangga yang menjadi fobia aku dan aku memang sengaja nak kasik korang cemuruk..hehehe

Dulu masa kekecit aku suka makan kue ni,tapi bukan beli kat kedai ke atau kat supermarket,tapi mak aku yang kengkadang buat setiap petang,ialah masa tu pon mak aku muda lagi kot,so dia rajin la buat kue setiap petang bagi anak anak makan,sekarang ni tak lagi..ok,biler dah besar ni,katakan aku jumpa kue ni kat kedai pepagi atau pepetang kat gerai ke hape..sure aku tak beli punya..pesal aku tak suka lagi tengok kue ni..memang tak suka la ni dah le kaler itam..ader lagi satu sebab nape aku tak suka makan kue ni pasal...kue ni busuk? busuk? betul ke? hahaha
Siapa yang pernah ke Kota Damansara tentu tahu landmark McDonald drive-thru ,tempat makan kaki fast food dan juga tempat deting orang orang yang sedang senget atau sengal bercinta,ekeke.tapi maaplah,aku tak ke restoren orang rambut kaler oren tu lagi,tak berapa nak karan dah,la ni bersebelahan tu sudah ada restoran KFC dan Pizza Hut nak kasik compete sama itu restoren..hahaha.
Cun jugak set-up kat dalam neh,depa buat untuk tarik perhatian orang kot..ala kosi meja kaler hijau tu depa beli kat IKEA tuh..kat umah aku ada..kat umah kawan aku kat Pasir Mas pon ada taw..
Aku sebenarnya tak berapa makan ayam neh..tapi kan depa yang paksa aku makan,jadi aku makan la..jangan salahkan aku pulak..aku nak rasa aje sedap ke tidak..dah lama aku tak makan..
Aku memang peminat Grand Prix Formula 1, dan Team yang menjadi kegemaran aku sudah tentu Ferrari la,tahun ini kelibat Michael Schumacher sudah tiada lagi memanaskan litar, tetapi aku tidak akan rasa kehilangan itu,kerana pengganti dia yang betul betul hebat dan setanding dari kacamata aku sudah sedia ada,aku sememangnya amat mengagumi Kimi sejak dia di dalam Team McLaren lagi, cuma aku rasa jentera McLaren ketika itu agak kurang mantap dan kelibat Kimi agak tenggelam.Bakat,skill,kelajuannya memikat pemilik Ferrari untuk memancing Kimi bagi Grand Prix musim 2007 kali ini.
Sekarang aku sudah tidak sabar sabar lagi nak tengok Raikkonen memecut laju dengan jentera merah Ferrari ini..gandingan Raikkonen kali ini adalah pelumba dari Brazil Felippe Massa,harap Ferrari boleh memberi saingan kepada juara dunia 2 kali berturut turut iaitu Fernando Alonso yang bersama McLaren tahun ini.F1 Grand Prix akan bermula 18 March ini di Albert Park,Australia,di ikuti Petronas F1 Grand Prix pada 6,7 & 8 April depan.Sapa yang ada dapat tiket pree tu sedekah la kat aku..wakakaka

Setakat KFC tu haku pandang sebelah mata je skrang dah..ORI ke tak ori,Spicy ke tidak..aku dah tak layan sangat..tak sedap mana pon...apa barang makan ayam seketol dua? keja kontrek wat bangunan kena NGAP sekor..wakakaka...jipp,cuba try yang ini..ala yang tertongok tuuu..haaa..baru la karan..khas aku panggang untuk ko..tapi tak taruk cili kehape benda..semata mata taruk kunyit jek ngan serbuk bawang..sori la..terentung pulak..sebok layan danish makan PIZZA..wakaka..haaa..jipp..makan lah..makannn..ekekeke
4 setengah tahun berlalu peristiwa misteri yang membawa Nadhirah ke dewan bedah otak HKL, selepas di 'CT Scan' kepalanya di Sentosa Medical Centre,berita terdapat blood stains di luar kawasan otak Nadhirah ketika itu sungguh menyentap perasaan aku dan isteri..puncanya? masih lagi berlegar di fikiran ku hingga kini...Nadhirah ketika itu hanya berusia 4 bulan !!
Kenapa takda Nadhirah di sisi keknya ini? begini ceritanya..semalam Teacher Aqilah called dan bagitau yang esok akan di adakan sambutan birthday Nadhirah di Tadikanya,jadi aku belilah kek ini petang semalam dan cepat2 sorokkan dalam peti ais tanpa pengetahuan Nadhirah dan terutamanya Nisa' dan boy Danish,kalau tidak alamat lenyaplah kek tuh masa tu jugak..percaya tak?
Biler la aku nak masukkan streamyx ni? baru la laju sikit biler online kat umah..Tapi biler aku pikir pikir balik..ah membazir ah..kat rumah pon biler ader mood je aku online..lagipon pengacau banyak kat dalam rumah tu..pantang je aku ON pc,mula la berbondong bondong 3 orang tu mai nak tau..ye..ye..kometer..kometer..jerit yang paling kecik..so aku akan online biler aku dok sengsorang jer la..tapi kalau ada Emergency tepaksa la aku bukak juga pc walaupun susah sikit nak bersenang senang dengan keybod..sorang dok kat atas pangku,sorang panjat meja dan sorang lagi wpun dah masuk tahun 1 mcm budak kecik merengek nak main komputer..last last aku yang kempunan..hehehe kejap je aku dah melalut..
Biru - 64% Rest of the world
Huh..mencik..kalau aku tau aku makan dulu kat opis..takde la aku tertunggu tunggu sambil kelaparan,dah la aku taruk simen kat kaki aku pastu janggut aku lak tumbuh 5sm lagik panjang..punya la lamaaa..tunggu dia mandi la,makan la,pastu leh sempat deting lagik tuh..(salah masuk simpang konon)huh !nasib aku baik dapat menikmati makan malam aku (rujuk pix) kerana sblom tu aku menempuh pengalaman boleh di katakan NGERi juga..aku rasa kalau naik kete dengan Kimi Raikkonen takde la mcm tu punya RAKUS kot kat jalanraya..lupakan pasal itu..lagi pulak..dah aku order makan tu 2 pinggan,last last aku makan semua sekali 2 pinggan tuh,(malu konon) apa nak malu? bedal aje la..sedang aku berhempas pulas makan yang lain pulak sibuk dok menganyam ketupat..PUAS? Ok takpe berbalik kepada pix..perasan tak? ada bendasing kat dlm pinggan tuh? Sedap tau tu..tak pelah kan..jauh datangnye tu,terus masuk pinggan,aku sebenarnya order yang lain..sotong kering dan kepek ikan kering..yang tak boleh di makan dia bagi aku..Terima kasih daun keladi,kalau ada nak lagi..
Hari off yang lepas,aku tak buat apa kat rumah(bukan takde keje) saja je aku wayang tak nak buat kerja kerja rumah sehari tu..(sori Yang,i need my own time to rewang) ekeke..Aku pegi la lepak kat tmpt kawan aku (Ketua Unit cawangan penduduk Petaling Jaya).Kat situ pelbagai kemudahan yang menjadi kesukaan aku ada..yang Utamanya adalah INTERNET,lepas tu pree pulak..memang la aku suka kan..sempat la aku belayar ke seluruh dunia sambil puas aku mengejas mulut/bibir aku yang kejap kejap terjuih,bengot dan tersimpul simpul dek melayan telatah sengal+senget dan mental kengkawan cyber..hehehe..tu ler aku malas nak pegi cc sebab orang2 sebelah selalu charge aku ni tergolong dlm kategori mental jugak..puas belayar then sempat pulak aku tengok movie,dengar lagu dan sbgnya.Niat aku nak rembat apa2 yang patut ajer pastu balik rumah,last2 aku sangkut kat situ sampai waktu LUNCH,mcm aku kata tadi kan selain dr kemudahan yang aku dapat tadi,aku juga dapat makan pree..sila rujuk pix di atas tu..kebetulan aku tak bawak duit..hehehe,kawan aku tu dia jenis mudah kesian..kalu aku mintak makan kat hotel pon aku rasa dia mesti bawak agaknya..dah banyak kali aku pow dia..wakakaka.Ok,berbalik kepada pix tadi tu..tu ler..aku tak sampai hati nak taruk lauk mahal mahal..yang sebelah bawah tu aku punya..ala yang tertonggok ikan kembong pecah perot tu..macam idop je lagi kan ikan tuh..siot jer..hehe.Tp kan..cuba perati dekat dekat pasan tak kawan aku tu ambik lauk ape?..Patut lar dia bawak aku di ke gerai makan tu..rupa rupanya kan kat situ ada dia jual ****** goreng tau..cuba perati betul betul..kan?kan?kan?